Saturday, August 30, 2008

Tidak Mustahil-Renungan Hujung Minggu.

“Saya boleh melakukan apa saja melalui Kristus yang menguatkan saya.” Filipi 4:13


Seorang usahawan dari Boston yang berwawasan tinggi berkata kepada seorang pencipta muda, “Kenapa anda tidak mencipta mesin jahit?”

Pencipta muda itu mengenepikan idea tersebut dengan berkata “ Ianya tidak boleh dilakukan.”

Perbualan tersebut telah didengar oleh salah seorang pekerja di kedai itu dan dalam diam-diam menerima cabaran tersebut. Elias Howe bertekad untuk membuat apa yang pencipta muda tersebut sifatkan sebagai tidak boleh dilakukan. Bertahun-tahun beliau mengabdikan diri untuk tujuan tersebut. Dari eksperimen ke eksperimen, model ke model, dan akhirnya pada tahun 1845, beliau telah berjaya melakukan yang mustahil dengan menghasilkan untuk dirinya sepasang pakaian yang dijahit sepenuhnya menggunakan mesin jahit praktikal yang pertama.

Banyak perkara yang dianggap mustahil telah berjaya dilakukan sepanjang 100 tahun yang lalu. Ada diperkatakan bahawa cuma waktu saja yang menjadi perbezaan antara yang mustahil dan tidak mustahil.

Apabila Goethals merancang untuk membina Terusan Panama di Amerika Tengah untuk menghubungkan dua lautan, orang sebebas-bebasnya memperkatakan tentang tugas yang mustahil itu. Namun Goethals tidak bersetuju dengan pemikiran pesimistik mereka. Dengan yakin beliau bergerak ke arah selatan dan akhirnya berjaya menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik. Dalam sajak beliau digambarkan sebagai yang berikut:

Seorang lelaki datang ke Panama,
Di mana ramai manusia telah terkorban,
Untuk membelah gunung-gunung curam,
Dan mengenepikan ombak-ombak besar,
Seorang lelaki berdiri di Panama,
Dan gunung-ganang bergerak ketepi.


Kalau kita merasakan sesuatu itu mustahil, itu cuma sejauh mana ianya mustahil dalam fikiran kita. Tidak mahu membuat sesuatu yang sudah kita fikirkan sebagai mustahil adalah kebiasaan; percayalah, dengan usaha yang gigih dan bantuan Tuhan yang Mahakuasa, tidak banyak perkara dalam dunia ini yang mustahil.

Ramai orang pada kurun ke-15 percaya bahawa dunia ini adalah rata. Namun seorang manusia bernama Christopher Columbus yakin bahawa dunia ini adalah bulat. Pada masa itu, beliau dianggap cukup bodoh dengan menyebarkan kepercayaanya bahawa adalah mungkin untuk sampai ke Timur dengan belayar menghala ke Barat. Selama 8 tahun Columbus berusaha mencari seseorang yang sanggup membina kapal laut yang lengkap untuk digunakannya belayar ke Timur.

Akhirnya beliau menemui seorang yang yakin akan kepercayaannya, dan dengan 3 kapal laut bersama 88 anak kapal beliau memulakan pelayaran penting tersebut.

Dalam pelayaran tersebut, anak-anak kapal Columbus telah hilang kepercayaan kepadanya dan mengancam untuk membunuhnya jika mereka tidak berpatah balik. Namun Columbus Cuma ada satu jawapan: “Terus belayar! Terus belayar! Dan terus!” (Sail on! Sail on! And on!) Dan sememangnya mereka belayar terus dan sampai ke daratan pertama yang teletak di Hemisfera Barat pada hari ke-12 dalam bulan Oktober, 1492.

Apabila sesuatu itu nampak gelap, bila persekitaran mengatakan yang kita mencuba sesuatu yang mustahil dan tidak boleh dilakukan, biarpun kita dianggap gila, “Terus belayar! Terus belayar! Dan terus!”

