Tuesday, August 9, 2011

Pelakon Wayang Kulit No:1 PBS


YB Datuk Herbert Timbun Lagadan

Sunday, August 7, 2011

From Ms.Lukia Indan (C&P from Mongurobong)

6 Aug 11, 22:51Lukia Indan: Jalan sangat buruk di keseluruhan Kadamaian. Saya sarankan YB Herbert supaya guna RM450 juta utk pembaikan jalan di kadamaian. Kesian rakyat menderita. Mana Rakyat didahulukan?

6 Aug 11, 22:43Lukia Indan: Saya jemput semua Rakyat dan pengundi Kadamaian bersuara di ruang ini untuk berubahan. Terima kasih kerana dapat bersama dlm ruang ini. Pounsikou ngawai. Bersua lagi.

6 Aug 11, 22:41Lukia Indan: Empangan menelan belanja RM450 juta. Rakyat Tombatuon minta bantu Pakos, SEPA dan PAKATAN untuk menentang Empangan.

6 Aug 11, 22:36Lukia Indan: Rakyat Kadamaian harus bangkit dan bergabung untuk bersuara menuntut pembangunan/hak kita sebagai rakyat kadamaian. Jadilah bijak untuk menentukan kerjaan masa depan. Tolak Empangan.


Monday, August 30, 2010

Ucapan Tahniah Kepada YB Timbun

    WAR of Kadamaian menulis untuk KadamaianBaru

  • Blog lepas Tuan Garot cakap akan sampaikan ucapan tahniah kepada YB Herbert Timbun Lagadan
  • Biar sudah beberapa purnama berlalu, atas arahan Tuan Garot, kita teruskan juga.Takut mana tau Tuan Garot jadi macam YB.. suka buang orang kerja. Silap-silap nanti kana buang kami dari KadamaianBaru kalau engkar arahan
  • Ungkapan Inggeris "better late than never" melantak situasi ini tepat pada sasaran

  • Kepada yang mungkin hairan mengapa setelah hampir satu tahun sudah YB dapat PGDK, baru sekarang KadamaianBaru memblogkan ucapan tahniah?

  • Masa itu hampir semua KRU KadamaianBaru ditugaskan di luar sempadan. Kita cuma mengetahui hal ini setelah kembali beberapa minggu yang lalu. Kalau percaya baguslah. Kalau ndah, sudah

  • Anyway, pertama sekali, kita tujukan ucapan tahniah setinggi langit ini kepada kroni-kroni YB kerana sekarang cable mereka sudah bergelar "Datuk". Ini bermakna dunia semakin luas dan syurga semakin rendah bagi mereka-mereka ini
  • Tuan Garot menyampuk dari belakang " pintu nerakapun makin besar ha..ha..ha..ha"
  • Nah..tahniah juga kepada isteri YB yang di mana, selagi kekal jodohnya dengan YB, akan secara rasminya bergelar sebagai Datin. Ai nah...ndah ku berani komen kalau perempuan ini..nanti kana tampar saya oleh mama saya biarpun yang kita cakap itu betul. Tak elok bagi seorang gentleman untuk mengata pasal hal perempuan - itu kepercayaan mama saya... sori ya Tuan Garot, heee..sentimental sikit. Tapi percayalah, kaupun dia tampar itu kalau cakap tidak tantu-tantu pasal perempuan dapan dia...you know her...

