Tuesday, September 16, 2008

16hb September, 1963

Sedikit-Sebanyak
  • Sebelum 16hb September, 1963, tidak ada di dunia ini negara yang dikenali sebagai Malaysia. Ianya sama sekali tidak wujud.

  • Nama Malaysia tidak akan ditemui pada mana-mana peta dunia yang telah dicetak dan diedarkan kerana Malaysia belum lahir lagi pada ketika itu.

  • Malaya atau Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia mendapat kemerdekaan daripada pihak British pada 31hb Ogos, 1957.

  • Dengan penyertaaan Borneo Utara (Yesss..Kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak, dan Singapura, sebagai rakan kongsi kepada Malaya dalam membentuk satu Negara yang berdaulat, pada 16hb Sepetember, 1963, Malaysia dengan rasminya diistiharkan kepada dunia.

  • Malaysia seharusnya diumumkan pada 31hb Ogos, 1963. Oleh kerana beberapa perkara yang berhubung-kait dengan Indonesia dan Filipina, serta penelitian semula keputusan Borneo Utara dan Sarawak berhubung dengan pembentukan Malaysia oleh Misi Malaysia ke United Kingdom (UNMM), Malaysia hanya dapat diumumkan dengan rasminya kepada dunia pada 16hb September, 1963.

  • Adalah penting untuk diketahui disini bahawa persekutuan baru yang telah diumumkan pada 16 September, 1963, adalah sedikit berlainan dengan struktur asal sebagaimana yang diilhamkan dan dijanjikan oleh Tunku pada tahun 1961.

  • Beberapa janji-janji utama yang telah mendorong Borneo Utara dan Sarawak untuk menyertai Projek Malaysia tersebut telah tersingkir daripada laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia. Konsep utama yang telah tersingkir ialah konsep perkongsian kuasa yang seimbang dan status sama rata di antara satu dengan yang lain didalam persekutuan baru tersebut.

  • Dalam ertikata yang sebenar-benarnya, persekutuan yang terbentuk jika sekiranya segala janji dihormati serta ditunaikan, adalah percantuman atau penggabungan diantara empat wilayah yakni Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, dan Sarawak.

  • Borneo Utara atau Sabah, bersama-sama dengan Sarawak dan Singapura melalui persetujuan pembentukan, sepatutnya adalah salah satu Negara kongsi Malaya iaitu 1 daripada 4 wilayah yang berkongsi samarata dan bukan satu daripada 13 buah negeri di Malaysia.

  • Berikut adalah petikan ucapan Tunku Abdul Rahman di dewan Parlimen pada 16hb Oktober, 1961 :

    …kita mahu mereka bergabung dengan kita di dalam Persekutuan yang berlandaskan rakan kongsi samarata, sama-sama menikmati status antara satu dengan yang lain…

  • Brunei yang pada awalnya telah menunjukkan minat untuk menyertai pembentukan tersebut menarik diri di saat-saat akhir sebelum perjanjian ditandatangani di Malborough House di London.

  • Atas sebab-sebab tertentu, Singapura tersingkir daripada persekutuan pada tahun 1965. Seperti Brunei, Singapura terus berkembang menjadi sebuah Negara yang maha makmur sehinggalah ke hari ini.

  • Jadi secara ringkasnya, Malaysia lahir pada 16hb September, 1963. Dalam ertikata sebenar-benarnya berdasarkan fakta sejarah, pada kala Malaya merdeka pada 31hb Ogos, 1957, Borneo Utara dan Sarawak masih dijajah British sehinggalah pada 16hb September, 1963.

  • Di negeri Sabah, tarikh 16hb September telah diwartakan sebagai cuti am atas nama Hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT).

  • Pada hari-hari sebelum 16hb September, 1963, sebenarnya Borneo Utara mempunyai pilihan untuk menentukan jalan kemerdekaannya sendiri.

  • Pilihan tersebut adalah sama-ada Borneo Utara menerima tawaran untuk merdeka melalui Malaya yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, atau melalui tawaran pihak Koloni British Borneo Utara dimana Borneo Utara akan merdeka dalam masa 10 tahun tanpa ada kena-mengena dengan Malaya.

