Tuesday, December 16, 2008

Pagari Oh Pagari

Tobpinai-tobpinai, Inilah dia - terbaru daripada Tuan Pagari:


Nyata sekali bahawa kalian memang tidak boleh menerima kemajuan seseorang itu jika dia tidak sependapat dan berada di pihak yang sama dengan kalian.

Sungguh kampungan sekali cara kalian. Saya ingin sekali mahu mempercayai bahawa kalian tidak bersifat demikian - kerana daripada sebahagian hujah-hujah kalian, saya berani bertaruh bahawa kalian ini berotak dan berpelajaran.

Namun harapan tetap harapan. Saya kena terima hakikat bahawa bangsa ku belum bersedia untuk sesuatu yang lebih besar. Politik kalian politik kampungan. Politik ikut perasaan. Pengetahuan, otak dan kepandaian kalian tidak berada pada saluran yang betul. Ringkasnya – Di salah gunakan!!!

Kepada sesiapa yang dengan berlagaknya melabelkan saya sebagai bercakap kosong disini, silakan. Jika saya katakan saya baru balik daripada Amerika, London, Arab dan sebagainya, takkan saya terus post dokumen perjalanan saya disinin untuk membuktikan kebenaran apabila anda meraguinya – betulkah tobpinai – tobpinai?

Jika saya katakan saya mempunyai sebelas jari – dan jika anda tidak percaya, saya sama sekali tidak akan kehilangan jari kesebelas saya itu. Anda mempersoalkan kebenaran, bukan berarti sesuatu itu tidak benar.

Ketidakpercayaan anda kepada apa yang sudah berlaku tidak sedikitpun menjejaskan kebenarannya.

Lagipun saya sebenarnya tidak perlu sibuk-sibuk lagi bersuara disini, tidak perlu lagi. Saya sudah boleh goyang kaki. Saya tahu benar bahawa tatkala orang lain terus makmur, macam saya,dan berusaha untuk menggunakan kesempatan yang ada - akan ada orang yang terus-terusan mengkritik dan tidak boleh menerima saranan daripada orang lain lebih-lebih lagi jika ianya daripada pihak yang mempunyai prinsip politik yang berbeza daripada mereka.

Jika kita mahu maju, kita kena ikut stail orang cina. Mereka senentiasa makmur walau dalam apa pun keadaan politik. Prinsip tidak berguna jika ianya menjadi penghalang kemajuan. Adat budaya rakyat Kadamaian. Rela putus saudara demi kepercayaan politik mereka. Sungguh kasihan sekali.

Tuan Notipukangip. Saudara lantang sekali menghentam saya disini ya.

Berzaman-zaman saya dihentam. Hentaman anda tidak membawa apa-apa erti dan kesan pada ku.

Dari pengalaman saya, anda sebenarnya bukan tidak bersetuju dengan cadangan saya.

Anda sebenarnya tidak menyukai pendirian dan pihak di mana saya berdiri.

Saya orang lama. Saya faham politik. Politiklah yang bagi saya kehidupan. Saya tahu segala adunan warna warninya. Saya tahu setiap halaman akan mendapat sinaran matahari yang sama rata. Giliran halaman anda mendapat sinar mataharinya pasti akan tiba esok. Halaman ku pulak akan kegelapan.

Tapi sekarang, kalau gelap dan tidak ada letrikpun, orang bijak akan stanby generator lah kan Tuan Notipukangip...he...he...he...

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tanak Daradaat kerana telah memPOSTkan maklumat tentang aktiviti anda di sini tidak seberapa lama dahulu.

Daripada maklumatnya saya mendapat tahu yang anda akan berada di DUN Sabah bagi pihak jabatan anda.

You know what? He..he..he.. Saya langsung ke DUN untuk tengok wajah-wajah yang mungkin saya kenal.

YB Kadamaian dan seorang pengikut kuatnya memang saya ada nampak di sana pada hari itu.

Inilah hasil yang saya dapat pada hari itu. Saya kenal anda. Saya telah melihat anda. Saya tahu kampung anda. Memang ada potongan. Memang keturunan pemberontak. Jika mahaguru itu ada memperturunkan segala ilmunya kepada anda, maka ada masa bumi Sabah ini bukan saja bergegar tapi terlari terus dari paksi dan termiring terus apabila ilmu itu malatup melalui anda – Itupun kalau anda pergunakan sebagaimana mahaguru itu gunakan dulu lah.

Saya cukup hormat dengan mahaguru itu. Tidak banyak Tindal seperti dia. Betul-betul bagi saya inspirasi. Saya harap ada timbul karakter seperti dia daripada kalangan kalian semua.

Semua orang boleh jadi pemimpin. Semua orang boleh hidup dengan prinsip apabila menjadi pemimpin dan hidup senang. Tetapi amat sedikit sekali orang yang memilih untuk hidup susah demi prinsip. Mengorbankan pangkat dan kuasa demi prinsip. Biarpun mempunyai pilihan untuk duduk senang dan menikmati duit pencen dengan bergoyang kaki sahaja, pada peringkat terakhir hidupnya, walaupun dibebani penyakit, mahaguru itu telah memilih untuk terus berbakti kepada rakyat hingga ke akhir hayatnya.

Jika ada di antara anda yang masih tertanya-tanya akan bagaimana ciri-ciri pemimpin sejati, maka tengok dan hayati lah kehidupan mahaguru yang saya perkatakan ini. Jika kalian tidak tahu siapa yang saya perkatakan disini, maka, jelas sekali kalian masih mentah.

Dia tidak sempurna. Namun dia tidak pernah kecut dari kewajipannya.

Di pelusuk mana sahaja di dunia ini, jika mahaguru itu ada, suara Tindal tidak pernah tenggelam. Suara Tindal senentiasa kedengaran.

Dia bukan manusia dan pemimpin yang sempurna, namun dia adalah seteru politik yang sempurna.

Jadi disini saya cabar anda semua, bukan untuk membuktikan betapa terernya kamu semua pasal sejarah, bukan untuk membuktikan betapa kamu ada potongan jadi YB, bukan untuk kamu membuktikan betapa tingginya sekolah kamu. Saya cabar kamu semua siapa yang berani menjadi pengganti MAHAGURU itu.

Apamacam Notipukangip. Kasi malatuplah!!!

PEOPLE OF KADAMAIANBARU, I CHALLENGE AND DARE YOU ALL TO BE THE NEXT MAHAGURU!!! ADA BERANI KAH ???? MUNGKIN TIDAK HA..HA..HA…!!!


Mr.Pagari of Kadamaian

Monday, December 1, 2008

Berita Baik Untuk Sabah

Yess Tobpinai-tobpinai. Terbaru daripada Mr. Luguan Tulu. Mari kita sama-sama hayati.


RM17b Sabah roads upgrade

The Federal Government has allocated some RM17 billion to pave all roads within 30km radius of towns in Sabah by the year 2015. Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed said the huge allocation was in line with the Government's vision and commitment to boost the State's infrastructure development. "We are aware that there are still many roads which have not been upgraded or paved in Sabah and there are also places in the rural areas which have no roads at all”. Mohd Zin said Sabah had 15,756km of roads of which 5,686km are paved roads and 9,635km gravel roads. The rest are laterite roads. "We hope to complete the project by 2015 or at the latest by 2017," he told reporters after a briefing on the State's infrastructure development here.- DAILY EXPRESS NEWS -23 Nov 2008



Bila saya membaca kenyataan ini, saya katakan “wah.. baguslah, kalau peruntukan ini betul-betul sampai ke sasaran”. Tapi saya terpegun sejenak, kenapa dalam radius 30km saja? Bagaimana pula jalanraya di kawasan yang jauh lebih dari 30km dari kawasan Bandar? Di mana sebenarnya keutamaan kerajaan, adakah jalanraya di kawasan Bandar atau pekan saja yang balik-balik di tar, tetapi lepas tiga bulan, rekahan dan lubang muncul lagi?..adakah penduduk luar Bandar tidak layak menikmati kemudahan jalanraya yang baik?..Bagaimana pula di kawasan Kadamaian? Dapatkah kita menikmati tampias peruntukan yang disediakan? Rupanya menikmati harga kemerdekaan itu amat susah sekali. Bagaimanapun kita harus/patut menikmati pembangunan selari dengan pendapatan dari sumber bumi yang telah kita jana.
Rangkaian KadamaianBaru

Friday, November 21, 2008

Boros-boros di Pagari

Bersesuaian dengan tema KadamaianBaru "SUARA RAKYAT N7 KADAMAIAN" maka atas permintaan Tuan Pagari, kita telah 'Post' kan tulisan beliau disini untuk tatapan bersama (Tidak kira dia di pihak manalahkan-suara dia suara N7 Kadamaian juga)-KadamaianBaru-

Notipukangip,
Daripada cara anda berkata-kata,nyata sekali anda tidak mengikuti permulaan kepada hujah-hujah saya ini.

Suara saya ini adalah untuk menjawab hujahan Tuan Luguan Tulu yang membuat dakwaan itu ini terhadap YB dan ahli-ahli pentadbirannya.

Saya menyeru beliau untuk memberi bukti atau sekurang-kurangnya satu nama kampung yang boleh membuat kita percaya bahawa ianya tertindas dan nasib rakyatnya tidak terbela.

Saya juga menjawab dan memberi jalan kepadanya bagaimana menangani perlantikan-perlantikan pengerusi kampung yang berdasarkan caranya disuarakan oleh Tuan Luguan Tulu, bersifat kronisme.

Sekarang Tuan Notipukangip melabelkan saya sebagai ego + angkuh pula.

Tuan Notipukangip juga menyatakan bahawa masa untuk kami berada di bawah akan tiba.