  • ...and yes, to the man himself, YB Herbert Timbun Lagadan, tahniah kita ucapkan keatas penganugerahan PGDK kepadanya yang membawa gelaran Datuk. Ya, gelaran yang akan kekal selagi langit dan bumi belum berlalu dan selagi tidak diistiharkan muflis atau disabit dengan kesalahan-kesalahan yang sewaktu dengannya. Ini bermakna, gelaran ini akan kekal walaupun YB sudah berlalu. Jadi kepada YB Datuk Herbert Timbun Lagadan, tahniah sekali. Walaupun orang bilang zaman sekarang senang sudah dapat PGDK tapi jangan YB paduli tu. Sanang-sanangpun bukan semua orang boleh dapat.
  • ...dan yang paling utama sekali, kepada rakyat Kadamaian yang telah menempatkan YB Datuk pada kedudukannya sekarang. Harap-harap dengan anugerah ini akan bertambahlah usaha Datuk dalam membangunkan Kadamaian dan bertambah ganaslah kiranya Datuk mempertahankannya. Bukannya semakin lupa diri dan buang orang kerja ikut suka hati Datuk. Menarik disini ialah Datuk telah buang kerja itu brader dari Tombotuon kerana bersuara mempertahankan kampungnya, Datuk tidak pula ambil tindakan terhadap pegawai perhutanan yang memanggil Datuk YB Botak Yang Bodoh suatu masa dulu kerana Datuk tidak mahu kasi balak ini Kadamaian. Samada Datuk terlalu bijaksana dalam pengadilan Datuk hingga melepasi keupayaan fikiran rakyat untuk menggapai maksud sebenar tindakan Datuk atau Datuk adalah kes Babi Buta yang original di era ini...PRU 13 kita kasi tantu. Berlututlah didepan Pairin atau Maximus supaya Datuk dicalonkan lagi.
  • Anyway...tahniah sekali lagi.

Thursday, August 12, 2010

Yb Herbert Timbon Lagadan - Serigala Berbulu Domba

  • Kopisanangan tobpinai-tobpinai sekalian. Tunjukkanlah pendirian anda mengenai pembinaan ampangan di Sungai Kadamaian di Kg. Tombotuon dengan mengundi dan menunjukkan setinggi mana perasaan meluat anda terhadap projek ini.

  • Percayalah, YB Herbert sekali sekala akan membuka ruangan ini. Kalau tidak pun akan senentiasa ada barua yang akan melaporkan kepadanya.

  • YB Herbert Timbon Lagadan di jadikan sasaran utama disini kerana beliaulah yang memainkan peranan yang paling besar dalam memujuk orang-orang kampung untuk memudahkan kerajaan Barisan Nasional memperkosa mereka.

  • Suatu ketika dulu, orang berkata bahawa di Kadamaian, asal calon PBS, anjing pun boleh menang. Kusangka cuma kata-kata pengisi ruangan kosong pada masa kehabisan cerita sahaja, rupanya kini memang ada kebenaran kata-kata tersebut
  • Kitab Injil ada mengingatkan kita untuk berhati-hati terhadap serigala yang berbulu domba. Pada tahap ini, kita perlu untuk cukup berhati-hati dan perhatikan betul-betul sama ada ianya anjing ataupun sebenarnya serigala. Daripada seorang pastor kepada seorang barua yang mengkhianati orang sendiri - itu bagi saya adalah lebih teruk daripada serigala - (Serigala baka apa sekalipun tidak akan membinasakan habitatnya sendiri)

  • YB Herbert Timbun Lagadan, Kalau YB baca blog ini, tolong tengok balik dan hayati slogan dan laungan perang parti yang anda dukungi - "MEMPERTAHANKAN HAK-HAK DAN MARUAH NEGERI SABAH". Jangan cerita hak peringkat negerilah, usahakan dulu untuk mempertahankannya di peringkat kampung sendiri.

Sunday, August 1, 2010

Yezzzz...we are back!!!




  • Raja segala salam kita persembahkan kepada semua pembaca dan penggiat blog KadamaianBaru yang selama ini sentiasa aktif menyertai aktiviti maya KB baik dari segi memberi sokongan, cadangan, mahupun tentangan...Thank you to all bebeee...

  • Perkataan "MAAF" pada hakikatnya sudah tidak ada nilainya lagi kerana penggunaannya yang sudah melebih-lebih sejak ianya diperkenalkan dan diterapkan kedalam perbendaharaan kata bahasa manusia sejagat. Bilangnya bahasa Inggeris - "Overused". Namun setelah kru-kru KB mendapati bahawa daripada kamus purba hinggalah kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu versi 2008 - 2010 (boleh kira terkini lah tu ya..) yang dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, tidak mereka temui satupun perkataan yang sesuai bagi menggantikan tempat perkataan "MAAF" yang masih mengekalkan nilai bagi maksud yang hendak disampaikan.