  • Tawaran daripada British tersebut mencadangkan bahawa British akan terus kekal di Borneo Utara untuk 10 tahun berikutnya sehinggalah anak tempatan Borneo Utara cukup bersedia untuk mengambil alih pentadbiran daripada pihak British. Untuk mempersiapkan anak tempatan Borneo Utara dalam semua segi pentadbiran sendiri, 10 tahun dilihat sebagai cukup atau memadai bagi memenuhi hasrat tersebut.

  • Para pemimpin Borneo Utara pada ketika itu sememangnya lebih cenderung kepada tawaran British tersebut.

  • PASOK (Salah satu parti politik yang sudah bertapak pada masa itu) yang dipimpin oleh adik-beradik Gunsanad (OKK Sedoman dan GS Sundang) secara terbuka menyatakan kebimbangan mereka terhadap pembentukan tersebut di mana ianya dilihat sebagai tidak ubah seperti sekadar mengalihkan kuasa penjajahan White Hall di London kepada Kuala Lumpur di Malaya.

  • Mereka lebih bersetuju untuk melanjutkan pentadbiran British untuk 10 tahun lagi dan seterusnya mendapat kemerdekaan sendiri selepas itu.

  • Walaubagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak berjaya memujuk adik-beradik tersebut untuk berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, di mana Tunku telah berjaya menyakinkan mereka bahawa Borneo Utara tidak perlu menunggu 10 tahun untuk merdeka.

  • Borneo Utara akan merdeka serta merta melalui pembentukan Malaysia dan akan diberikan sedikit autonomi atau dalam bahasa mudah, sedikit kuasa untuk mentadbir/mengawal hal-ehwal sendiri.

  • Adik-beradik Gunsanad terus-terusan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai jawatan-jawatan penting yang bakal dikosongkan oleh pihak British di mana ianya sudahpun dilihat akan diisi oleh para pegawai daripada Malaya.

  • Tunku berjaya mengenepikan kebimbangan tersebut dengan menjanjikan kuasa penuh kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam mengendalikan hal-ehwal imigresennya.

  • Itu bermakna bahawa Sabah akan berkuasa penuh dalam menentukan samada seseorang itu boleh memasuki Sabah atau sebaliknya, dan ini berkuatkuasa kepada semua rakyat Malaysia di luar Sabah (Warga Malaysia yang bukan berasal daripada Sabah).

  • Maka demikianlah sebabnya kenapa dan mengapa rakyat Malaysia di Sarawak dan Malaya diwajibkan untuk mempunyai passport apabila memasuki Sabah dan pada masa yang sama diwajibkan untuk memohon permit kerja jika ingin berkerja di Negeri Sabah.

  • Namun harus diingat disini bahawa keperluan untuk passport bagi rakyat Semenanjung memasuki negeri Sabah sudahpun dibatalkan, dan Jabatan Imigresenpun tidak pernah diketuai walau sekalipun oleh anak watan Negeri Sabah.

  • Sehubungan dengan rundingan Malaya dan Borneo Utara mengenai pembentukan Malaysia, Tunku ada menyatakan bahawa para pegawai daripada Malaya akan dihantar ke Sabah untuk membantu pada peringkat awal pentadbiran sambil melatih dan mempersiapkan anak watan untuk mengambil alih kuasa penuh pentadbiran di jabatan-jabatan persekutuan dalam masa 10 tahun.

  • Dalam soal pentadbiran, pelan yang dicadangkan oleh Tunku sebenarnya tidak ubah seperti pelan kemerdekaan sendiri yang telah diperolehi Borneo Utara daripada British.

  • Cuma dengan pelan Malaya, Borneo Utara boleh dilihat sebagai merdeka serta merta. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Tunku, tidak perlu menunggu 10 tahun.

  • Mengenai jawatan-jawatan dalam pentadbiran jabatan-jabatan persekutuan di Negeri Sabah, melalui pelan yang ditawarkan oleh Malaya, adalah dipersetujui bahawa anak-anak watan negeri Sabah apabila mencapai kelayakan kelak akan mengambil alih pentadbiran daripada para pegawai dari Malaya yang pada mulanya dihantar hanya untuk membantu pada peringkat awalnya.

  • Malang sekali, seperti yang kita tahu, perkara itu tidak pernah menjadi kenyataan dan sehingga kini, setelah 45 tahun(1963-2008), jawatan-jawatan tertinggi dalam jabatan-jabatan persekutuan di Negeri Sabah masih dimonopoli oleh rakyat Malaya.