Bercerita tentang keseimbangan alam ya Notipukangip.

Ada dinyatakan bahawa jika kita ketawa seharian pada hari ini, esok kita akan menangis seharian pula. Itu hukum alam, itu hukum karma. Betul ya Notipukangip.

Pernyataan anda sememangnya cukup mentah. Anda mencadangkan bahawa kita tidak sedar akan semua itu?? Ha..ha..ha.. Sungguh naif.

Saya secara peribadi telah melewati era berjaya, era PBS, dan era BN UMNO sekarang ini, dan setakat ini saya masih boleh maintain kebahagiaan hidup.

Saya tidak menyatakan diri saya inteligent disini.

Walaubagaimanapun, pakar-pakar psychology bersetuju bahawa erti sebenar inteligent bukan diukur oleh kemampuan dan pencapaian akademik.

Inteligent atau kepintaran dalam BMnya, adalah tahap keupayaan seseorang itu menyesuaikan diri dengan keadaan dan mampu mempertahankan kesinambungan hidup atau secara ringkasnya, survive, dalam apa juga keadaan yang dipersembahkan oleh dunia.

Saya boleh berbisik kepada diri saya bahawa secara tidak langsung saya telah menaikan imej Tindal kadamaian dengan mempromosikan nilai-nilai tersebut kepada masyarakat luar, melalui diri saya.

Masa pemilihan dan penghakiman pemimpin adalah pada masa pilihanraya.

Sekarang ikut rentak sahaja lah. Biar kelam bagi kalian, cobalah ikhtiarkan supaya mendapat sesuatu kebaikan daripadanya. Itu kalau mahu pakai taktik survival mudah.

Jika tidak, jadilah pembangkang yang berhemah. Jangan alang-alang bila komplen. Kalau sekadar komplen itu komplen ini, itu kerja perempuan perempuan bujang di kampung-kampung. Jika disebut secara ringkas, ia dipanggil mengumpat.

So anything, buat betul-betul.

November 21, 2008 2:39 AM

Friday, November 14, 2008

Lanjutan Kadamaian O Kadamaian

Tobpinai-tobpinai yang saya hormati sekalian.

Mr.Garot telah meminta saya -Tanak Daradaat, untuk mengambil tempat beliau sementara beliau outstation sehingga hujung bulan ini.

Beliau telah menghubungi saya tentang permintaan seorang peserta KadamaianBaru melalui SMS agar komen-komen yang terjana daripada ‘Kadamaian O Kadamaian’ tulisan Sdr.Luguan Tulu daripada www.Gamutkinabalu.blogspot.com, di alihkan ke muka depan blog utama untuk kemudahan semua.

Semoga mendapat inspirasi untuk kemajuan KADAMAIAN!!!

Berikut adalah komen-komen yang dijana setakat ini:



Boros-boros di Pagari:

Kau kebuluran kah Luguan Tulu?Coba awak tengok diri di cermin?Kalau anda berkerja dengan kerajaan, tanya diri siapa bayar awak punya gaji?Kalau anda berniaga, coba tanya diri sendiri siapa yang memberikan anda lesen dan kebebasan untuk berniaga?Kalau awak ada sekolah, siapa yang membolehkan anda bersekolah hingga pandai macam sekarang?Jika awak berkerja, adakah kerajaan yang datang merayu kepada anda untuk berkhidmat untuk mereka atau yang terhegeh-hegeh membuat permohonan?Jawapan kepada semua soalan ini ialah semua yang anda ada sekarang adalah daripada kerajaan yang wakilnya sedang awak antam abis-abisan.Pagari cadangkan supaya berfikir secara waras.
November 4, 2008 6:05 AM

Headhunter says:

Luguan Tulu, ada nilai2 kesenian tulisan anda kali ini ya.Pagari, kita semua ada sebab untuk menyokong dan tidak menyokong satu-satu institusi. Kami menghormati pendapat dan persoalan anda. Pokoknya hanya satu. Kita kena majukan bangsa dan kawasan kita.
November 4, 2008 8:15 AM
Garot,Anggang,Kibak-Ibak,Kibuk,Rabait,Ributak,Barait said...

Dalam menikmati segala apa yang disediakan oleh kerajaan setakat ini, kita juga tidak boleh dinafikan daripada hak kita untuk mendengar dan mematuhi suara hati kita.Kalau Pagari merasa boleh menyumbang dengan lebih efektif kepada Kadamaian pada kedudukan Pagari sekarang, maka teruskan.Jika Luguan Tulu lebih produktif terhadap Kadamaian dengan pendirian beliau sekarang, maka teruskan.Hujung pangkalnya ialah kemajuan bangsa dan Kadamaian.
November 4, 2008 8:37 AM

Anonymous said...

MAIN KAU PAGARI
November 4, 2008 12:22 PM

Anonymous said...

go ahead pagari
November 4, 2008 12:23 PM
Sitaring said...

Ok jg ba pembangunan tu.. ada lotirik, air peree (bule ambik dari kadamaian turus), urg2 sumua pun spoting. Tingu jaraya sana kampung kami, sondiri pigi timbus, girid jaraya sondiri. Yalah, tidak smpi mgkn poruntukan tu, tapi sukur la karajaan masih bayar gaji jadi bule la girid sondiri pakai duit gaji, duit karajaan juga bah. Jambatan gantung pun panjang, walaupun bolubang-lubang sdh tapi sukur la ada lobihan-lobihan boruti karajaan jadi bule lah kasi tampal sini sana walaupun pologingging tu jambatan, bagus jg la dari baranang sabarang tu kadamaian tercinta.. :D
November 5, 2008 12:06 AM

Boros ka Kawagu di Pagari:

Tinguk si Staring, sangat positif. Sitaring, nanti kalau ada album baru kasi tau aah..saya beli..ha..ha..ha
November 5, 2008 3:08 AM

Boros di Luguan Tulu:

Sdr,Pagari, terima kasih komen anda. Kalau anda bercakap tentang kerajaan, semua og sudah tahu, apa peranan institusi/sektor kerajaan dan juga sektor swasta. persoalannya di sini adalah keprihatinan seseorang pemimpin itu thdp rakyatnya. Tahu apa keutamaan, bila menjadi seog pemimpin. Kita harus sedar bahawa perjuangan membela rakyat adalah merupakan misi utama seorang pemimpin. fikir-fikirkan itu sdr pagari..tq
November 5, 2008 7:41 AM

Moros-boros ie Pagari:

Luguan Tulu,Saya membaca respon anda dengan penuh minat.Pertama sekali berkenaan pemimpin. Saya cabar saudara untuk menyenaraikan semua perkara yang dia tiada buat dan sepatutnya buat dalam bahasa yang mudah dan betul.Kedua, Saya cabar LT sekarang juga untuk menyenaraikan semua perkara yang dia sudah buat.Ketiga, dari segi apakah rakyat di Kadamaian tidak terbela??Saya menanti jawapan anda.TQ
November 5, 2008 8:20 AM

Headhunter Campurtangan:

Pagari, Ko pura2 tidak faham maksud tersirat komen si Sitaring atau ko sengaja tidak mahu faham?
November 5, 2008 10:51 AM
Sitaring said...

Hehehehe.. mimang tersirat itu :D
November 5, 2008 11:40 AM

Haro po poboroson di Luguan Tulu:

Sdr Pagari, mempertahankan atau membela seseorang yang kita sayangi, buli kita lakukan dengan memberi seribu macam alasan. Demikian juga, apabila kita cuba/ingin menjatuhkan seseorang, memang pelbagai taktik yang dibuat, sehingga ianya benar-benar kenyataan. Tapi untuk menyenaraikan kelemahan, atau perkara-perkara yang sudah dan belum dibuat, budak sekolah rendah pun buli melakukan kerja-kerja tersebut. Dari sudut membela nasib seseorang pula, kalau kita benar-benar ikhlas dan berjiwa mulia, kita berusaha untuk melakukan nya sehingga benda tersebut dapat dilakukan. Bagi saya itu adalah prinsip dan amalan yang buli disanjung tinggi. Di sini sekali lagi saya mengatakan bahawa persoalan sebenar adalah, sebagai wakil rakyat, bukankah sepatutnya mendengar dulu apa masalah dan rintihan dari akar umbi, baru buli memberi komen atau cadangan penyelesaian, kemudian diutarakan kepada pihak-pihak berkenaan utk tindakan lanjut. Tetapi kalau kita mengimbas kembali senario YB kita ini, dia lebih banyak bercakap tentang perkara yang dia sendiri tidak faham apa situasi sebenar. Di dewan persidangan misalnya, lebih banyak membidas orang lain dpd membela, atau memperjuang nasip orang sendiri. Fikir2 kan semua itu pagari... TQ
November 5, 2008 2:46 PM

Haro po poboroson di Pagari:

Mr.Headhunter,Mimang itu maksud tersiratlah yang saya maksudkan bila komen Tuan Sitaring punya karya.Dalam keadaan yang sedemikian rupa, beliau boleh menghasilkan seni. U see ahh..orang seni ini tidak pernah cakap secara direct. Setiap mesej mesti disampaikan secara seni. ‘Artfully conveyed’ kad turang putih kio Sitaring. Orang seni maa kan Tuan Sitaring…he..he..he..Never under estimate the power of music dude. Whilst politic divides us so bad, music will surely unite us. I’m all for Kadamaian entrepreneur.Go, go D-eq Production.
November 6, 2008 1:19 PM

Atuk!! om amu pomoti pama na’awi poboroson di Pagari:

Tuan Luguan Tulu dan kawan2 yang sewaktu dengannya,Sudah tiba masa untuk membuka fikiran. Kalau sudah buka, kena buka lebih luas lagi.Saya percaya kepada pendekatan liberal, moderate, & pragmatik.Saya tidak percaya akan fanatisme dan ekstrimisme.Saya tidak akan berlaku kedekut untuk berkongsi pinggan mangkuk dengan tobpinai-tobpinai Kadamaian saya - walaupun tidak sehaluan dengan saya.Akan ada waktu terpencil,terdesak, dan tertekan untuk kita. Akan ada waktu sukar untuk kita. Saya telah merasa dan melalui bahagian saya. Dan saya percaya saya akan melaluinya kembali menurut turutan carta roda hukum alam. Cuma pada masa itu, saya akan lebih kuat, gagah, dan lebih bijaksana menangani keadaannya.Trajedi, tekanan, penderitaan, dan seumpamanya adalah alat bagi yang hidup untuk mengaut kebijaksanaan. Saya seikhlas-ikhlasnya memang respek kepada segala aktiviti yang menjurus kepada kepentingan rakyat, pembelaan nasib rakyat dan masa depan rakyat turun-temurun terutamanya di N7 Kadamaian.Untuk menyatakan bahawa saya tidak kecewa dengan respon Tuan Luguan Tulu adalah satu pembohongan besar kepada diri saya.Apabila kita tidak tahu sesuatu perkara itu, teknik dan alasan turun-temurun yang sememangnya sudah lapuk pada masa ini ialah ‘itu budak-budak pun tahu.’Kita telah melalui banyak perkara dan secara otomatik kita tahu bila mendengar jawapan yang sedemikian rupa bahawa orang itu memang tidak yakin dan tidak tahu jawapannya.Jawapan ‘budak-budakpun tahu’ selalunya digunakan untuk melindungi kedaifan.Bukan bermaksud biadab disini tetapi itulah dia hakikatnya.Jawapan ini juga selalunya digunakan oleh mereka-mereka yang egoistik.Kalau anda bertujuan untuk mengutarakan masalah rakyat dan menjadi juara nasib rakyat, anda kena ada fakta sebenar keadaan. Buat dalam bentuk hitam-putih, beri detail terperinci, dan kemukakan kepada pihak-pihak berkenaan dengan salinan kepada, pejabat daerah, menteri berkaitan, ketua menteri, dan PM. Itu barulah Kaw-Kaw!!! Anda Itu tugas pengerusi kampong-kampung anda. Sebelum anda menembak YB Herbert Timbon Lagadan, anda kena pastikan pengerusi anda menjalankan tugas yang sepatutnya dulu.Kalau pengerusi anda tidak menjalankan tugas, guling dia. Kalau pengerusi kampong anda pun anda tidak boleh guling maka bagaimana kiranya anda mahu mengguling seorang wakil rakyat yang telah dipilih secara demokrasi dan terus bertahan hingga penggal ke-4 ??Oleh itu, sebelum kalian melaungkan nasib rakyat yang anda dakwah tidak terbela, dapatkan dahulu fakta. Bukan sekadar daripada keadaan yang dilihat melalui mata kasar, cakap-cakap, dan seumpamanya, tetapi melalui dokumentasi formal dan terbukti.Kalau anda mengutarakan masalah dalam bentuk begini, maka dalam bentuk begini juga ianya layak dilayan. Sebelum saya menyentuh tentang pembelaan nasib rakyat Kadamaian, anda kena perbetulkan tuntutan anda itu dulu.Saya sama sekali tidak akan melabelkannya sebagai dakwaan budak-budak. Cuma jika ianya dibiarkan demikian maka ianya boleh diklasifikasikan sebagai tidak berasas.Dakwaan demikian juga terbit berdasarkan stereotype. Ubah pendekatan anda sejajar dengan amalan semasa.Saya suka slogan yang sering digunakan oleh Tuan Garot:Demi Kadamaian !!!Koropihid Kadamaian, Pagari.
November 6, 2008 1:23 PM

Akatol kabang ku kad Pagari:

Tuan Tulun Wagu,Sebelum saya mengomen rintihan hati Tuan, apa kata kita belajar dulu cara masuk ke ruangan ini tanpa menggunakan e-mail.Jika Tuan TW tidak ada e-mail, maka Tuan taruh nickname Tuan seperti yang saya buat di atas.Kemudian ikut abjad pada WORD VERIFICATION mengikut apa yang tertera.klik pada bahagian Anonymous di bawah.Walla...Karya anda akan tertera.Bukan semua blog boleh buat begini ya. Tuan Garot telah mengupayakan supaya Anonymous boleh turut serta.Itu satu usaha yang telus daripada pengendali ruangan ini.Untuk pengetahuan anda Anonymous bermakna, lebih kurang "Tanpa Nama" atau tidak diketahui.Tapi nampak gaya pihak pengendali telah mengambil kesempatan untuk memudahkan komen daripada orang-orang yang tidak ber e-mail supaya boleh turut serta.Tapi tolonglah sertakan nickname supaya boleh di asingkan daripada anonymous yang lain.Sori Tuan Kadamaianbaru ya, macam memandai-mandai pula disini.
November 6, 2008 1:38 PM

Mr.Garot said...

Pagari.
Apamacam pun TQ jugalah kerana panduan itu.TQ.
November 7, 2008 7:29 AM

Haro po poboroson ku kad Luguan Tulu:

Tuan, Pagari, memang kalau berkata-kata, saya ingat sdr antara yang hebat untuk bermain dengan kata-kata. Itupun ramai orang yang berkebolehan berkata-kata tapi dalam realitinya belum pasti kebenarannya. Daripada hujah-hujah anda tadi, semuanya terjawab sendirinya diakhir tulisan sdr iaitu ”DEMI KADAMAIAN”. Apa yang diperkatakan oleh semua rakan-rakan kita di blog ini adalah kerana alasan tadi, ”DEMI KADAMAIAN”. Sdr Pagari juga sedar tentang itu, tetapi tidak membuka minda kepada masa hadapan, 10, 20, 50 atau 100 tahun kehadapan. Walaupun diawal tulisan anda, mengatakan ” kena buka lebih luas lagi” , tetapi pada hemat saya, coverage pemikiran Pagari belaum luas lagi, walaupun saya sedar sdr Pagari lebih banyak makan garam dari LT, (menurut tanggapan saya daripada kata-kata anda sendiri). Sdr bercakap dan mengulangi kata-kata saya ” ‘itu budak-budak pun tahu” , sekali lagi saya ulangi, memang benar budak-budak pun tahu keadaan pembangunan di Kadamaian. Pemikiran mereka cepat maju dan cepat menilai, og bilang ”more Advance” daripada orang-orang lebih makan garam. Itu dari segi pemikiran, pengalaman, memang og dewasa lebih baik, itu tidak dinafikan. Pagari bercakap tentang JKKK, rupanya Pagari tidak tau bahawa pengerusi JKKK itu sebenarnya di lantik oleh YB sendiri. Dalam soal memilih pemimpin di peringkat kg, apabila seseorang itu tidak pandai memilih orang yang sepatutnya, maka sudah tentu itu memberi kesan kepada kepimpinan dan tugasan sebagai pemimpin masyarakat di peringkat kg. Profile kg pun tidak tahu buat. Cthnya; KK yang dipilih pun tidak tau apa senarai tugasan mereka. Mengacara penikahan pun tidak tau. Jd..fikir-fikir lah sendiri... Sepatutnya mereka semua dilatih dan ada pelan tindakan semua pemimpin supaya, rancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan sepatutnya. Ada juga diantara pemimpin yang dipilih berkebolehan tetapi ada cadangan2 mereka tidakpun diberi perhatian oleh pemimpin. Bila mereka berjumpa dengan YB untuk mengutarakan masalah mereka, YB bersikap acuh tak acuh, (ini menurut rintihan pengerusi JKKK di beberapa kg, tidak payah sebut kg dari mana). Bila saya berbicara seperti ini, bererti ini melibatkan sikap dan keprihatinan pemimpin wakil rakyat, YB terhadap rakyat yang diwakilinya. Satu lagi perkara yang saya sentuh disini, dari segi hubungan YB itu dengan kementerian2, jabatan2, atau agensi2 tertentu supaya lebih dipertingkatkan supaya proses pelaksanaan pembangunan lebih baik dan berkesan... TQ...kita sambung dalam kesempatan yang lain...kita alu-alukan buah fikiran kawan2 kita yang lain di ruangan ini....
November 7, 2008 9:17 AM

Bros kad Mr.Garot:Tuan-

Tuan semua teruskan.Ada kepositifan dalam debat tuan-tuan.Buang yang keruh, ambil yang jernih.Yesss.. Demi Kadamaian.
November 7, 2008 9:42 AM

Amu moti pama a’awi poboroson di Pagari:

Tuan Luguan Tulu yang amat sekali dihormati,Memang jika diteliti daripada cara berhujah dan pemilihan subjek persoalan, memang Tuan Luguan Tulu ada potongan jadi YB. Betul cakap punya. Ikhlas.Saya memang merasa selamat dengan pengetahuan bahawa kita ada orang-orang seperti Tuan Luguan Tulu di Kadamaian. Itu adalah satu gerenti untuk Kadamaian bahawa setakat ini dan pada masa-masa terdekat, kita tidak akan kepupusan sumber kepimpinan berwibawa. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Tuan Luguan Tulu kerana mengesan dan memperakui kebolehan saya bercakap.Itu adalah anugerah. Tentu sekali bapa saya akan bangga kerana kebolehan anaknya mendapat perhatian daripada orang berwibawa seperti Tuan Luguan Tulu.Ya, terima kasih sangat-sangatlah Tuan.Pasal penggunaan Demi Kadamaian, di pihak manapun kita berada, slogan itu harus dijulang setinggi mana yang termampu. Ini kerana Semuanya kita buat demi Kadamaian. “Demi Kadamaian” dengan cara saya sendiri dan “Demi Kadamaian” dengan cara kalian sendiri. Apa benar Tuan KadamaianBaru?Walaubagaimanapun, anda masih “Beating around the bush” kad turang putih. Kakal kopo mingusuk dot bulungkut. Tolonglah persembahkan isu anda dengan lebih dewasa, kukuh, dan nampak berasas.Maksudnya ialah tepat dan benar. Sekarang ini macam dengar cerita waktu singgarung saja rasanya.Satu kampungpun Tuan masih belum sebut lagi sekarang. Saya tidak tahu samada Tuan ada hubungan dengan DSAI tetapi penyakitnya seakan telah menular dan menjangkiti para pengkritik-pengkritik kerajaan yang sewaktu dengannya. Penyakit suka bersembunyi di bulungkut. Penyakit berdolak dalih.Amalan kroni adalah satu jenayah. Ia adalah penyalahgunaan kuasa. Kerajaan yang hebat pada masa ini telah menyediakan berbagai saluran agar rakyat turut serta dalam membendung amalan ini. Perlantikan pengerusi atau mana-mana jawatan melalui amalan kroni tanpa menilai kemampuan sebenar seseorang itu adalah salah satu yang boleh digolongkan sebagai penyalahgunaan kuasa.Kita ada BPR yang dibayar gaji khusus untuk mengkaji dan menyiasat perkara-perkara seperti itu. Tuan gunakan saluran itu sepenuhnya. Tuan sudah tahu perangai YB saya yang tercinta ini, kebal kritikan. Bukan saja dia pandang sebelah mata saja perkara ini malah kemungkinan besar, tidak pandang sama sekali pun.Daripada terus-terusan membuang masa melalak disini, kalau Tuan Luguan Tulu sudah pasti perkara itu berlaku, kenapa tidak mengambil inisiatif sebagai rakyat yang prihatin untuk bertindak.Sudah tahu tetapi masih memilih untuk berdiam diri dan masih mengharap agar salakan didengar adalah tindakan yang kurang bijaksanalah kan.Jika terus-terusan Tuan dan rakan-rakan Tuan berbuat begini, maka itu barulah ngam, tepat, pantas sekali dilabel sebagai budak-budaklah.Tetapi menurut pendapat Tuan Tulun Wagu yang tidak kurang juga putungan Ybnya, kegiatan mengharap ini adalah budaya rakyat Kadamaian. Jika demikian, saya percaya Tuan-tuan semua cukup bijaksana untuk sedar bahawa HARAPAN mempunyai ciri-ciri yang kita semua sudah sedia maklum.Walaubagaimanapun, apa salahnya. Teruskan sahaja mengharap. Semua umat manusia pasrah akan ciri-ciri atau “properties’ harapan itu. Apa saja hasil kegiatan Mengaharap itu buahkan nanti, terima saja. Itukan budaya..he..he..he..Tuan Garot, Walaupun kita berpecah melalui politik, kita bersatu dibawah slogan KadamaianBaru:DEMI KADAMAIAN!!!Pagari – Pirate of the Kadamayanz
November 7, 2008 1:31 PM

Miagal nogi di Luguan Tulu nga haro po poboroson:

Sdr, Pagari, syndrome penafian sudah menular dikalangan pemimpin KDM. Banyak perkara yang mereka tau tetapi bertindakan pura-pura tidak tau. Bila perkara itu tidak dapat diselesai, mau pula menyalahkan orang lain. Memang kalau dibentangkan atau dilaporkan semua permasalahan penduduk kg di kawasan Kadamaian, memang amat banyak. Masalah yang timbul pula bila masalah disiarkan/dipaparkan di news paper atau TV, wartawan atau penulis yang berbuat demikian dimarahi pula kerana menyebarkan maklumat tersebut, malah diberi amaran supaya tidak berbuat demikian lagi. Kenapa perkara ini berlaku? Kerana syndrom ini yang menyebabkan pemimpin dikejar-kejar perasaan ketakutan oleh bayang-bayang mereka sendiri. Kenapa tidak berani terus terang dengan keadaan yang sebenar. Kata kan ”ia” kalau betul dan kata kan ”tidak” jika perkara itu memang tidak betul. Tetapi ada beberapa perkara yang boleh lolos juga akhirnya apabila TV3 berjaya memaparkan permasalahan penduduk tempatan. Mahu tidak mahu pemimpin mesti menjawab dan akhirnya perkara tersebut baru diberi perhatian. Apakah makna semua ini? Kenapa menunggu wartawan atau aktivis memaparkan permasalahan, baru diambil tindakan. Untuk pengetahuan sdr Pagari, jangan sekali-kali sama kan LT dengan pendirian atau cara DSAI. Setiap kita mempunyai prinsip tersendiri. Bagi LT, kita kena transperent dengan apa yang berlaku di persekitaran kita. Buat apa kita membungkus diri dengan ”bulungkut”. Tidak ada erti semua itu. Kita keluar menyuarakan isi hati disini bererti kita sudah keluar dari ”bulungkut” yang menutupi minda kita. Pagari harus sedar bahawa persoalan kita adalah demi untuk KADAMAIAN. Tetapi macam gayanya Pagari ni suda mula lari dari persoalan pokok, dengan menimbulkan kenyatan yang remeh temeh..???
November 10, 2008 10:19 AM

Suang ginawo ku kad Pagari:

LT,Tidak kah anda menyedari kepositifan hujah saya yang tidak seberapa itu.Bersama dengan kritikan saya, juga disertakan jalan untuk membaiki keadaan.Tuan Garot sudah balik2 cakap yang 'ambil yang jernih buang yang keruh.'Saya tidak nampak kerumitan untuk memahami ungkapan frasa tersebut.Jika segala rintihan tuan2 semua tidak berkesan selama 4 penggal, macamana pula tuan2 semua boleh percaya yang cara ini akan berkesan sekarang?Kalau penggal ini complete, itu bermakna 20 tahun pemerintahan YB HTL.Saya pro YB kerana saya percaya saya boleh menyumbang kepada Kadamaian dengan cara ini.Bukan bermakna saya akan tidak setuju dengan pendirian anda jika ianya menyumbang kepada Kadamaian. Itu fikiran kolot. Apa yang telah saya lakukan disini ialah improvise rawatan untuk masalah anda.Come on man. Ikut cara Tuan Garot. Pendekatannya yang tidak menekankan kepada elemen negatif jurang politik yang memisahkan kita harus kita contohi semua.Tuan Garot, Di mana kau?
November 10, 2008 9:14 PM

Kakal pod haro poboroson ku kad Pagari:

Ya tuan LT.Zaman sekarang adalah zaman dimana semuanya perkara harus di sajikan secara terperinci.Mari kita tolong menolong di sini.Coba Tuan tolong hamba disini dimana kiranya hamba lari dari persoalan pokok??Saya tidak berapa minat untuk maju lebih dalam lagi selagi banyak persoalan diperingkat awal tidak terjawab.Saya dijamin disini bahawa saya akan menolong Tuan untuk melihat bagaimana saya masih teguh berdiri pada landasan persoalan yang tuan telah utarakan.Apakata kita tolong menolong.
November 11, 2008 12:53 AM

Untuk menambah komen, sila klik pautan berikut:
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=6166406407756499824&postID=4867579762999709529

Tuesday, November 4, 2008

Kadamaian O..Kadamaian...!!!!

Terbaru Daripada Mr.Luguan Tulu:

Nama mu mengambarkan erti KEDAMAIAN , tempat yang aman damai, harmoni, mempunyai persekitaran dan pemandangan yang cantik, menarik dan mempersonakan. Tapi malangnya nama hanya tetap nama, dalam realitinya (semulajadi secara fizikal) memang nyata tetapi, apalah ertinya pemandangan yang cantik jika tidak diisi dengan pembangunan supaya rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa, sahjetara dan maju seperti bangsa-bangsa lain di bumi.

Sampai bila pembangunan di alirkan ke kawasan ini? Bak air sungai Kadamaian yang mengalir dari puncak gunung kebanggaan kita Mt.Kinabalu hingga Kuala Abai. Apakah harapan yang menggunung setinggi gunung Kinabalu di abaikan begitu sahaja tanpa pembelaan??? Wahai rakyatku yang setia, nasip apakah gerangannya yang menimpa kamu? Rintihan dan tangisan hati kamu tidak didengar oleh pemimpin kamu? Apakah mata dan telinga hati sudah tertutup selepas duduk di singgah sana?...................................................YB, dengar dan kasihanilah rakyat mu……….

Mr.Luguan Tulu of

http://www.gamutkinabalu.blogspot.com/

Rangkaian KadamaianBaru

Klik kepada pautan berikut untuk komen:

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=6166406407756499824&postID=1334563880046422277

Friday, October 31, 2008

Kontrak Sosial II

Fahami Kontrak Sosial, Elak Ketegangan Kaum

RENCANA/Berita Harian Rabu 29 Oktober 2008
Md.Ayop Abd.Razi

IDEA mengenai ‘Kontrak Sosial’ mula berkembang di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Istilah ini digunakan untuk menjelaskan wujudnya persetujuan secara sukarela di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan hak dan tanggung jawab mereka. Tokoh seperti Jaque Rousseau, John Locke dan Thomas Hobbes dianggap sebagai pencetus idea kontrak sosial yang dikaitkan dengan demokrasi.

Dalam bukunya, Du Contract Social (1762), Rosseau menyatakan ‘manusia dilahirkan bebas tetapi di mana-mana saja, mereka dibelengggu pelbagai peraturan sosial’. Rousseau lebih menekan kepada ‘hasrat umum’, iaitu penyatuan keseluruhan hasrat individu yang wujud dalam sesuatu masyarakat. Beliau membezakan antara hasrat umum dan hasat semua orang.

