Wednesday, June 25, 2008

YB Kadamaian di TV3

Pada zaman Greece Kuno, itupun kalau saya tidak silap, kejadian gunung berapi meletus memang berlaku tetapi dalam kadar yang amat jarang. Deretan daripada letusan itu maka asap yang keluar akan berlanjutan hingga ke malam di mana ianya akan meliputi bulan dan seterusnya membuatkanya kelihatan seperti berwarna biru. Daripada fenomena itu maka lahirlah ungkapan yang dalam bahasa Inggerisnya berbunyi “Once in a blue moon” (sekali dalam masa bulan berwarna biru). Ungkapan ini sering digunapakai sehingga ke zaman ini bagi menggambarkan satu-satu peristiwa yang amat jarang sekali berlaku. Dan sesunguhnya, khususnya bagi Kadamaian, semalam, 24hb Jun 2008, bulan telah bertukar menjadi biru, di mana YB Kadamaian telah mengistiharkan penurapan jalan utama Kg.Sayap di buletin perdana TV3.

Perkembangan seumpama ini sememangnya adalah satu yang amat dinanti-nantikan dan amat positif dalam membantu rakyat Kadamaian di kampung yang terlibat menuju kearah kedudukan yang lebih progresif. Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH keatas pencapaian ini.

OPSS!! Hampir terlupa, tolong jangan disalah ertikan ucapan tahniah ini. Ucapan tahniah ini saya tujukan kepada rakyat Kadamaian yang telah berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Ini adalah kemenangan mereka. Kemenangan mereka dalam menggesa wakilnya supaya menjalankan tanggung-jawabnya. Kemenangan mereka dalam menggesa orang yang sama agar tidak terus-terusan menjadi pemanas bangku dan pelawak di Dewan Undangan Negeri Sabah. Saya telah melihat isu ini dibawa oleh rakyat hingga ke dada akhbar kebangsaan bagi menuntut kenaikan taraf jalan tersebut dan baru kini hasilnya terlihat. Tahniah sekali lagi. Bagi pihak yang muncul di TV3, pencapaian ini tidak membawa apa-apa keistimewaan kerana ini memang kerja dan tanggung jawab mereka. Jikalau perkara-perkara sedemikan tidak diketengahkan untuk tindakan sewajarnya maka pihak-pihak berkenaan itu tidak ubah seperti makan gaji buta. Perkataan “tidak ubah seperti” tadi sepatutnya saya tidak masukkan kerana memangpun makan gaji buta. Tahniah untuk pihak ini cuma apabila mereka berani membawa setiap masalah-masalah tertunggak serta rungutan-rungutan rakyat di Kadamaian ini ke siaran TV perdana. Bukan 1,2,3 tahniah tetapi 1 juta kali tahniah.

Persoalan yang memang berbaloi untuk kita fikirkan sekarang ialah adakah kita perlu berperang dahulu setiap kali meminta satu-satu perkara itu untuk diberi perhatian atau sememangnya sudah termaktub dalam deskripsi kerja seorang wakil rakyat untuk meninjau dan sentiasa mencari apa yang perlu diberi perhatian di kawasannya tanpa ditarik telinga untuk datang dan memantau keperluan kawasannya? Apakah wajar rakyat perlu merungut dahulu sampai ke dada akhbar baru mereka ini bangkit daripada kerusi empuk mereka untuk bertindak? Jika jawapannya ialah YA, maka itulah yang betul-betul kita akan buat. Cuma sekarang kita akan ke peringkat yang lebih canggih lagi..Hotline TV3, Edisi Siasat NTV7, dan sebagainya yang sentiasa bersedia 24 jam, 365 hari setahun untuk menerima rungutan rakyat dan bukan “Once in a blue moon”.Chao.

Boikot Petronas Brengsek!!!