Kehidupan manusia-manusia agung mengingatkan kita,
Kita boleh membuat hidup kita unggul,
Dan bertolak nanti, meninggalkan di belakang kita,
Jejejak di atas pasir-pasir masa.

Monday, August 18, 2008

YB Kadamaian Membebel di Akhbar







  • Pada awal Tun Mahathir mula mengkritik Pak Lah, para pemimpin daripada UMNO dan parti-parti komponen BN yang lain kelang-kabut menampilkan diri untuk mempertahankanya.

  • Berdasarkan unsur-unsur kebenaran serta logik dalam kebanyakan kritikan Tun Mahathir yang memang terserlah, tidak perlu untuk direnung, jeling saja pun orang sudah tahu apakah tujuan sebenar para pemimpin yang tampil untuk mempertahankan Pak Lah. Rakyat semakin pandai bah !!!

  • Apabila ketua bahagian Kiulu, En.Sindin Ranggongon dengan gagah beraninya menyeru presiden PBS letak jawatan, Yb Kadamaian kita yang tercinta tidak ketinggalan untuk memainkan peranan.

  • Aiseymen..kalau dengan kunyit berani pula dia hingga sampai ke akhbar untuk hantam sama orang ya..

  • Oh ya..Naib presiden PBS pula diakan... Tidak bolehlah kalau dia duduk diam-diam saja. Nanti itu porosidin bilang " betul lah bah pula itu urang Kadamaian cakap. Kau ini butul-butul lah lembab dan tiada guna."

  • Walaubagaimanapun Sindin mengulas kenyataan itu dengan menyifatkan Yb Kadamaian bercakap-cakap mengenai perkara itu melalui cakap-cakap orang sahaja.

  • Yb Kadamaian membalasnya lagi dengan mengatakan dalam kadar lebih kurang bahawa dia cuma mengkhabarkan maklumat sebagaimana ianya sampai kepadanya.


  • Hmmm...Yb Kadamaian memberitakan perkara itu tanpa usul periksa...Kalau maklumat yang diterimanya mengatakan yang Sindin ditawarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi timbalan perdana menteri Malaysia nanti pun akan dikhabarkan juga oleh YB Kadamaian tanpa usul periksa.

  • Tindakan seperti itu bila ditolak campur kali bahagi sama juga seperti mengambil tindakan tanpa usul periksa. Itu memang tidak menghairankan kerana memang itu adalah salah satu jenama atau ciri-ciri YB Kadamaian. Perangainya yang begitu memang terkenal di Kadamaian. Bertindak tanpa usul periksa.

  • Dalam akhbar sebelum itu, YB Kadamaian dengan se-enak mulutnya mengatakan Sindin berseorangan sahaja yang mahu Pairin bersara. Semasa saya habis membaca akhbar tersebut, belumpun sempat saya menyoal kawan yang duduk di sebelah saya, samada dia setuju kah tidak, dia sudah menghentak meja dengan tangannya sambil berkata "akhirnya ada juga urang yang berani bah, patut itu Huguan Siou sudah bersara 20 tahun yang lalu bah" katanya dengan suara yang masih bergema di telingaku sehingga kini.

  • Sesuka rasa, se-enak mulut, secetek akal selembab fikiran. Demikianlah asas yang digunakan oleh Yb Kadamaian dalam mempersembahkan hujah-hujahnya dalam mengipas bossnya. Kalau diri itu tidak buta komputer, bawa-bawalah meninjau pendapat-pendapat rakyat terlebih dahulu sebelum membebel di akhbar, ataupun upah satu undercover untuk meninjau samada Sindin betul-betul berseorangan. Tetapi pasal upah mengupah ini agaknya ada sulit sikit ya..Adalah dipercayai bahawa driverpun dia tidak mahu pakai kerana soal upah-mengupah itulah.

  • Sebagai seorang individu, daripada cara YB Kadamaian menukul Sindin, ianya amat jauh berbeza dengan pendiriannya ketika pada suatu masa yang tidak seberapa lama dahulu, dia mengakui di akhbar bahawa ada seorang pegawai perhutanan memanggilnya BODOH kerana tidak membenarkan pembalakan di kawasan tadahan air di Kadamaian.