  • Imigresen yang mana hal-ehwalnya jatuh sepenuhnya dibidang kuasa kerajaan Negeri Sabah pun tidak pernah dipegang oleh rakyat Sabah daripada mula hinggalah ke masa ini.

  • Borneonisasi (Peralihan kuasa pentadbiran awam kepada anak-anak watan negeri Sabah) - Seperti yang termaktub dalam Perkara 8 (20 Perkara, Perjanjian Malaysia, & Perlembagaan Persekutuan), pengambilalihan anak-anak watan Sabah dalam semua jawatan yang dipegang oleh rakyat Malaya dalam jabatan-jabatan persekutuan di Negeri Sabah sepatutnya dilakukan secepat yang mungkin.

  • Bagaimanapun setakat ini, walaupun penyemakan semula 20 Perkara sepatutnya telah dilakukan pada tahun 1973, namun atas sebab-sebab atau lebih tepat dinyatakan sebagai alasan, Kuala Lumpur senentiasa berjaya meloloskan diri daripada membuat penyemakan dan perlaksanaan perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian tersebut.


    20 Perkara
    Asas Perjanjian Malaysia

1. AGAMA :

  • Walaupun tidak ada bantahan kepada ketetapan bahawa Islam adalah Agama Rasmi Malaysia, di Borneo Utara tidak ada agama rasmi Negeri, dan peruntukan berkaitan dengan Islam di dalam Perlembagaan Malaya sekarang tidak akan berkuatkuasa terhadap Borneo Utara.


2. BAHASA :



(a) Bahasa Melayu hendaklah menjadi Bahasa Kebangsaan Persekutuan;



(b) Inggeris hendaklah terus digunakan bagi tempoh 10 tahun selepas Hari Malaysia.



(c) Inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi Borneo Utara bagi semua maksud tujuan Negeri atau Persekutuan tanpa penghadan waktu.

3. PERLEMBAGAAN :

  • Perlembagaan Persekutuan Malaya sekarang diterima sebagai asas kepada Perlembagaan Malaysia, namun ianya mestilah dibuat dalam bentuk dokumen yang baru didraf sepenuhnya dan dipersetujui dengan adanya persatuan bebas negeri-negeri dan bukannya satu siri pindaan kepada perlembagaan yang telah didraf dan dipersetujui oleh negeri-negeri berasingan dalam keadaan yang sama sekali berbeza. Satu Perlembagaan baru untuk Borneo Utara adalah diperlukan.

4. KETUA PERSEKUTUAN :

  • Ketua Negeri Borneo Utara tidak akan layak untuk pemilihan sebagai Ketua Persekutuan.

5. NAMA PERSEKUTUAN :

  • "Malaysia" dan bukannya "Melayu Raya".

6. IMIGRESEN :

  • Kawalan imigresen kedalam mana-mana bahagian dalam Malaysia terletak dalam tangan Kerajaan Pusat, tetapi kemasukan ke Borneo Utara memerlukan kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak berkuasa penuh untuk memberi kuasa kemasukan kepada seseorang ke dalam Borneo Utara untuk maksud tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas alasan keselamatan yang kukuh. Borneo Utara haruslah mempunyai kuasa bebas keatas pergerakan seseorang, kecuali kepada pekerja Kerajaan Persekutuan daripada bahagian lain dalam Malaysia yang memasuki Borneo Utara.

7. HAK PEMISAHAN :

  • Tidak akan ada hak untuk berpisah/keluar daripada Persekutuan.

8. BORNEOSASI :

  • Borneosasi perkhidmatan awam haruslah dilaksanakan seberapa segera yang mungkin.

9. PEGAWAI BRITISH :

  • Setiap langkah haruslah diambil bagi menggalakkan para pegawai British untuk terus kekal dalam perkhidmatan awam sehinggalah tempat mereka diambil alih oleh rakyat Borneo Utara yang berkelayakan.

10. KEWARGANEGARAAN :

  • Syor dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah meliputi hak kewarganegaraan penduduk Persekutuan Borneo Utara yang tertakluk kepada pindaan berikut:

(a) Perenggan (i) tidak seharusnya mengandungi syarat mengenai pemastautin 5 tahun.