Hasrat umum meneliti kepentingan dan faedah bersama, sedangkan hasrat semua l lebih bertumpu kepada kehendak dan faedah peribadi. (The Social Contract, terjemahan M Craston, 1968). Baginya institusi seperi Raja, perwakilan rakyat dan birokrasi tidak dapat mengatasi hasrat umum.

Piagam Madinah (Sahifah Madinah) yang diasaskan Nabi Muhammad SAW ketika pembentukan negara Islam Madinah adalah dianggap sebagai kontrak sosial dan perlembagaaan bertulis yang pertama di dunia. Dalam tamadun Melayu, kontrak sosial dikesan dalam Sejarah Melayu (Salalatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang (1612) ada menyebut perjanjian antara Sang Sapurba (Raja) dan Demang Lebar Daun (rakyat)

Dalam masyarakat moden hari ini ‘semangat’ kontrak sosial dimaktubkan di dalam kebanyakan perlembagaan di dunia. Pernah berlaku dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) isu mengenai kedudukan orang kulit hitam di dalam Perlembagaannya.

Ketika perlembagaannya dirunding, orang kulit hitam dianggap sebagai harta yang menjadi milik orang kulit putih. Justeru, dalam kes perhambaan di Amerika Syarikat (kes Dred Scott, 1857) Mahkamah Agung Amrika Syarikat tidak mengiktirafkan orang kulit hitam sebagai pihak yang berkontrak ketika perlembagaan itu dirunding. Kepeutusan itu mencetuskan perang saudara yang akhirnya membawa kepada pindaan perlembagaan Amerika Syarikat (Abdul Aziz Bari, 2008)

Ketika negara mencapai kemerdekaan, sebuah suruhanjaya bebas dibentuk oleh British pada 8 Mac 1956 bertujuan mengkaji bentuk perlembagaan untuk Tanah Melayu yang merdeka. Ia dipengurusi oleh Lord Reid dan dianggotai Ivor Jennings, Sir William Mckell, B Malik dan Hakim Abdul Hamid. Suruhanjaya ini bertanggungjawab menggubal Perlembagaan untuk Tanah Melayu berdasarkan demokrasi berparlimen.


Umno yang sudah pun wujud pada ketika itu mengambil berat mengenai proses pembentukan perlembagaan. MCA dan MIC juga tidak berkecuali. Pada 19 April 1956, Tun Abdul Razak Hussein dilantik oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno mempengerusikan Jawatankuasa Siasah. Jawatankuasa ini mengumpul semua memorandum daripada Jawatankuasa Umno Perhubungan Negeri. Di antara isu panas yang diberi perhatian ialah kerakyatan berasaskan ‘jus soli’ dan kedudukan bahasa rasmi.

Tun Razak turut mempengerusikan Majlis Kebangsaan Perikatan, bertujuan menimbang memorandum daripada Umno, MCA dan MIC. Di antara perkara yang diputus dan dipersetujui majlis berkenaan ialah mengiktiraf orang Melayu sebagai Bumiputera dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara.

Mengenai soal kerakyatan, jawatankuasa berkenaan menolak prinsip ‘jus soli’ seperti dicadangkan MCA dan MIC. Mereka bersetuju dengan cadangan bahawa mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan kemudian daripada pengisytiharan kemerdekaan menjadi warga negara Tanah Melayu dengan syarat tertentu.

Apa yang diterima bersama oleh pemimpin pelbagai kaum mengenai kontrak sosial itu ialah menghapuskan semangat perkauman yang ekstrem ketika perlembagaan awal ingin dibentuk, iaitu Perlembagaan Malayan Union 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1947. Ketika itu isu perkauman melatari usaha untuk mewujudka usaha terbabit.

Perkara ini dapat difahami dalam memorandum dan surat yang dihantar kepada Jawatankuasa Cheeseman yang bertujuan meneliti Perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Jelaslah bahawa. perkara mengenai kontrak sosial menjadi keutamaan dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957. Perkara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, dan hak istimewa bumiputera adalah terma yang disebut dan dipersetujui bersama. Perkara ini disentuh dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid.

Dokumen Political Testament of the Alliance akhirnya menjadi sebahagian pertimbangan Perlembagaan Persekutuan 1957. Bagaimanapun , apa yang dianggap kontral sosial di dalam Perlembagaan negara adalah quid pro quo (beri memberi) yang masih berasaskan kepada kepentingan kaum yang dipersetujui bersama.

Elemen kepentingan kaum ini diakui oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ketika berucap membentangkan cadangan Perlembagaan pada Majlis Perundangan Kebangsaan 10 Julai 1957. Perkara ini jelas dalam pemberian kerakyatan kepada kepada orang bukan Melayu, sementara perkara 153 adalah berkaitan hak istimewa Melayu, termasuk Bumiputra Sabah dan Sarawak.

Menurut Profesor Khoo Kay Kim, perkara 153 perlu difahami sebagai kontrak sosial yang mendukung konsep dominasi Melayu atau ‘ketuanan Melayu’ yang dipersetujui bersama dikalangan pemimpin pelbagai kaum.

Begitu pun, seperti juga kebanyakan kontrak atau perjanjian yang wujud, ia boleh dipindah mengikut keadaan dan kesesuaian. Oleh itu, jika benar sosial kontrak yang ada dalam Perlembagaan, khususnya yang berkaitan dengan orang Melayu dianggap tidak relevan, maka adalah baik ia dikaji dan diteliti semula.

Namun, segala perubahan itu mestilah dipersetujui bersama dan tidak melenyapkan sejarah, tradisi dan warisan Melayu yang menjadi sebahagian ciri Perlembagaan negara. Selain itu, cadangan beberapa pihak supaya sejarah kontrak sosial diajarkan ke sekolah dan institusi tinggi perlu diberi perhatian sewajarnya.



Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan.

Thursday, October 9, 2008

Kontrak Sosial

Kano pogi ilangai tokou, sorou nod haro kokori-kokori dot mindalan

Sejak kebelakangan ini, banyak sekali telah diperkatakan mengenai kontrak sosial.

Kita percaya bahawa istilah tersebut adalah agak asing bagi kebanyakan orang.

Kita senang sekali berkongsi maklumat soal perkara itu dalam kadar “Setakat kita tahu dan faham” dengan anda semua.

Kepada yang sama sekali tidak tahu, maka diharap maklumat yang dipaparkan dapat membantu sedikit-sebanyak dalam mengetahui apa Kontrak Sosial itu.

Kepada yang sudah tahu serba sedikit, maka kita dilingkungan yang sama. Mari kita sama-sama hayati apa itu Kontrak Sosial, dan tolong ingatkan jika ada keciciran dimana-mana.

Kepada yang sudah terlebih tahu soal ini, maka adalah tanggungjawab moral anda untuk mengurangkan seandai ada yang terlebih, tambah mana yang kurang, jelaskan mana yang kabur, tegakkan yang condong, dan macam-macam lagi yang seumpamanya.

Kita telah mengaut maklumat-maklumat yang berikutnya daripada sumber-sumber bertauliah yang terdapat di internet dan pendapat-pendapat daripada individu-individu seperti Socrates, Tun Dr.Mahathir dan Profesor Di-Raja Dr. Ungku Abd.Aziz.

Sebelum kita melangkah lebih jauh mengenai Kontrak Sosial ini, mungkin ada baiknya jika kita mengetahui asal-usul dan bagaimana kewujudannya berlaku dalam sistem kehidupan masyarakat.

Sebelum adanya Kontrak Sosial, manusia dikatakan hidup dalam keadaan semulajadi. Tidak ada undang-undang atau peraturan khusus yang wujud bagi mengawal tatahidup dan hubungan di antara individu dalam masyarakat primitif.

Masyarakat hidup berpandukan “Hukum Rimba” - siapa kuat dia berkuasa.

Sosial Kontrak sememangnya adalah konsep Eropah dan mula-mula sekali dilafaz dan diguna-pakai oleh para ahli-ahli falsafah.

Salah seorang yang terkenal ialah Socrates, ahli falsafah Greek yang telah dipenjara dan dihukum bunuh.

Socrates berkeras untuk tidak melarikan diri atau berhijrah ke kota lain di Greek untuk menyelamatkan dirinya kerana beliau percaya bahawa dia terikat dengan Kontrak Sosial yang menempatkan dirinya pada kedudukan untuk patuh dan hidup berdasarkan peraturan yang wujud dalam negeri kelahiran dan tempat beliau membesar, Athen.

Penjara dan hukuman mati adalah sebahagian daripada peraturan negerinya dan Socrate percaya ianya wajib dipatuhi berdasarkan kontrak sosial.

Pada kala ukuran masyarakat manusia membesar, timbul keperluan untuk mewujudkan peraturan atau undang-undang untuk mengawal perilaku setiap insan atau ahli masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

Semua ahli masyarakat atau warga pada satu-satu tempat akan tertakluk kepada peraturan atau undang-undang yang wujud pada tempat-tempat tersebut.

Walaupun tidak ada pengistiharan secara lisan atau bertulis yang dibuat oleh ahli masyarakat untuk patuh kepada segala undang-undang, namun pengertian, kefahaman, atau pengetahuan bahawa adalah wajib untuk patuh kepada undang-undang setempat itu lah sebenarnya Kontrak Sosial.

Itu adalah pandangan Socrates yang semenjak itu telah dikembangkan oleh ramai lagi para ahli falsafah yang lain.