  • Dia tidak mendedahkan identiti pegawai berkenaan kerana memikirkan akibat yang akan ditanggung olehnya dan keluarganya. Pendek kata YB Kadamaian ini memberitahu yang dia baik hatilah. isk...isk...isk...ya memang...hatiku tersentuh.

  • Berikut adalah petikan daripada akhbar Daily Express, 19 April 2006. Lamakah tidak lama bukan itu persoalannya. Soalnya bukti..kalau tiada bukti nanti kitapun kena cop macan YB Kadamaian juga. Bertindak melalui cerita-ceriti sahaja.

  • "One Forestry officer called me a stupid YB for not allowing logging at the area. What is the use of protecting an area which has no more trees on itŠ believe if the water catchment area in Kadamaian is protected, Kota Belud will never have to face problems like in Kudat and Kota Marudu," he said. When suggested that he report the name of the Forestry officer who called him stupid, Herbert said he was still in the right frame of mind and that the officer concerned had a family to look after.

  • "How will he look after his family if he were to be sacked if I report thisªut I think the officer concerned will sooner or later understand the rationale behind this," he said.


  • Daripada itu jelas sekali bahawa pendirian kebaikan Yb Kadamaian ini bisa berubah-ubah ya. Memang wajarlah pegawai hutan tersebut memanggilnya dengan panggilan yang tidak berapa sedap didengar itu kan...ini kerana sebagai kerajaan, antara tugas Yb ini ialah mengemukakan perkara yang sedemikian rupa untuk diperbetulkan. Memastikan kakitangan kerajaan tidak menyalah gunakan kuasa mereka. Kalau sudah terang-terangan bahawa ada niat untuk membalak di kawasan tadahan air Kadamaian maka langkah-langkah PRE-EMPTIVE harus di ambil.

  • Itu perkara serius oh...jangan main-main. Tapi pegawai berkenaan tidak mengecam Pairin, dia cuma secara tidak langsung menguatkan kepercayaan orang yang sememangnya sudah lama percaya yang kerajaan ini tidak amanah, dan salah seorang daripadanya mendapat perlindungan dan belas kasihan Yb Kadamaian.


  • Ataupun bukannya tidak mahu ambil tindakan tetapi tidak ada bukti. semuanya berdasarkan cerita-ceriti sahaja. Kerana kes itu amat besar jika dibandingkan dengan Sindin, maka ada kemungkinan juga lah yang YB Kadamaian tidak ada keberanian untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai wakil rakyat dan orang kerajaan.

  • Secara peribadi, saya memang menyokong penuh dan menyambut baik jika Huguan Siou Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan bersara sekarang. Kalau YB Kadamaian mahu ikut serta dengan dia untuk berundurpun apa salahnya kan. Malah saya percaya bahawa ramai yang akan mengalu-alukannya.

  • Sebenarnya, semenjak Pairin membawa PBS - Parti Bersatu SABAH (Itu nama SABAH terang benderang sekali bah!!) untuk bertanding di Pulau Pinang pada suatu masa dahulu, orang sudah mula hilang kepercayaan kepada kewarasan fikirannya. Semenjak itu juga, keupayaannya sebagai seorang pemimpin untuk membuat keputusan yang logik mulai diragui.

  • Disini saja sudah 2 orang yang menyokong Sindin. Saya dan kawan saya yang hempas meja tadi tu. Buta-buta itu YB Kadamaian cakap yang Sindin berseorangan. Kita doakan dia supaya yang maha kuasa menganugerah kan dia dengan kebijaksanaan dan sentiasa ingat untuk berfikir dulu sebelum bercakap.

  • Setakat ini, tidak ada pula pemimpin daripada komponen BN Sabah yang lain yang kelang- kabut menampilkan diri untuk mempertahankan Datuk Seri Pairin. Tidak ada pula Tan Sri Dompok dan Kurup membela bekas boss mereka itu ya..