(b) Untuk dikaitkan dengan undang-undang kami, perenggan (ii) (a) hendaklah berbunyi 'tujuh daripada sepuluh tahun' dan bukannya 'lapan daripada dua belas tahun;

(c) Perenggan (iii) Hendaklah tidak mengandungi sebarang penghadan yang berkaitan dengan kewarganegaraan ibubapa. Seseorang yang lahir di Borneo Utara selepas Malaysia adalah warganegara Persekutuan.

11. TAKRIF DAN KEWANGAN :

  • Borneo Utara hendaklah berkuasa penuh dalam kawalan kewangan. tabung pembangunan dan takrif sendiri.

12.KEDUDUKAN KHAS KAUM ASLI :

  • Pada prinsipnya, kaum-kaum asli di Borneo Utara hendaklah menikmati hak-hak khusus sebagaimana yang dinikmati oleh masyarakat Melayu di Malaya, tetapi formula yang digunakan berhubung dengan perkara itu sekarang ini tidak semestinya digunakan di Borneo Utara.

13. KERAJAAN NEGERI :

(a) Ketua Menteri hendaklah dipilih oleh para anggota tidak rasmi Majlis Perundangan;

(b) Harus wujud satu sistem Kementerian di Borneo Utara.

14. TEMPOH PERALIHAN :

  • Tempohnya ialah tujuh tahun dan dalam tempoh berkenaan kuasa perundangan hendaklah terletak kepada Negeri Borneo Utara mengikut Perlembagaan dan bukan setakat yang diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan Persekutuan.

15. PENDIDIKAN :

  • Sistem pendidikan Borneo Utara yang sedia wujud hendaklah dikekalkan dan atas sebab inilah ianya harus terletak di bawah kuasa Negeri.

16. PERLINDUNAGN PERLEMBAGAAN :

  • Tidak ada pindaan , pengubahsuaian atau penarikan semula yang harus dibuat terhadap mana-mana perlindungan khusus yang diberikan kepada Borneo Utara oleh Kerajaan Borneo Utara.

17. PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN :

  • Ini harus mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga keluasan serta potensinya serta dalam apa hal sekalipun tidak seharusnya kurang daripada perwakilan Singapura.

18. GELARAN KETUA NEGERI :

  • Yang Di-Pertua Negara.

19. NAMA NEGERI :

  • Sabah.

20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN :

  • Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak seharusnya boleh dikenakan kepada Borneo Utara. Begitu juga dengan Majlis Negara mengenai Kerajaan Tempatan, ianya tidak boleh diaplikasikan di Borneo Utara.
    *******************************************************************************

    Berikut adalah 20 Perkara dalam Versi English. Adalah penting untuk diingat disini bahawa, macam biasalah kan..mana-mana percanggahan maksud dalam versi Bahasa Malaysia, Versi English sentiasa akan berkuat-kuasa (Digunakan sebagai betul)

    The agreement:

    Point 1: Religion:

    While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo.

    Point 2: Language:

    a. Malay should be the national language of the Federation;

    b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day;

    c. English should be an official language of North Borneo, for all purposes State or Federal, without limitation of time.

    Point 3: Constitution:

    Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.

    Point 4: Head of the Federation:

    The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation.

    Point 5: Name of Federation:

    “Malaysia” but not “Melayu Raya”

    Point 6: Immigration:

    Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

    Point 7: Right of Secession:

    There should be no right to secede from the Federation.

    Point 8: Borneanisation:

    Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible.

    Point 9: British Officers:

    Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from North Borneo.

    Point 10: Citizenship:

    The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:

    a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence

    b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”

    c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen.

    Point 11: Tariffs and Finance:

    North Borneo should retain control of its own finance, development and tariff, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit.

    Point 12: Special Position of Indigenous Races:

    In principle, the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malays’ formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo

    Point 13: State Government:

    a) The Chief Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council:

    b) there should be a proper Ministerial system in North Borneo

    Point 14: Transitional period:

    This should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of North Borneo by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government

    Point 15: Education:

    The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control

    Point 16: Constitutional Safeguards:

    No amendment modification or withdrawal of any special safeguard granted to North Borneo should be made by the Central Government without the positive concurrence of the Government of the State of North Borneo The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the state.


    Point 17: Representation in Federal Parliament:

    This should take account not only of the population of North Borneo but also of its size and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore

    Point 18: Name of Head of State:

    Yang di-Pertua Negara

    Point 19: Name of State:

    Sabah

    Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.:

    The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo.