Ada diperkatakan bahawa orang-orang Greek mengamalkan satu bentuk demokrasi dalam kerajaan mereka. Walaubagaimanapun penyertaan dalam kerajaan terhad kepada warganegara-warganegara dewasa yang berfikiran waras. Wanita, kanak-kanak, hamba, tahanan, penjenayah, dan orang asing tidak diberi hak warganegara dan oleh itu, tidak boleh memainkan peranan dalam kerajaan.

Sebahagian besar tamadun Eropah adalah berdasarkan tamadun Greek. Namun penyertaan rakyat dalam kerajaan secara langsung menjadi sukar atau mustahil apabila ukuran masyarakat membesar.

Pada satu ketika, sistem feudal pernah digunakan untuk menggantikan sistem demokrasi yang telah ditinggalkan. Di bawah sistem feudal, raja memerintah dengan kuasa mutlak, dan sebenarnya, ini adalah bentuk kerajaan yang senentiasa diamalkan di Asia.

Walaubagaimanapun, ketertaklukan rakyat kepada raja juga merupakan satu bentuk Kontrak Sosial.

Tidak lama kemudian, feudalisme digantikan oleh republikanisme. (Republic- Return to the public of the Power of Government / Kembalikan kuasa kerajaan kepada publik)

Semenjak daripada itu, berbagai-bagai bentuk republik telah menjelma, dan masing-masing mempunyai peraturan dan undang-undangnya yang tersendiri. Namun apapun jua bentuk undang-undang yang dibawa, warganegara adalah terikat dan tertakluk untuk mematuhinya.

Dari segi kewarganegaraan, tidak ada kontrak bertulis mengenai Kontrak Sosial.

Walaubagaimanapun, bagi orang asing, untuk menerima kewarganegaraan itu, biasanya, mereka perlu membuat lafaz sumpah secara rasmi untuk menyatakan taat setia dan kepatuhan mereka terhadap setiap undang-undang dan sistem pemerintahan negara itu.

Setelah menjadi warganegara, kanak-kanak mereka akan secara otomatik menjadi warganegara tanpa perlu membuat lafaz sumpah taat setia tadi. Hak kewarganegaraan ini diperolehi melalui jus sanguinis (pertalian darah).

Terdapat juga kewarganegaraan yang diperolehi melalui kelahiran atau jus soli. Ini boleh berlaku melalui proses undang-undang yang ada pada satu-satu negara.

Sama ada jus sanguinis atau jus soli, Kontrak Sosial akan senentiasa berkuatkuasa walaupun tidak ada lafaz sumpah rasmi telah dilakukan.

Kesimpulan yang jelas di sini ialah Kontrak Sosial adalah kefahaman umum pada pihak warganegara untuk menghormati dan mematuhi undang-undang negara.

Kontrak Sosial ini bukan sahaja mengawal dan mentadbir hubungan dengan negara, kerajaan dan institusinya, tetapi juga dengan hubungan antara masyarakat sewarga.

Apa yang jelas ialah Kontrak Sosial tidak ditulis secara formal pada mana-mana perlembagaan. Itu adalah pengertian, pengetahuan, makluman, dan kefahaman kita terhadap kewajiban mematuhi segala peraturan, undang-undang, dan perlembagaan yang mentadbir kehidupan kita.

Dalam kontek mudah Kadamaian, adalah pengetahuan ramai bahawa terdapat beberapa peraturan yang harus dipatuhi semasa mandi-manda di Sungai Kadamaian. Antaranya ialah tidak boleh bercakap besar (Amu oboruak boros boh sio !!).

Namun tidak ada peraturan bertulis atau lafaz sumpah secara lisan yang kita buat untuk menunjukkan yang kita akan patuh kepada hukum sungai tersebut. Namun pada masa yang sama kita tahu bahawa adalah wajar atau wajib bagi kita untuk mematuhinya, dan ya, itulah dia dalam kadar lebih kurang, Kontrak Sosial itu.

Ok kita upgrade sikit sekarang. Kita ambil subjek bombon.

Bombon mempunyai peraturan bertulis dimana ianya harus dipatuhi. Peraturan bertulis itu kita boleh andaikan sebagai perlembagaan negara. Walaupun tidak satu persatu rakyat di satu-satu kawasan bombon mengangkat sumpah secara rasmi dan menandatangani satu dokumen rasmi yang menunjukkan mereka akan patuh kepada perlembagaan bombon tersebut, namun sebahagian besar daripada mereka akan mematuhinya. Sekali lagi, itulah dia Kontrak Sosial.


Kontrak Sosial di Malaysia

Seperti apa yang sudah diterangkan sebelum ini, Kontrak Sosial pada amnya, berfungsi pada kapasiti yang sama di Malaysia.

Namun di Malaysia, ianya sering digunakan dalam kaitan pemberian kewarganegaraan kepada orang-orang bukan melayu yang sebahagian besarnya terdiri daripada Orang Cina dan India.

Ini kerana setakat ini, satu-satunya perkara dalam perlembagaan yang sering dipersoalkan oleh generasi penerima kewarganegaraan itu ialah Ketuanan Melayu.

Apabila ketuanan Melayu ini dicabar atau dipersoalkan oleh pihak tadi, maka tidak ada alat yang lebih mujarab selain kontrak sosial untuk mempertahankannya.

Kontrak Sosial merangkumi aspek yang luas.

Namun memandangkan cuma persoalan yang melibatkan kaum dan ketuanan Melayu sahaja yang sering timbul setakat ini, di mana kontrak sosial sering digunakan untuk mempertahankanya, maka kebanyakan orang percaya atau beranggapan bahawa kontrak sosial ini cuma melibatkan perkara-perkara yang berhubungkait dengan perkara-perkara mengenai pemberian kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu dan Ketuanan Melayu sahaja.

Sebenarnya semua pihak terikat dengan Kontrak Sosial. Pihak bumiputera juga terikat. Pendek kata, siapa saja warganegara di bumi Malaysia ini terikat dengan kontrak ini.

Kaum bukan bumiputera juga mempunyai hak-hak yang dilindungi melalui kontrak sosial ini.

Mereka berhak untuk mempunyai sekolah sendiri dan mentadbirnya dalam bahasa mereka walaupun bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara.

Mereka berhak untuk meneruskan amalan kepercayaan agama mereka walaupun Islam adalah agama rasmi negara.

Itu adalah contoh-contoh hak kaum bukan melayu di negara ini dan kita diikat oleh kontrak sosial untuk tidak mempersoalkannya.

Demikian juga tentang ketuanan Melayu yang sudah dimaklumi sebelum mana-mana kaum lain diberikan kewarganegaraan, ianya tidak sepatutnya dipersoalkan.

Jelas sekali disini bahawa kontrak sosial ini adalah pengetahuan, kefahaman serta makluman kita bahawa segala peraturan, undang-undang serta perlembagaan negara haruslah dipatuhi.

Ketuanan Melayu dan keistimewaan bumiputra adalah antara perkara yang membentuk perlembagaan negara, jadi kontrak sosial tidak mengharuskan warga untuk mempertikai atau mempersoalkannya.

Satu lagi perkara yang menarik tentang Kontrak Sosial ini ialah tentang kewujudannya yang tidak bertulis. Oleh kerana itu, kewujudan dan definisinya bergantung kepada pengertian masing-masing.

Profesor Di-Raja Dr.Ungku Abdul Aziz berpendapat bahawa tidak wujud kontrak sosial secara fizikal antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Sebaliknya, kata Ungku Aziz, sosial kontrak itu merupakan satu fantasi yang diwujudkan oleh ahli-ahli politik bergantung kepada kepentingan mereka.

Pendapat ini telah diutarakan oleh beliau pada sesi forum ulangtahun ke-25 Dasar Pandang Ke Timur di Shah Alam, pada 11hb May, 2008 sebagai salah seorang penelis.

Walaubagaimanapun, pada forum tersebut, salah seorang lagi panelis yang bernama Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad sememang tidak bersetuju dengan Dr.Ungku.

Berikut adalah kenyataan Dr.Mahathir pada sidang akhbar yang dibuat kemudiannya:

Jelasnya, "kontrak sosial memang tidak ditulis secara rasmi, tetapi kefahaman tentangnya memang wujud di kalangan pemimpim utama Perikatan - Tengku Abdul Rahman dan pemimpin Perikatan yang lain ketika itu".

"Kefahaman kontrak sosial itu, yang harus di kongsi bersama ialah bagaimana Tengku Abdul Rahman memberikan satu juta kerakyatan kepada bangsa Cina, dengan harapan mereka memberi sokongan dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan", katanya.

Katanya, "kefahaman kontrak sosial itu juga memberi kesan terhadap perlembagaan apabila ia memberi hak kepada orang Melayu dan juga memberi hak kepada orang Cina dan India".

"Bukan sahaja Melayu akan menjadi bahasa rasmi yang diajar di sekolah-sekolah kebangsaan, tetapi bahasa Cina dan India juga diajar di sekolah-sekolah masing-masing.Dan itu hak-hak yang diberikan", jelasnya yang juga mantan presiden Umno.

"Dan orang Melayu tidak boleh mempersoal dan mencabar hak kewarganegaraan orang Cina dan India dan di situ kita dapat melihat keseimbangannya," tambahnya.

Beliau berkata, "begitu juga dengan agama. Islam yang telah menjadi agama rasmi negara dan semua orang bebas untuk mempraktikkan kefahaman agama mereka tanpa perasaan takut. Rakyat selalu bercakap tentang hak orang Melayu dalam parlimen, tetapi tidak melihat hak orang Cina (dan India) dalam perlembagaan," tambahnya.

Menurutnya, kontrak sosial ini meliputi perkongsian kuasa, kuasa dalam politik, perkongsian ekonomi dan pertumbuhannya.Dan daripada pertumbuhan itu, katanya, "ia diagihkan sebahagian besar kepada orang Melayu dan bumiputera. Kontrak sosial itu memang tidak ditulis tetapi ia termasuk semua aspek sosialisasi dalam negara ini".