  • Berdasarkan keadaan semasa, adalah amat logik untuk mempercayai bahawa sebagaimana sewaktu Pak Lah mengumumkan masa perletakan jawatannya, seperti yang Tun Mahathir katakan, bahawa ianya disambut dengan gembira oleh rakyat dan tidak ada pula pemimpin-pemimpin yang lain mendesaknya untuk meneruskan pimpinan, begitulah juga yang bakal terjadi kepada Datuk Seri Panglima Joseph pairin Kitingan.

  • Seperkara lagi, seperti yang memang diketahui ramai, bahawa YB Kadamaian ini adalah kroni terdekat Datuk Maximus. Bila ada orang yang Pro Ongkili mencadangkan agar beliau di naikan untuk mengganti Pairin, sepetutnya YB Kadamaian sokonglah kan...Ini tidak. Walaubagaimanapun, ingkuro pom ingkuro kad Dusun tomod-tomod, bersedialah dengan segala kemungkinan. Mungkin sandiwara semasa sedang berlangsung. Percayalah bahawa tiba masanya Pairin turun nanti, itupun kalau masa itu akan kunjung tiba... Kita tengok samada Yb Kadamaian akan merayu atau mendesak Pairin untuk meneruskan pimpinan atau sebaliknya.

  • Kepada Saudara Sindin Ronggongon, anda tidak berseorangan...percayalah.

  • Iti nopo baino sio...siodop oku no...HIDUP KADAMAIAN BARU !!

Garot...

Thursday, August 7, 2008

Tobpinai-tobpinai. UPKO bela SAPP...ada harapan ini tau..


  1. UPKO mempertahankan SAPP.
  2. Berikut adalah antara tindak balas daripada para supporters yang saya dapat daripada blog SAPP setakat 0311hrs, 07hb Ogos 2008 :-

  • Upko, our friend all along, now the picture is quite clear...SAPP can now see who and who is for the people and who is also a friend with conscience and principles.I salute you, Upko for upholding a brave stance.

  • Tan Sri Bernard Dompok you are the man for Sabah unlike those wankers like PBS, PBRS and LDP. They are more interested to worship their evil master umno than God. Keep going and the RIGHTEOUS ONE WILL PREVAIL

  • Dear Datuk Yong and SAPP, why worry sacking by BN?? The rakyat sabah are backing you!!Everybody know that PBS, PBRS and LDP are RAJA PENGAMPU...and pemimpin UMNO sabah is LIVING in the SHADOW of UMNO... kesian betul...wahai pemimpin UMNO sabah, sampai bila baru kamu mau bangun dari hidup di bawah bayang-bayang UMNO? Bangun lah wahai PENDEKAR-PENDEKAR SABAH!!

  • I'm so touched with the decision on UPKO for their brave moves to BN Leaders, keep it up UPKO u are part of Sabah's Heart.

  • Tan Sri Bernard Dompok,De Facto Huguan Siou. We'll fight with you.

  • Pendirian UPKO lebih jelas berbanding sebelum ini. Nampaknya Sabah mempunyai harapan yang lebih cerah dengan adanya parti politik seperti UPKO dan SAPP.Mudah-mudahan LDP, PBS dan pemimpin UMNO yang lain dapat bangkit bersama untuk memperjuangkan masa depan Sabah.Memperjuangkan Sabah bukan hanya bermaksud keluar dari BN tetapi pemimpin politik perlu lebih lantang bersuara untuk mengetengahkan permasalahan rakyat dan bukan jadi 'YES MAN'.Nakhoda negara kurang berpengalaman dalam mengharungi ombak dan badai yang semakin mencabar dalam era globalisasi.Harga barangan tidak akan turun walaupun harga minyak dikurangkan.Jika pak menteri kita adalah dari kalangan yang bijak pandai, sanggup mengharungi kenaikan harga minyak global (hasil spekulasi) selama 2 bulan. Sudah tentu masalah dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat pada masa kini tidak akan berlaku.Mengapa pemimpin kita enggan bertanggungjawab???Salam Merdeka!