    NOTA : Menurut sumber-sumber dalam Kerajaan Negeri, beberapa perkara dalam perjanjian ini sudah dibatalkan. Ini termasuk perkara Agama, Bahasa, dan Pendidikan. Beberapa perubahan juga telahpun dibuat keatas perkara yang berkaitan dengan imigresen.


    * Sumber-sumber maklumat adalah dijamin sepenuhnya. Jika timbul apa-apa kemuskilan haruslah kiranya tidak merasa ragu dan segan untuk berhubung dengan KadamaianBaru di
    http://www.gransai2kutabulud@yahoo.com/ *

KadamaianBaru 16hb September, 2008.

Monday, September 15, 2008

YB Herbert Timbon Lagadan – Bebelan Upgrade Kepada Mengarut.

  • Suka atau tidak , seperti yang sebelumnya, sekali lagi saya kena mulakan cerita-ceriti ini dengan SMS.

  • Oh yes..hariku memang padat dengan SMS. Sejak akhir-akhir ini berlipat kali ganda. Tidak terlayan.

  • Namun SMS berikut memang menarik perhatianku :

    “ Tak da kerja selain dr kutuk org ja. Tak buat apa-apa di Kadamaian. Mcm dia cuba alihkan phatian org Kdmain supaya anggap dia hero”

  • Antara perkara yang dibangkitkan oleh YB Kadamaian yang telah melayakkan kenaikan taraf cerita akhbarnya daripada membebel kepada mengarut ialah :

    1) SAPP dan Pensiangan

    2) Tuntuntan SAPP

    http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=59846

  • Soal publisiti murahan, enggak usah bicara. Benderangnya menyilau mata hati.

  • Jika SAPP memutuskan untuk tidak membantu BN, itu hak dia dan sebutir nasipun tidak akan berkurang daripada periuk YB Kadamaian (Ingatlah wahai rakyat Kadamaian sekalian, bahawa setiap butir nasi yang masuk kedalam mulut YB Kadamaian adalah dibolehkan oleh anda)

  • Jika SAPP memutuskan untuk membantu BN sekalipun, tidak akan terkurang walau secubitpun habuk yang berterbangan dijalan Kampung YB Kadamaian di kala kering, dan tidak akan memanjangkan hayat walau sesaatpun kemudahan-kemudahan kampong di Kadamaian yang sedang nazak menanti pembaikan.

  • YB Kadamaian berkata bahawa DUN juga membincang dan mendebatkan perkara-perkara yang dituntut oleh SAPP.

  • Kita memang percaya kenyataan beliau mengenai perkara itu kerana kami di siring padang Kota Beludpun selalu bincang dan berdebat mengenai perkara itu.

  • Sedarilah bahawa apa yang penting sekarang ialah menterjemahkan perbincangan dan perdebatan tersebut kepada sesuatu yang praktikal seperti yang SAPP buat.

  • Kalau tidak boleh berbuat demikian maka ada baiknya kalian join kami sahaja di siring padang Kota Belud, membincangkan perkara itu. Ini kerana hasilnya sama dengan apa yang kami dapat, “SIFAR”. Jimat juga duit rakyat membayar bil letrik Dewan Undangan Negeri Sabah.

  • SAPP sudah buat tuntutan. Kalian bertahun-tahun bincang,bincang,bincang, dan bincang tanpa tindakan. Sekarang kalau betul anak Sabah sejati, hentikanlah mengipas dan menjilat kaki BN dan sokong tuntutan SAPP tersebut.

  • Jika tuntutan SAPP ini dimakbulkan oleh Federal, satu hari nanti mungkin YB akan berkata kepada anak, cucu, dan cicit YB:

    “ Lihatlah nak, dulu Sabah tidak makmur seperti ini. Dulu orang kita susah mau jadi boss di negeri sendiri. Dulu kita kana pijak-pijak sajabah disini. Syukurlah kerana SAPP telah memulakan kembali perjuangan menuntut kembali hak dan maruah kita. Mari kita sama-sama berpegang tangan dan berdoa semoga dipanjangkan umur keturunan para penganut SAPP dan suku sakat Datuk Seri Yong Teck Lee nak. Dan ampunilah bapa, aki, kalian kerana pada suatu masa dulu terlalu celupar mulut dan tidak sedar diri menghentam orang-orang yang berjuang untuk Sabah, Negeri tanah tumpah darah saya sendiri” .