Itulah kiranya serba sedikit mengenai Kontrak Sosial. Harus diingat bahawa ianya berbeza mengikut negara walaupun asas dan fungsinya kekal. Mungkin ianya terikat dengan perkara-perkara tambahan yang lain atau seumpamanya.

KadamaianBaru berharap agar maklumat yang disajikan sedikit-sebanyak dapat membantu asas pengetahuan kita mengenai Kontrak Sosial.

Kita akan senentiasa update kan maklumat mengenai Kontrak Sosial di sini.

Knowledge is Power
Nunu haro om pogilangan tokou kio…
Garot & Co of KadamaianBaru

Wednesday, October 1, 2008

Keadaan Semakin Panas


Perubahan cuaca secara global semakin terasa di sebahagian besar benua di planet Bumi. Bagaimanapun perubahan cuaca politik di kebanyakan negera di dunia juga turut berubah. Inilah yang dikatakan ‘Wind Of Change’ sedang berlaku. Di Malaysia, cuaca politk semakin panas. Dengan beberapa andaian atau kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik (Parti pemerintah & parti pembangkang) membuat keadaan semakin panas dan rakyat masih terpingah-pingah dan semakin banyak pertanyaan dan menunggu jawapan. Jawapan pasti akan muncul dalam sekejap waktu. Para penganalisis politik semakin rancak menulis pandangan dan andaian/ramalan apa yang akan berlaku dengan landskap politik Malaysia.

Dalam situasi sekarang ini, kita perlu memelihara keharmonian masyarkat yang terdiri dari pelbagai kaum bangsa dan fahaman agama. Sesitiviti dalam semua aspek harus dipertimbangkan demi keamanan yang terterusan dan demi mencapai satu bangsa Malaysia yang bersatupadu. Sekiranya berlaku perubahan dalam landskap politik Malaysia, kita kena terima kenyataan, kerana untuk melangkah lebih jauh dan mencapai pembaharuan yang lebih baik, kita kena berani berubah dan menerima perubahan yang sedang dan akan berlaku. Senario politik Malaysia setelah melalui tempoh yang panjang (setengah abad) semakin menjadi perhatian kerana di Malaysia, untuk menukar sesebuah kerajaan, rakyatnya tidak perlu berdemonstrasi dan tidak perlu melakukan kekerasan untuk mencapai impian perjuangan politik. Kuasa di tangan rakyat. Bagaimanapun kuasa yang diperolehi mesti dilaksanakan dengan telus, bertanggungjawab dengan mengamalkan kesamarataan dan bukan berpihak kepada sesuatu kaum sahaja.

Perjuangan politik akan menjadi tempang sekiranya berlaku pihak-pihak yang hanya mementingkan diri sendiri atau kaumnya sendiri dengan menganggap golongan lain tidak penting. Isu yang berlaku di P Pinang dengan merujuk kepada kenyataan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera memang merupakan isu yang perlu diselasaikan dengan penuh berhema. Selagi ada pihak yang tidak mengaku salah dan tidak mahu merendah diri, maka isu tersebut akan merebak di kawasan-kawasan lain. Kita tidak mahu perpecahan dan pergolakan kaum akan berulang. Di Malaysia politik perkauman tidak akan mendapat tempat. Dalam jangka panjang kita yakin satu bangsa Malaysia akan terbentuk. Tidak ada tempat bagi mereka yang ingin menjadi tuan di Malaysia. Kita tidak perlu dijajah lagi oleh sesiapa bangsa pun. Kita perlu membentuk ideologi politik yang menjurus kepada parti politik pelbagai kaum dan memperjuangkan hak-hak semua kaum di Malaysia.

Luguan Tulu
Rangkaian KadamaianBaru

Tuesday, September 16, 2008

16hb September, 1963

Sedikit-Sebanyak
  • Sebelum 16hb September, 1963, tidak ada di dunia ini negara yang dikenali sebagai Malaysia. Ianya sama sekali tidak wujud.

  • Nama Malaysia tidak akan ditemui pada mana-mana peta dunia yang telah dicetak dan diedarkan kerana Malaysia belum lahir lagi pada ketika itu.

  • Malaya atau Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia mendapat kemerdekaan daripada pihak British pada 31hb Ogos, 1957.

  • Dengan penyertaaan Borneo Utara (Yesss..Kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak, dan Singapura, sebagai rakan kongsi kepada Malaya dalam membentuk satu Negara yang berdaulat, pada 16hb Sepetember, 1963, Malaysia dengan rasminya diistiharkan kepada dunia.

  • Malaysia seharusnya diumumkan pada 31hb Ogos, 1963. Oleh kerana beberapa perkara yang berhubung-kait dengan Indonesia dan Filipina, serta penelitian semula keputusan Borneo Utara dan Sarawak berhubung dengan pembentukan Malaysia oleh Misi Malaysia ke United Kingdom (UNMM), Malaysia hanya dapat diumumkan dengan rasminya kepada dunia pada 16hb September, 1963.

  • Adalah penting untuk diketahui disini bahawa persekutuan baru yang telah diumumkan pada 16 September, 1963, adalah sedikit berlainan dengan struktur asal sebagaimana yang diilhamkan dan dijanjikan oleh Tunku pada tahun 1961.

  • Beberapa janji-janji utama yang telah mendorong Borneo Utara dan Sarawak untuk menyertai Projek Malaysia tersebut telah tersingkir daripada laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia. Konsep utama yang telah tersingkir ialah konsep perkongsian kuasa yang seimbang dan status sama rata di antara satu dengan yang lain didalam persekutuan baru tersebut.

  • Dalam ertikata yang sebenar-benarnya, persekutuan yang terbentuk jika sekiranya segala janji dihormati serta ditunaikan, adalah percantuman atau penggabungan diantara empat wilayah yakni Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, dan Sarawak.

  • Borneo Utara atau Sabah, bersama-sama dengan Sarawak dan Singapura melalui persetujuan pembentukan, sepatutnya adalah salah satu Negara kongsi Malaya iaitu 1 daripada 4 wilayah yang berkongsi samarata dan bukan satu daripada 13 buah negeri di Malaysia.

  • Berikut adalah petikan ucapan Tunku Abdul Rahman di dewan Parlimen pada 16hb Oktober, 1961 :

    …kita mahu mereka bergabung dengan kita di dalam Persekutuan yang berlandaskan rakan kongsi samarata, sama-sama menikmati status antara satu dengan yang lain…

  • Brunei yang pada awalnya telah menunjukkan minat untuk menyertai pembentukan tersebut menarik diri di saat-saat akhir sebelum perjanjian ditandatangani di Malborough House di London.

  • Atas sebab-sebab tertentu, Singapura tersingkir daripada persekutuan pada tahun 1965. Seperti Brunei, Singapura terus berkembang menjadi sebuah Negara yang maha makmur sehinggalah ke hari ini.

  • Jadi secara ringkasnya, Malaysia lahir pada 16hb September, 1963. Dalam ertikata sebenar-benarnya berdasarkan fakta sejarah, pada kala Malaya merdeka pada 31hb Ogos, 1957, Borneo Utara dan Sarawak masih dijajah British sehinggalah pada 16hb September, 1963.

  • Di negeri Sabah, tarikh 16hb September telah diwartakan sebagai cuti am atas nama Hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT).

  • Pada hari-hari sebelum 16hb September, 1963, sebenarnya Borneo Utara mempunyai pilihan untuk menentukan jalan kemerdekaannya sendiri.

  • Pilihan tersebut adalah sama-ada Borneo Utara menerima tawaran untuk merdeka melalui Malaya yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, atau melalui tawaran pihak Koloni British Borneo Utara dimana Borneo Utara akan merdeka dalam masa 10 tahun tanpa ada kena-mengena dengan Malaya.

  • Tawaran daripada British tersebut mencadangkan bahawa British akan terus kekal di Borneo Utara untuk 10 tahun berikutnya sehinggalah anak tempatan Borneo Utara cukup bersedia untuk mengambil alih pentadbiran daripada pihak British. Untuk mempersiapkan anak tempatan Borneo Utara dalam semua segi pentadbiran sendiri, 10 tahun dilihat sebagai cukup atau memadai bagi memenuhi hasrat tersebut.

  • Para pemimpin Borneo Utara pada ketika itu sememangnya lebih cenderung kepada tawaran British tersebut.

  • PASOK (Salah satu parti politik yang sudah bertapak pada masa itu) yang dipimpin oleh adik-beradik Gunsanad (OKK Sedoman dan GS Sundang) secara terbuka menyatakan kebimbangan mereka terhadap pembentukan tersebut di mana ianya dilihat sebagai tidak ubah seperti sekadar mengalihkan kuasa penjajahan White Hall di London kepada Kuala Lumpur di Malaya.

  • Mereka lebih bersetuju untuk melanjutkan pentadbiran British untuk 10 tahun lagi dan seterusnya mendapat kemerdekaan sendiri selepas itu.

  • Walaubagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak berjaya memujuk adik-beradik tersebut untuk berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, di mana Tunku telah berjaya menyakinkan mereka bahawa Borneo Utara tidak perlu menunggu 10 tahun untuk merdeka.

  • Borneo Utara akan merdeka serta merta melalui pembentukan Malaysia dan akan diberikan sedikit autonomi atau dalam bahasa mudah, sedikit kuasa untuk mentadbir/mengawal hal-ehwal sendiri.

  • Adik-beradik Gunsanad terus-terusan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai jawatan-jawatan penting yang bakal dikosongkan oleh pihak British di mana ianya sudahpun dilihat akan diisi oleh para pegawai daripada Malaya.