  • 令狐不冲 said...
    國陣,還有甚麼可留戀?

  • The country's 51st Merdeka will go down in history books as the worse since independence.EQUALITY,JUSTICE, FAIRNESS,GOOD GOVERNANCE,PATRIOTISM, have all gone to the doldrums.While most countries of the world are progressing towards a just society and equality for it's people,our beloved country under this administration has taken Malaysia back to 20 years.UPKO's support maybe commendable, but there again,does BN really have the testicles to SACK SAPP at a time when BN's position itself is not only declining but highly questionable?The impending by-elections at Permatang Puah and the summons issued to DSAI to appear in court will surely hit the international headlines.At this point,it is an embarrassment to be a Malaysian.May I suggest to SAPP,why wait to be sack?The most honorable thing to do is leave BN.In the event that BN decide to let-off SAPP with just a severe warning,why continue to stay in BN if Bodowi is still around?I call upon all my Sabahan brothers and sisters,that the peoples power is inevitable to ensure that our country is free from the tyrants who are manipulating and hoodwinking us.Let us show our solidarity and pray that righteous will prevail.God safe Malaysia,it's people and Pakatan Rakyat.May Malaysians from all walks of life,be it rich or poor shout with one voice.Cheers...

  • Sapp better pull off from this stupid BN...BN is no longer applicable to rule Malaysia. PUKIMAK BN!!!!!!

  • PAIRIN AND TAN SRI BERNARD DOMPOK?I was a great sdmirer of Pairin who used to shackle himself from being dictated by UMNO-led Federal leaders. But when the going get turf the weak lost the principle he is fighting for.When Tan Sri Bernard Dompok broke rank with Pairin to form UPKO, I felt sad. Nevertheless his name never disappear in my small humble heart. From the day he broke rank with Pairin and how he maintained his stand up till now, I had misjudged him at an initial stage. He speaks with dignity - loud and clear about his roots (Sabahan) Up till now he is a true son of Sabah, in particular and East Malaysia in general. When Tan Sri Leo was in the cabinet, we saw Tan Sri Bernard way ahead of Tan Sri Leo in how he articulate his views about many things that affect Sabah in particular and East Malaysia in general.Another upcoming true son of Sabah is a young man by the name of Datuk Tangau - a bright and upcoming spokesman for Sabah. Datuk Yong and Datuk Mojimbun need not be menioned because they create ripples and hope that the ripples will CREATE a great MEXICAN WAVE across Sabah and Sarawak.Oh Sabahans, YOU ARE GREAT people from the Land Below the Winds and gifted with natural leaders. You have never short of one!Your leaders dare speak the TRUTH. If UMNO can secretly speak with PAS (one of PR members) without even the courtesy to inform other BN components, why did not MCA, MIC, GERAKAN, PPP or other BN parties in Sabah and Sarawak issue UMNO a show cause letter? A serious breach had been committed by UMNO.Which would you buy - an intellectual reasonings expoused by Datuk Tangau or shallow "seasonings" put up by UMNO "top guns" on the needs for Malay Unity and Muslim Ummah?
    Datuk Richard Yong. You are on the dot with your remarks about BN=UMNO putting self interest above Sabahan desperate call for justice.The point to note is BN=UMNO dont care about Sahahans.. be they dead or alive. How can they care about Sabahans if they can wildly and cruelly accused Dato Seri Anwar (their own malay race) of such a heinous crime.All BN=UMNO MPs and supporters. READ THIS WARNING. GOD KNOWS EVERYTHING. ALL OF US ARE GODS CREATION. BLOOD THE LIFELINE OF ALL HUMANS CANNOT UNTIL TODAY BE CREATED BY MAN. THIS SHOWS THAT ALL OF US ARE BEING WATCH BY OUR CREATOR. As such those who still have a conscience, please state your stand now or forever let your conscience prick you.Long Live SAPP and Long Live Dato Seri Anwar Ibrahim

Saturday, August 2, 2008

Ketua Bahagian PBS Kiulu berseorangan dalam mengecam Pairin

DAILY EXPRESS NEWS


2hb Ogos 2008
  • Kota Kinabalu: Ketua Bahagian PBS Kiulu, En.Sindin Ranggongon telah menerima serangan bertubi-tubi sejak menyeru Presiden PBS, Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan untuk bersara- Kali ini daripada timbalannya, John Hussein.

  • Beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar Daily Express ,Jumaat, 2hb Ogos 2008, " Kenyataan Sindin adalah tidak betul. Sebagai timbalan ketua bahagian, saya boleh mengesahkan bahawa tidak ada perjumpaan @ meeting yang diadakan oleh bahagian semenjak Mac tahun ini"Dalam akhbar yang sama, John juga mempersoalkan kenyataan bahawa kepimpinan Pairin tidak lagi berkesan kerana amalan pilih kasih dan kegagalan untuk mempertimbangkan kesensitifan orang ramai. "Pairin adalah ketua kami, harapan dan bapa kepada perjuangan kami dalam PBS. Kami berdoa agar dia akan terus menjadi ketua KDM secara khusus dan Sabah secara amnya", kata John.

  • John menambah bahawa masyarakat Kiulu tidak pernah merungut mengenai kepimpinan Pairin dan ADUN Kiulu, Datuk Louis Rampas mengenai hal itu kerana daripada kebaikan pimpinan mereka, Kiulu sekarang dalam laluan pembangunan yang betul.

  • "Tidak ada masalah diantara Unit Pembangunan Kemajuan Rakyat (UPKR) dan PBS bahagian Kiulu. Malah sebenarnya, perhubungan antara masyarakat sekarang adalah kukuh" katanya lagi.

  • Menurut John, ramai ahli komiti bahagian parti masih menunggu aktiviti-aktiviti untuk dilaksanakan oleh ketua bahagian. "Kita masih menunggu dia untuk mengendalikan aktiviti seperti mesyuarat cawangan yang sepatutnya sedang berjalan tetapi tidak pernah dibuat hingga ke hari ini, sementara persidangan tahunan perwakilan parti sudah hampir tiba", katanya.
  • Sebagai timbalan ketua bahagian, dia akan menasihati Sindin supaya menumpukan perhatian kepada keperluan dan keutamaan parti daripada menyanyikan lagu yang cuma dia seorang sahaja yang suka.
  • Sindin telah menyatakan bahawa masanya sudah tiba untuk mempertimbangkan Datuk Dr.Maximus Ongkili sebagai pengganti Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan diminta letak jawatan.

Kota Kinabalu: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Huguan Siou Datuk Joseph Pairin Kitingan, Sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan dan nasional pada 01hb Ogos 2008, menghadapi tuntutan untuk meletak jawatan sebagai kapala parti yang ditubuh dan diasaskannya 23 tahun yang lalu. Walaubagaimana para pegawai senior PBS yang lain cepat-cepat menyingkirkan seruan ketua bahagian PBS Kiulu, Sindin Ranggongon berkenaan, dengan berkata " tidak perlu tergesa-gesa" untuk mengganti kepimpinan parti itu sekarang.
  • "Keberanian Sindin Ranggongon sememangnya patut mendapat pujian. Saya percaya ini adalah permulaan kepada banyak lagi tuntutan yang bakal menyusul untuk menyeru JPK meletak jawatan. Senario para pegawai parti mempertahankan boss mereka apabila diserang adalah perkara biasa dan satu tindakan yang senang sekali dibaca apabila orang yang dipertahankan itu masih memegang sedikit kuasa dan pengurapannya diperlukan untuk masa depan kepimpinan yang bakal dikosongkannya nanti. Percayalah. Sepertimana keadaan semasa Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peralihan kuasa yang membawa maksud yang sama juga dengan meletak jawatan pada bulan Jun 2010 nanti, seperti yang Tun Mahathir cakap dalam blognya, para hadirin dan orang ramai menyambut baik berita itu dan tidak ada siapapun merayu supaya dia meneruskan pimpinan.