  • Kalau sudah tidak boleh dielakkan, kita masih boleh menyokong dan berkerja dengan BN tanpa dilihat sebagai menjadi hamba, Mr.Yes Man, Pak Turut, dan sebagainya.

  • Namun sebagaimana SMS diawal tadi nyatakan, YB Kadamaian mahu dianggap hero…

  • Hero Sabah?? Ok juga angan-angan itu tapi apakata kalau jadi hero N7 Kadamaian dulu, atau untuk permulaan, jadi hero kampong sendiri dulu.


    Amu nopo milod Sunudan bo,
    Garot...

Wednesday, September 10, 2008

YB Herbert Membebel Lagi

  • Itulah SMS yang saya dapat sejurus bangkit dari tidur kelmarin.

  • Perkataan "LAGI" jelas menunjukkan YB Kadamaian sudah membebel sebelumya.

  • Benar bagai dikata, isi kandungan berita tersebut memang pantas dilabelkan sebagai membebel.

  • Beliau mempertahankan hujah tadika beliau mengenai pendirian Tan Sri Bernard Dompok terhadap SAPP.

  • Semakin jelas ketidakfahaman beliau terhadap perkara yang dibangkitkan. Beliau percaya yang permintaan untuk PM meletak jawatan adalah sama dengan mengguling kerajaan yang dipimpinnya.

  • Dalam perumpamaan beliau yang sungguh mengharukan, beliau menerangkan bahawa kalau undi tidak percaya dikemukakan kepada Tan Sri Bernard Dompok, itu adalah sama dengan meminta agar presiden UPKO meletakkan jawatannya. Odoi dogo...

  • YB Kadamaian sungguh berbaik hati kerana menerangkan perkara yang sudah jelas. Memanglah undi tidak percaya kepada Tan Sri Bernard Dompok serupa dengan memintanya letak jawatanlah...apalagi??

  • Jadi jika perumpamaan YB Kadamaian itu betul-betul berlaku, Tan Sri akan turun namun UPKO masih ON. Cuma presiden yang diganti.

  • Begitu juga dengan PM. Dia turun, BN masih ON.

  • Dalam kontek yang dituntut oleh SAPP, Cuma PM seorang sahaja yang diminta untuk mengakhiri kepimpinannya dalam BN. Ini boleh ditekankan oleh para MP dengan menyokong undi tidak percaya terhadapnya.

  • Namun lain pula pemahaman YB Kadamaian.

  • Perkara yang kita kurang faham ada baiknya jangan disentuh. Saya percaya YB Kadamaian cukup faham akan keadaan kawasannya dimana dia sendiri gambarkan seperti tiada wakil rakyat apabila ada pelawat yang bertanya samada wakil rakyatnya masih hidupkah tidak.

  • Orang kampung YB Kadamaian sendiri tidak henti-henti bersungut mengenai jalan yang teruk. Kemudahan paling asas manusia di kampung sendiripun setakat ini terabai. Jadi ada banyak kebaikannya jika ditumpukan dahulu perhatian itu kepada perkara-perkara yang sedemikian rupa, daripada membebel terhadap perkara yang di luar kawasan dan pemahaman kita.

  • Memandangkan ada angin yang bertiup di Kadamaian yang mengatakan YB Kadamaian tidak lama lagi akan mendapat gelaran Datuk, maka sebagaimana YB Kadamaian mengambil kesempatan keatas persepsi yang dianggap sebagai realiti dalam politik yang digunakan orang, maka segala lalakan dan bebelannya adalah dilihat sebagai usaha untuk mengipas pihak yang amat diketengahkan oleh YB Kadamaian dalam hujah-hujahnya untuk tujuan tersebut, lebih-lebih lagi pada masa-masa ini, 16 September, hari penganugerahan pingat-pingat kebesaran negeri, semakin hampir. Ingat, ini adalah persepsi dan dalam politik ianya adalah realiti sebagaimana yang YB Kadamaian sendiri katakan.

  • Walaubagaimanapun semoga mendapat apa yang dihajat. Semoga bila dapat nanti berubahlah kiranya kepimpinan Datuk...eh...belum lagi...YB kepada kepimpinan yang lebih Pro-Rakyat Kadamaian.

Forever Amu Milod Tura'an..Garot.