  • Justru itu, pihak KadamaianBaru, dengan setulus rasa seikhlas hati, kita mohon kemaafan daripada semua pihak yang kekecewaan jelas tersirat di dalam email - email mereka kepada KB yang tiba-tiba sahaja berhenti berblog tanpa notis standard 1 bulan gaji(bunyi macam letak jawatan ja) atau tanpa ada sekeping nota...aiseymen...teringat pulak dengan Alleycat...aahhh sudahlah..Kita minta maaf sajalah. Untuk pengetahuan Tuan2 dan Puan2 sekalian..Email KadamaianBaru gransai2kutabulud@yahoo.com sememangnya telah terbabas kerana terlalu sarat dengan email-email daripada peminat KadamaianBaru.

  • Bukan sebab apa, kebanyakan kru KB telah ditugaskan di luar sempadan tanah tumpah darah mereka, jadi itu pasal berhenti seketika tu. Lupa pula mau kasi pesan masa itu kepada mereka-mereka yang selama itu mencari hiburan dengan membaca Blog KB bahawa sementara kita beristirehat, bolehlah mohon untuk pergi menghadiri persidangan DUN Sabah untuk berhibur dengan menyaksikan persembahan pelawak nombor satu DUN Sabah dari N7 Kadamaian...ada masa persembahannya memang cukup lawak.


  • Salah satu objektif utama KadamaianBaru ialah untuk YB Herbert Timbun Lagadan menyertai perbincangan, perdebatan, ataupun menjawab soalan-soalan orang kampung dalam talian. Namun tembakan KB tersasar jauh apabila YB membuktikan bahawa dia bukanlah seorang yang Buta Komputer dengan membuka laman webnya sendiri, http://www.kadamaian.com/. Kerana tiada pihak lain yang akan mengucapkan kata tahniah kepada KB atas kejayaan melebihi objektif, maka kita kenalah tahniahkan diri sendiri yer...Congratulation KadamaianBaru.

  • Dalam beberapa purnama kita bercuti, rupa-rupanya YB Herbert Timbun Lagadan telah dikurniakan dengan pingat "Panglima Gemilang Darjah Kinabalu" yang membawa gelaran "Datuk". Walaupun setakat ini kita tidak nampak kewajarannya atau pun sebab-musebabnya namun salah seorang kru KB sedang menyediakan ucapan tahniah untuk beliau. Kalau kita ada disini pada masa itu, percayalah, kitalah pihak pertama yang akan mengucapkan tahniah. Ini kerana walaupun kita sama sekali tidak PRO terhadap perjuangan dan karakter politik YB Herbert, namun kita adalah PRO Tindal. Kita PRO bangsa. Born Tindal, live Tindal, die Tindal...Yooooooooooooo forever da'at om bintanok.. Sehingga berjumpa kembali..





Monday, March 16, 2009

Pembaptisan Dengan Api

Kopisanangan tobpinai-tobinai semua. Agak lama tidak berinteraksi dengan kalian. Walaupun tidak terlibat dengan kesibukan Washington dalam usaha memulihkan keadaan ekonomi domestik serta dunia pada keseluruhannya, hal-ehwal peribadi sudah cukup kuat untuk mengekang pergerakan sebahagian besar sidang jemaah KadamaianBaru akhir-akhir ini.

Salah seorang ahli sidang KB telah melalui apa yang kita lihat sebagai waktu yang paling getir dan pahit dalam hidupnya baru-baru ini. Demi menghormatinya, kita tidak boleh perincikan masalah yang beliau telah lalui dan sedang lalui ketika ini. Apa yang pasti ialah beliau akan muncul dengan lebih kuat, lebih gagah, lebih bijaksana, lebih hebat dan yang penting lebih hampir kepada Penciptanya lewat permasalahnnya itu.

Kita percaya bahawa ada sebabnya mengapa Tuhan menurunkan pencobaan yang maha dasyhat kepada sesetengah orang. Ada diperkatakan bahawa Tuhan akan lebih menguji orang yang menarik perhatiannya.