Ketua penerangan PBS, Johnny Mositun menyatakan bahawa tidak ada sebab Pairin untuk berundur dan memberi laluan kepada yang lain pada masa ini, dan percaya para pemimpin PBS lain akan sabar menanti giliran mereka.

  • "Setiap Sabahan yang mempunyai fikiran waras dan peka kepada perkembangan politik tempatan tahu bahawa orang yang bertanggung jawab dalam memporak porandakan perpaduan dan menjatuhkan maruah KDM adalah tidak lain dan tidak bukan, orang yang di minta oleh brother dari Kiulu tadi untuk letak jawatan. Jadi ayat yang sepatutnya digunakan oleh Mositun ialah "Pairin belum lagi mahu lepaskan jawatan kerana belum puas." Sebab untuk berundur memang sudah cukup kuat, dan sebab untuk terus duduk di atas sana lebih lagilah kuat; itu pasal kita punya paramount leader sanggup memalukan dirinya untuk terus duduk di sana.

Dalam akhbar-akhbar tersebut, Sindin dipetik sebagai berkata "Pairin, Huguan Siou, Pemimpin Tertinggi @ Paramount Leader KDM, sepatutnya memberi laluan kepada yang lain yang lebih bertenaga, berkaliber dan berkarisma."Sindin berkata bahawa pengganti yang cukup jelas pada ketika ini ialah timbalannya Datuk Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Tegasnya, ini adalah sentimen para ahli PBS bahagian Kiulu pada perjumpaan mereka baru-baru ini.

  • "Dr.Maximus Ongkili? orang yang selama ini menumpang kerusi di tempat orang-Kota Marudu, yang dicadangkan untuk mengganti JPK? Humm..Inilah keadaan yang betul-betul menyokong peryataan " dari periuk terjun ke api"
Sindin menambah bahawa pertukaran kepimpinan adalah perlu kerana sokongan kepada parti telah jelas berkurangan seperti yang dapat dilihat pada jumlah undi yang diterima oleh parti pada pilihanraya March 2008, baru-baru ini. Pada masa yang sama, dalam pilihanraya berkenaan, 2 calonnya tumbang menyembah bumi.
  • Pertama sekali ialah daripada tingkah laku para pentadbir-pentadbir PBS, kita boleh membuat kesimpulan bahawa mereka-mereka ini tidak akan sama sekali percaya bahawa rakyat @ KDM mempunyai kebolehan analisis sehingga ke tahap itu-membuat kesimpulan melalui kiraan undi pilihanraya. Bagi saya, kebanyakan keputusan yang pernah mereka buat pada saat-saat genting politik Sabah yang melibatkan mereka adalah secara tidak langsung menghina kebijaksanaan orang-orang yang diwakilinya.


  • Adalah wajar bagi rakyat jelata Sabah terutama KDM menyokong apa sahaja bentuk seruan yang boleh menyumbang kepada perletakan jawatan JPK kerana sebagai presiden parti dan Huguan Siou, kredibilitinya memang sudah banyak dicemari oleh keputusan dan tindakan-tindakannya yang tidak bermaruah . Kekuatan dan pengaruh politiknya dimungkin oleh pengorbanan dan usaha gigih para penyokong awal dan rakan sepengasas KDCA dan PBS dahulu untuk mempromosikan diri beliau dalam persada politik negeri Sabah. Namun sekarang itu semuanya sudah lenyap. Semuanya sudah tiada. Kredibiliti JPK sama sekali hancur pada kala beliau menyembah dan mengemis meminta belas kasihan Kuala Lumpur untuk diterima kembali ke pangkuan BN. Untuk memburukkan lagi keadaan, warna sebenar JPK yang tidak patut diperlihatkan kepada awam sebagai Huguan Siou telah dilihat dengan terang benderangnya apabila pada satu masa selepas mereka diterima kembali ke dalam BN, jawatan timbalan ketua menteri Sabah yang ditawarkan kepadanya, ditelannya bulat-bulat tanpa sebarang tanda pengunyaan. Tidak perlu saya nyatakan sebab mengapa tindakan itu sesuatu yang memalukan dan tidak bermoral dari kedudukannya sebagai Huguan Siou kerana kita semua tahu apa jawatan dia sebelum itu.