Monday, September 8, 2008

Temuramah Esklusif/ YB Herbert Mempersoalkan Tan Sri Bernard Dompok

Ada E-mail yang telah meminta KadamaianBaru untuk menulis serba sedikit mengenai 16hb September dan 20 Perkara dimana menurut pengirimnya akan diedarkannya kepada belia-belia di kawasannya di Pantai Barat Selatan Sabah. Eleh..Kitaurangpun bukannya terer betul. Tapi apa ada hal. Kita kongsi setakat yang kita tau lah nanti kio.

Kita minta maaf dulu lah pasal itu ahh..kita mimang ada janji mau buat ini minggu tapi memandangkan kita ada temuramah esklusif maka kita tangguhkan dulu sekejap. Sekejap saja.
Berikut adalah lampiran kerja buang masa budak-budak KadamaianBaru. Buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi...eewah !!!
Siaran terdelay...biasalah...jam dot Tindal..


  • Bersama-sama saya di HQ Cyber KadamaianBaru pada masa ini, iaitu lebih kurang jam 1840Hrs (0640 pm) tanggal 06hb September, 2008, ialah seorang rakyat Kadamaian di perantauan yang saya telah berjaya kesan dan hubungi melalui perkhidmatan jalur lebar dan saya berterima kasih atas kemurahan atau lebih tepat kesediaan beliau untuk memberikan sedikit pendapat beliau mengenai pernyataan akhbar wakil rakyatnya itu.

  • Berikut adalah lampiran penuh temu ramah berkenaan :

  • KadamaianBaru: Salamat patang TanakDaradaat, apa khabar?

  • TanakDaradaat: Ya Salamat patang, sonong sodopon. Lobih sonong kanto dot totuong diti..he..he..

  • KadamaianBaru: Dalam ruangan ini, bulikah kalau saya pendekkan nama tobpinai kepada TD sahaja? untuk menyenangkan dan memudahkankan kita bah.

  • TanakDaradaat: Kanapa ?? bikin susahkah nama saya itu ??

  • KadamaianBaru: Oh tidak sama sekali, bukan itu maksudnya saya ..kita teruskan saja lah ya bro..no problem.

  • TanakDaradaat: Ko teruskan sajalah KB, kasi nama lah saya suka hati ko mau.. Apa yang sebenarnya kau mau tau dari saya ini oi KB?

  • KB: Adalah sikit-sikit. Pasal itu YB Kadamaian punya kata-kata di akhbar bah kamarin…kau sudah baca kah bulum oh ??

  • TD: Apa dia bilang ?? dia buat lawak lagikah ?? bulum..bulum lagi saya baca. Suratkabar mana satu ya?? New Strait Times?? The Star?? The Sun?? mana satu KB ??

  • KB: Suratkabar Sabah bah..DailyExpress..Bah..ko pigi baca dululah di http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=59698 Lapas baca nanti ko miskol saya. Apamasam oh…bulum baca lagi..@#%!!!

  • TD: Ok KB..sibuk bah baru-baru ini..

  • Selang beberapa jam kemudian..kira-kira jam 2027hrs (0827PM) :

  • KB: Ya TD..Sory sio..saya pigi beli kicap tadi, tepon tertinggal di rumah, habis kicapbah. Saya tiada ikanpun tidak apa. Jangan saja tiada kicap. Apa-apa kicap janji kicap. Pernah satu kali kicap hab..

  • TD: OK bos, ok bos..cukuplah pasal kicap itu. Mari kita sambung cerita pasal kicap..eh nah, silap, sambung cerita pasal YB Kadamaian tadi.

  • KB: Mana sudah kita tadi itu?


  • TD: Mana satu saya mau komen itu sio..banyak bahagian bodoh itu??


  • KB: Yang mula-mula itu dululah. Beza UMNO-PAS dengan YTL-DSAI..Kau punya YB sakap ada perbezaan bah. Dan macam biasalah..kesimpulan dia mimang berpihak kepada Tuan Tanah dialah..Ok sio..Silakan..


  • TD: Isk !! KB..YB kita semua ba itu..well anyway..Secara prinsip memang tiada bezalah. Point dia sekarang ialah mengadakan perjumpaan tanpa memaklumkan parti komponen yang lain. Jika itu salah..maka UMNO dulu numbur satu salah karana dia lagi duluan membuat perjumpaan dengan PAS. Dari segi tujuan perjumpaan pula, itu tidak timbul dan tidak relevan kepada persoalan yang dihadapi sekarang.