Petikan daripada terjemahan The Ministry of Healing’ mukasurat 471:

Jesus Kristus memberikan pencobaan kepada kita kerana DIA melihat sesuatu yang berharga di dalam kita dan DIA berhasrat untuk memajukannya atau mengembangkannya. Demi keagungngan namaNYA, jikalau DIA tidak dapat melihat apa-apa di dalam kita, DIA tidak akan membuang masa memperbaiki, memperkukuh, atau memperkasakan kita. DIA tidak akan meletakkan batu yang tidak berharga kedalam relaunya. DIA hanya menggunakan biji-biji logam yang berharga. Tukang besi meletakkan besi dan keluli kedalam api untuk mengetahui sifatnya. Tuhan membiarkan yang dipilihNYA untuk dimasukkan kedalam relau bencana, kesedihan, dan kesengsaraan untuk mengetahui watak sebenar mereka dan untuk melihat samada mereka boleh dibentuk untuk melaksanakan rencanaNYA.”

Pendek kata, kita perlu melalui "Pembaptisan Dengan Api" sebelum ditauliahkan untuk melaksanakan rencana hidup kita sesuai dengan kehendakNYA.

Setiap ketika menuntut kita untuk berjuang. Kita ada perjuangan hidup kita masing-masing. Apapun dia, tidak ada yang datang sendiri kepada kita tanpa kita berjuang untuk mendapatkannya. Pantas sekali seorang sahabat atau lebih tepat, saudara, yang lahir daripada pahit maung perjuangan hidup di rantauan melantak realiti kehidupan dengan berkata: “Daripada masa kita membuka mata hingga masa untuk menutupnya, memang kita senentiasa berjuang.”

Kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudara yang sedang dibelasah hujan ribut, sekali lagi, tabahkan hati dan bersabarlah kerana. Yang MAHAKUASA meletakkan kita semua pada kedudukan sedemikian dengan tujuan untuk menghadiahkan kita pelangi. Sekali lagi kita ingin ingatkan bahawa tidak akan ada seekorpun burung pipit akan jatuh daripada langit tanpa pengetahuanNYA. Percayalah, daripada pandanganNYA, kita lebih berharga daripada burung-burung pipit tersebut. Tidak sama sekali pernah DIA berkata bahawa kehidupan kita akan bebas daripada kesukaran tetapi JANJINYA ialah DIA akan senentiasa bersama dengan kita untuk mengharunginya.

Seperkara lagi ialah seperti yang kita mungkin semua sudah maklum bahawa YB Herbert Timbon Lagadan kini telah mempunyai website serta forumnya di www.kadamaian.com Kita ingin sekali mahu mempercayai bahawa KadamaianBaru adalah faktor yang mendorong kepada kelahiran website tersebut. Apapun sebabnya, jika ianya tidak ada kena-mengena dengan kewujudan KadamaianBaru sekalipun, sememangnya itulah tujuan KadamaianBaru – bagi YB untuk bergiat dalam interaksi cyber bersam rakyat. Sehubungan dengan itu, KadamaianBaru ingin mengucapkan tahniah kepada YB untuk website tersebut terutama sekali bahagian Forum dimana kita boleh bertukar-tukar pendapat, tegur-menegur, dan menegakkan serta mempertahankan idealogi politik masing-masing di alam cyber. Aktiviti yang sedemikian rupa memang wajar pada era ini.

Agak mengecewakan kerana YB mengatakan bahawa Mr.Garot adalah seorang yang kuat mengantamnya tanpa mempertimbangkan dengan sewajarnya sumber perkara yang menyebabkan antaman-antaman tersebut timbul. Perkataan ANTAM bukanlah satu perkataan yang manis untuk digunakan. Ianya boleh disalah ertikan. Bagi para pembaca yang belum melihat isu apa yang telah menimbulkan antaman itu sudah pasti sekali akan berada pada impresi bahawa Garot adalah salah seorang lagi umat manusia yang sengaja memburuk-burukkan YB.

Untuk pengetahuan para pengunjung KadamaianBaru, memandangkan Cbox kita sudah tidak dapat lagi menampung komen-komen kalian semua yang semakin berkembang, maka kita di KadamaianBaru telah membuat keputusan untuk membuka satu ruang forum sebagai langkah menaik-taraf ruang yang kita ada sekarang ini. Ianya sedang dibina oleh krew-krew KadamaianBaru dan akan diistiharkan sebaik saja diaktifkan.

Kounsikahan.