  • Perjuangan JPK semasa meneraju PBS awal-awal dulu sehinggalah dia dijatuhkan oleh UMNO dan seterusnya menjadi ketua pembangkang di negeri Sabah selama lebih kurang 8 tahun adalah pada kepercayaan saya, adalah aspirasi sebenar majoriti rakyat Sabah. Perjuangan menuntut hak-hak negeri Sabah selagi ianya tidak tertunai akan sentiasa relevan dan wajib kepada parti-parti jati negeri Sabah yang sedia ada mahupun yang bakal ada pada masa-masa akan datang. Saya kenal beberapa individu yang sanggup membuka baju sampai ke jalanan untuk mempertahankan perjuangan JPK dan PBS pada masa itu. Bayangkan betapa peritnya mereka menghadapi hari-hari mereka yang berikutnya setelah JPK dan krew-krewnya, selepas 8 tahun, demi untuk diterima kembali ke pangkuan BN, mengaku bersalah terhadap segala perjuangan mereka selama menjadi pembangkang. Bagi kawan-kawan tadi, selain daripada mengebumikan orang-orang tersayang, tidak ada yang lebih sakit daripada perjuangan yang "DITIDAKKAN" oleh orang yang kita pertahankan dengan jiwa dan raga selama 17 tahun.

  • Harus diingat disini bahawa JPK menyembah Kuala Lumpur cuma setelah beliau menang dengan mendapat hanya lebih kurang 250 majoriti pada pilihanraya awam yang terakhir beliau bertanding sebagai pembangkang di Parlimen Keningau menentang Tan Sri Joseph Kurup. Jelas sekali disini bahawa beliau melakukan perkara yang tidak bermaruah ini demi survival politiknya dan kuncu-kuncunya. Perkara penting yang gagal dipertimbangkan di sini ialah setiap keputusannya akan dilihat sebagai keputusan bersama presiden PBS dan Huguan Siou. Daripada tindakan beliau memilih jalan murahan ini beliau menggadai maruah PBS sebagai presiden dan KDM sebagai Huguan Siou.

  • Sebelum JPK jatuh dengan gedebuknya seperti pemimpin lain yang tumbang pada pilihanraya baru-baru ini, tindakan yang paling waras sekali sekarang ialah mengundurkan diri daripada arena yang diceburinya berpuluh tahun tanpa ada pencapaian yang pasti dan perjuangan yang konsisten. Beliau harus belajar daripada Tun Dr.Mahathir Mohammad yang turun semasa di kemuncak kerjayanya. Rakyat semakin kenal siapa JPK. Sudah ada yang boleh muntah dengan sebutan namanya sahaja. Setelah lebih kurang 32 tahun berkecimpung dalam arena politik, tidak patutlah kalau ada lagi ilmu politik yang belum digunakanya. Segala apa yang dia tahu sudah dikeluarkan dan ini sahaja hasilnya. Tidak ada apa yang ditunggu lagi. Percayalah. Dalam bahasa Dusun tomod-tomod " Aiso no pokuroyon di sio..nokowonsoi nod sio ih milo-milo iyo om nawi no kanto di toila-laan di sio".(Tiada sudah yang dia boleh buat..dia sudah buat apa yang boleh dan habis sudah apa yang dia tahu).

  • Kepada Sidin Ranggongon, ketua PBS bahagian Kiulu, tahniah. Akan ramai lagi yang bakal menyusul. Anda tidak keseorangan. Selamat berjuang.

Garot