  • KB: Tapi YB Kadamaian cakap seolah-olah yang menentukan samada perjumpaan itu salah atau tidak adalah tujuan. Apakah tujuan perjumpaan tersebut. Itulah yang menentukan salah atau betulnya.


  • TD: Kalau kita perhatikan daripada mulanya timbul persoalan ini, yang diperkatakan adalah tindakan itu. Tindakan mengadakan perjumpaan itu yang dipertikaikan. Bukan tujuan perjumpaan itu.


  • KB: Setuju kah TD kalau saya katakan bahawa pihak UMNO tidak dianggap bersalah kerana tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk memperkuatkan BN secara amnya..ko setuju ka sio??


  • TD: KB beginilah. Kesalahan mencuri bukan dinilai pada tujuan mencuri. kesalahan itu terletak pada PERBUATAN itu. Apapun tujuannya, perbuatan itu memang salah.


  • KB: Oh..patutpun tidak ada seorang pun pemimpin yang lebih senior membangkit hal ini ya…rupanya cuma kira-kira darjah satu punya hal saja ya..


  • TD: Yalah..tengoklah..pemimpin UMNO Sabahpun diam-diam. YB Kadamaian pula yang melalak, Memandai-mandailah bah itu. Isk..isk..Tidak mengaku saya ini urang Kadamaian..


  • KB: Ok kita teruskan kepada perkara seterusnya..apalagi ya ?


  • TD: Bahagian letak jawatan dan undi tidak percaya..


  • KB: Ok..mai no sio..poboroso nopo tosorou-sorou nu..


  • TD: Ini YB Kadamaian mimang tidak buli lah kalau jadi cikgu, apa bezanya meminta letak jawatan dan mengemukakan usul undi tidak percaya?? Undi tidak percayapun menuntut perkara yang sama. Cuma apabila kita minta secara terus dan orang yang dimaksudkan tidak mau dengar, maka kena guna cara formal itu lah..


  • KB: Oh dia perkara yang sama rupanya ya? Macam TIMBON dan TIMBUN lah mangkali itu ah. Walaupun kedengaran berlainan, namun dia masih merujuk kepada benda yang sama ya..


  • TD: Ya..dalam ertikata sebenarnya memang lebih kurang begitulah. KB..ini barang buat saya fikir oh...lain kali bila dia berkhutbah kana dengar betul-betul oh. Bukan apa..berhati-hatilah..saya sudah mula ragu-ragu dengan kebolehan pemahaman dia. Dia petik ayat nanti bahaya orang-orang kampung kalau dia salah-ertikannya..macam sekarang inilah.


  • KB:He..he..he..slow-slow sio. Khutbah itu biarlah sidang jemaah yang kasi tantu. Lagipun ayat-ayat memang tertakluk kepada pengertian masing-masing.


  • TD: He..he..he..


  • KB: OK, TanakDaradaat, Jadi, apalah kesimpulan kau? Cuba kau buat penggulungan dulu gia sikit-sikit.


  • TD: Memang trademark YB Kadamaian yang bila buat tindakan memang tidak usul periksa punya. Setahu saya UPKO tidak pernah menyokong itu usul undi tidak percaya ma..dorang sokong itu tuntutan SAPP saja. Ini mesti dengar cerita-cerita saja si YB itu. Macam biasalah. Babi-buta..eh silap..membabi-buta.


  • KB: Jadi itulah kau punya gulungan ah?


  • TD: Ehmm..nanti dulu..Ya ada lagi..


  • KB: Teruskan..


  • TD: Sebenarnya sio ah..daripada dia pigi memandai-mandai mengulas perkara yang dia tidak berapa faham, lagi baik dia kasi tau itu itu kisah sedih kawasannya yang memang teruk. Jalan Kampung dia sendiripun…waduh..tidak tau lah apa mau cakap. OK..OK..sudahlah..pininglah mo pikir itu semua..bagus saya pigi cari singgarung dululah…

  • KB: Mana sudah kau ??

  • KB: TanakDaradaat..mana sudah kau??


  • KB: TD..mana sudah kau?? ada lagi mau tanya ini!!

    TanakDaradaat masih ndah respon sampai sakarang..mungkin dia butul-butul pigi singgarung lah itu..kita tunggu dan lihat...