Saudara saudari semua. Berikut adalah e-mail yang saya telah terima daripada warga Malaysia yang prihatin, dan saya rasa perlu disebarkan untuk bacaan semua. Saya terpaksa memadam nama pengirim asal untul tujuan privasi. Selamat membaca.
** High Priority **
Wahai warga Malaysia sekelian.... .hebahkanlah cerita benar ini kpdrakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak petronas.... .Sebenarnya semua warga malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni..baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggituuuuu.Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu....Haaaaaa ini lah yang warga malaysia tak tahu.... Sebenarnya kita niduduk je Malaysia...tapi minyak yang kita cari gali kat trengganu dan Srawak tu, kita tak penah pakai pun...Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A...Diulangi Minyak Gred A.......semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara...jadi petronas telah beli pulak minyak gred C...Diulang Gred C.....untuk digunakan di malaysia dan diletak logo Petronas.... dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg bukan keta nasional, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali...maklumlah minyak gred C.Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell.Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B...Inilah yg rakyat malaysia tak tahu...kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah usd130.00..Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara peneluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan . Itulah antara sebab2 nye...Untuk pengetahuan anda semua...semasa kenaikan harga minyak dari RM1.62 kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan"isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik"...Semua e-mail tersebut adalah mengarut.Anda semua kena tipu.....Minyak tetap naik jugakkan....Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas...sebab bilareramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas...bilamakin besar untung...makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat...Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja...Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati....Dasyat betul diorg menipu rakyat.mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagihkan sama rata kepada rakyat....Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai dimalaysia...masaaku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap"bonusaku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)"dah la gaji dia rm6+++...Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus....Pasal Peraduan Car Craze......yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas...apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze...Semua rakyat dapat rasa..ni tidak...dahla jual minyak gred C....Pas tu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu...aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk malaysia...tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak Caltex@Mobil/Esso dan skang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. .Terpulang pada anda untuk mengisi minyak yg anda suka kerana duit tersebut adalah duit anda.

Wednesday, June 18, 2008

Jambatan Uzur

Tidak berapa lama dulu, saya terserempak dengan seorang penduduk di Kawasan Kadamaian di mana beliau telah menyuarakan kekecewaan dan kegeraman beliau tentang jambatan gantung yang merentasi Sungai Kadamaian ke kampung mereka yang dalam keadaan uzur, atau dalam ertikata sebenarnya, tinggal tunggu masa untuk runtuh. Beliau berkata, penduduk kampung sudahpun membawa perkara ini kepada wakil rakyat Kadamaian dan pada kali kedua mereka berjumpa, kerana yang pertama jelas sekali tidak mendapat tindakbalas seperti yang diharapkan, wakil penduduk menyatakan kepada YB tersebut yang mereka akan membawa perkara ini kepada HOTLINE. Saya harap tindakan yang wajar untuk memperbaiki jambatan berkenaan sudahpun diambil kerana si YB berkenaan telah merayu untuk perkara itu tidak dibawa ke HOTLINE, dan seterusnya diberikan sedikit lagi masa untuk bertindak. Kepada YB berkenaan...Tolonglah orang-orang kampung. Jambatan berkenaaan adalah jalan perhubungan utama mereka..Ingat, kalau sudah runtuh ianya perlu diganti dengan jambatan yang baru, dan kalau tidak diganti juga, nanti YB susah datang berkempen ke Kampung berkenaan pada pilihanraya nanti kerana disana ada dua kampung . Kalau YB datang berkempen naik 4wheel melalui Gaur atau Bt.10, tidak nampak pula semangat rakyat YB yang sangat baik dipertontonkan pada masa pilihanraya. Jadi YB, tolonglah buat kerja anda dengan waras..

Tuesday, June 3, 2008

Penyakit di Kadamaian

Salah satu yang menarik tentang kadamaian ini ialah di merata-rata tempat kita jumpa orang, majoriti akan komplain habis-habisan tentang wakil rakyat yang dia orang ada sekarang. Itu ini tidak buat. Tapi bila pilihanraya, di kasi manang juga. Ini memang kena diberi rawatan yang serius. Satu usaha harus dilakukan daripada sekarang untuk menghalang penyakit ini dari berterusan. Rakyat Kadamaian...pomusorou no kopio kama yoko'u.