Sunday, January 4, 2009

Songkodut Tapuh, Songkotip Daing

Pemimpin adalah insan biasa. Tidak ada apa-apa anugerah ‘extra’ yang Tuhan telah perturunkan kepada mereka untuk menjadikan mereka kalis kesilapan.

Dalam usaha tulus dan ikhlas mereka yang tidak pernah mengenal penat-lelah memperjuangkan rakyat dan kawasan yang diwakili, ada ketikanya mereka akan terleka. Ada ketikanya mereka akan tersasar jauh daripada objektif. Ada ketikanya tindakan mereka akan terhumban jauh daripada ruang yang boleh difahami dan diterima oleh rakyat yang mereka wakili. Ada ketikanya pendapat-pendapat mereka perlu dicabar demi mendapatkan hasil yang lebih baik, lebih teguh, dan konkrit.

KadamaianBaru adalah ruang anda untuk bersuara apabila masa-masa yang tersebut di atas berlaku kepada pemimpin kita.

Segala ketidakpuasan hati anda memang wajar disuarakan. KadamaianBaru percaya bahawa ketidakpuasan hati yang tidak terluah adalah ibu kepada segala kebencian, kemarahan, dan paling teruk sekali, pengkhianatan.

KadamaianBaru adalah terbuka untuk semua. KadamaianBaru tidak mengambil kira akan kepercayaan dan aliran politik yang dianuti. Walau dimana kita berada pada masa ini, biar adik-beradik, biar satu keluarga, ketidakpuasan hati memang tidak boleh dinafikan. Itu harus disuarakan sebelum kesan yang memudaratkan menjalankan peranan.

Dengan tujuan untuk saling bantu-membantu dalam memperbaiki diri dan mendapatkan sesuatu yang lebih baik untuk Kadamaian, mari kita kongsikan semuanya disini. Kano pogi ilangai toko ti pomogunan.

Ada diperkatakan bahawa dunia ini adil. Dunia ini seimbang. Kita tidak boleh memiliki segalanya. Untuk mengosongkan sebuah baldi air, ada saja tempat lain yang terpaksa menanggung air kosongan tadi. Untuk tertawa lebih daripada yang sepatutnya, kita kena ambil tertawa orang. Untuk menikmati kedudukan lebih daripada yang sepatutnya, kita kena korbankan kenikmatan orang.

Namun kita punya Sandaran yang maha adil. Kita mempunyai Harapan yang Maha penyayang dan Maha mengetahui.

Percayalah bahawa Sandaran dan Harapan kita ini - yang telah memberi jaminan bahawa tidak akan ada seekorpun burung pipit yang jatuh daripada langit tanpa pengetahuannya; akan senentiasa memastikan kehadiran pelangi di penghujung setiap hujan-ribut yang datang membelasah kita.

Jika orang-orang di atas sana diperkenankan tingkah lakunya oleh yang Mahakuasa, maka akan bertambah-tambah tinggilah lagi kedudukan mereka, akan bertambah kuatlah lagi tertawa-tertawa mereka, akan bertambah-tambahlah lagi nikmat kehidupan yang dikecapi.

Tetapi itu, kita ulangi sekali lagi, boleh berlaku cuma apabila diperkenankan olehNYA.

Walaubagaimanapun, KadamaianBaru ingin memberi peringatan terutama kepada para penulis jemputan dan jurukomen-jurukomen semua bahawa segala tulisan dan komen yang didapati mengandungi unsur-unsur fitnah dan hasutan akan dilupuskan serta merta tanpa rundingan. Non-negotiable mates!!!

Seni Tokok-Tambah sememangnya satu bidang di mana warga Kadamaian memang pakar. Jika boleh, janganlah tunjukan kepakaran itu disini. Laporkan sebagaimana ianya didengar dan berdasarkan kebenaran.

Ada diperkatakan bahawa pengecut mati beribu kali sebelum kematian sebenar menjelma. Keadaan di Kadamaian membuatkan kita tidak mampu untuk menjadi pengecut. Adalah jauh lebih baik untuk hidup sehari sebagai singa daripada hidup seratus hari sebagai kambing.

Sekian dan Selamat Tahun Baru 2009

Ikhlas,

Garot & Co.