  • Tunku berjaya mengenepikan kebimbangan tersebut dengan menjanjikan kuasa penuh kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam mengendalikan hal-ehwal imigresennya.

  • Itu bermakna bahawa Sabah akan berkuasa penuh dalam menentukan samada seseorang itu boleh memasuki Sabah atau sebaliknya, dan ini berkuatkuasa kepada semua rakyat Malaysia di luar Sabah (Warga Malaysia yang bukan berasal daripada Sabah).

  • Maka demikianlah sebabnya kenapa dan mengapa rakyat Malaysia di Sarawak dan Malaya diwajibkan untuk mempunyai passport apabila memasuki Sabah dan pada masa yang sama diwajibkan untuk memohon permit kerja jika ingin berkerja di Negeri Sabah.

  • Namun harus diingat disini bahawa keperluan untuk passport bagi rakyat Semenanjung memasuki negeri Sabah sudahpun dibatalkan, dan Jabatan Imigresenpun tidak pernah diketuai walau sekalipun oleh anak watan Negeri Sabah.

  • Sehubungan dengan rundingan Malaya dan Borneo Utara mengenai pembentukan Malaysia, Tunku ada menyatakan bahawa para pegawai daripada Malaya akan dihantar ke Sabah untuk membantu pada peringkat awal pentadbiran sambil melatih dan mempersiapkan anak watan untuk mengambil alih kuasa penuh pentadbiran di jabatan-jabatan persekutuan dalam masa 10 tahun.

  • Dalam soal pentadbiran, pelan yang dicadangkan oleh Tunku sebenarnya tidak ubah seperti pelan kemerdekaan sendiri yang telah diperolehi Borneo Utara daripada British.

  • Cuma dengan pelan Malaya, Borneo Utara boleh dilihat sebagai merdeka serta merta. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Tunku, tidak perlu menunggu 10 tahun.

  • Mengenai jawatan-jawatan dalam pentadbiran jabatan-jabatan persekutuan di Negeri Sabah, melalui pelan yang ditawarkan oleh Malaya, adalah dipersetujui bahawa anak-anak watan negeri Sabah apabila mencapai kelayakan kelak akan mengambil alih pentadbiran daripada para pegawai dari Malaya yang pada mulanya dihantar hanya untuk membantu pada peringkat awalnya.

  • Malang sekali, seperti yang kita tahu, perkara itu tidak pernah menjadi kenyataan dan sehingga kini, setelah 45 tahun(1963-2008), jawatan-jawatan tertinggi dalam jabatan-jabatan persekutuan di Negeri Sabah masih dimonopoli oleh rakyat Malaya.

  • Imigresen yang mana hal-ehwalnya jatuh sepenuhnya dibidang kuasa kerajaan Negeri Sabah pun tidak pernah dipegang oleh rakyat Sabah daripada mula hinggalah ke masa ini.

  • Borneonisasi (Peralihan kuasa pentadbiran awam kepada anak-anak watan negeri Sabah) - Seperti yang termaktub dalam Perkara 8 (20 Perkara, Perjanjian Malaysia, & Perlembagaan Persekutuan), pengambilalihan anak-anak watan Sabah dalam semua jawatan yang dipegang oleh rakyat Malaya dalam jabatan-jabatan persekutuan di Negeri Sabah sepatutnya dilakukan secepat yang mungkin.

  • Bagaimanapun setakat ini, walaupun penyemakan semula 20 Perkara sepatutnya telah dilakukan pada tahun 1973, namun atas sebab-sebab atau lebih tepat dinyatakan sebagai alasan, Kuala Lumpur senentiasa berjaya meloloskan diri daripada membuat penyemakan dan perlaksanaan perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian tersebut.


    20 Perkara
    Asas Perjanjian Malaysia

1. AGAMA :

  • Walaupun tidak ada bantahan kepada ketetapan bahawa Islam adalah Agama Rasmi Malaysia, di Borneo Utara tidak ada agama rasmi Negeri, dan peruntukan berkaitan dengan Islam di dalam Perlembagaan Malaya sekarang tidak akan berkuatkuasa terhadap Borneo Utara.


2. BAHASA :



(a) Bahasa Melayu hendaklah menjadi Bahasa Kebangsaan Persekutuan;



(b) Inggeris hendaklah terus digunakan bagi tempoh 10 tahun selepas Hari Malaysia.



(c) Inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi Borneo Utara bagi semua maksud tujuan Negeri atau Persekutuan tanpa penghadan waktu.

3. PERLEMBAGAAN :

  • Perlembagaan Persekutuan Malaya sekarang diterima sebagai asas kepada Perlembagaan Malaysia, namun ianya mestilah dibuat dalam bentuk dokumen yang baru didraf sepenuhnya dan dipersetujui dengan adanya persatuan bebas negeri-negeri dan bukannya satu siri pindaan kepada perlembagaan yang telah didraf dan dipersetujui oleh negeri-negeri berasingan dalam keadaan yang sama sekali berbeza. Satu Perlembagaan baru untuk Borneo Utara adalah diperlukan.

4. KETUA PERSEKUTUAN :

  • Ketua Negeri Borneo Utara tidak akan layak untuk pemilihan sebagai Ketua Persekutuan.

5. NAMA PERSEKUTUAN :

  • "Malaysia" dan bukannya "Melayu Raya".

6. IMIGRESEN :

  • Kawalan imigresen kedalam mana-mana bahagian dalam Malaysia terletak dalam tangan Kerajaan Pusat, tetapi kemasukan ke Borneo Utara memerlukan kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak berkuasa penuh untuk memberi kuasa kemasukan kepada seseorang ke dalam Borneo Utara untuk maksud tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas alasan keselamatan yang kukuh. Borneo Utara haruslah mempunyai kuasa bebas keatas pergerakan seseorang, kecuali kepada pekerja Kerajaan Persekutuan daripada bahagian lain dalam Malaysia yang memasuki Borneo Utara.

7. HAK PEMISAHAN :

  • Tidak akan ada hak untuk berpisah/keluar daripada Persekutuan.

8. BORNEOSASI :

  • Borneosasi perkhidmatan awam haruslah dilaksanakan seberapa segera yang mungkin.

9. PEGAWAI BRITISH :

  • Setiap langkah haruslah diambil bagi menggalakkan para pegawai British untuk terus kekal dalam perkhidmatan awam sehinggalah tempat mereka diambil alih oleh rakyat Borneo Utara yang berkelayakan.

10. KEWARGANEGARAAN :

  • Syor dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah meliputi hak kewarganegaraan penduduk Persekutuan Borneo Utara yang tertakluk kepada pindaan berikut:

(a) Perenggan (i) tidak seharusnya mengandungi syarat mengenai pemastautin 5 tahun.

(b) Untuk dikaitkan dengan undang-undang kami, perenggan (ii) (a) hendaklah berbunyi 'tujuh daripada sepuluh tahun' dan bukannya 'lapan daripada dua belas tahun;

(c) Perenggan (iii) Hendaklah tidak mengandungi sebarang penghadan yang berkaitan dengan kewarganegaraan ibubapa. Seseorang yang lahir di Borneo Utara selepas Malaysia adalah warganegara Persekutuan.

11. TAKRIF DAN KEWANGAN :

  • Borneo Utara hendaklah berkuasa penuh dalam kawalan kewangan. tabung pembangunan dan takrif sendiri.

12.KEDUDUKAN KHAS KAUM ASLI :

  • Pada prinsipnya, kaum-kaum asli di Borneo Utara hendaklah menikmati hak-hak khusus sebagaimana yang dinikmati oleh masyarakat Melayu di Malaya, tetapi formula yang digunakan berhubung dengan perkara itu sekarang ini tidak semestinya digunakan di Borneo Utara.

13. KERAJAAN NEGERI :

(a) Ketua Menteri hendaklah dipilih oleh para anggota tidak rasmi Majlis Perundangan;

(b) Harus wujud satu sistem Kementerian di Borneo Utara.

14. TEMPOH PERALIHAN :

  • Tempohnya ialah tujuh tahun dan dalam tempoh berkenaan kuasa perundangan hendaklah terletak kepada Negeri Borneo Utara mengikut Perlembagaan dan bukan setakat yang diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan Persekutuan.

15. PENDIDIKAN :

  • Sistem pendidikan Borneo Utara yang sedia wujud hendaklah dikekalkan dan atas sebab inilah ianya harus terletak di bawah kuasa Negeri.

16. PERLINDUNAGN PERLEMBAGAAN :

  • Tidak ada pindaan , pengubahsuaian atau penarikan semula yang harus dibuat terhadap mana-mana perlindungan khusus yang diberikan kepada Borneo Utara oleh Kerajaan Borneo Utara.

17. PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN :

  • Ini harus mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga keluasan serta potensinya serta dalam apa hal sekalipun tidak seharusnya kurang daripada perwakilan Singapura.

18. GELARAN KETUA NEGERI :

  • Yang Di-Pertua Negara.

19. NAMA NEGERI :

  • Sabah.

20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN :

  • Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak seharusnya boleh dikenakan kepada Borneo Utara. Begitu juga dengan Majlis Negara mengenai Kerajaan Tempatan, ianya tidak boleh diaplikasikan di Borneo Utara.
    *******************************************************************************

    Berikut adalah 20 Perkara dalam Versi English. Adalah penting untuk diingat disini bahawa, macam biasalah kan..mana-mana percanggahan maksud dalam versi Bahasa Malaysia, Versi English sentiasa akan berkuat-kuasa (Digunakan sebagai betul)

    The agreement:

    Point 1: Religion:

    While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo.

    Point 2: Language:

    a. Malay should be the national language of the Federation;

    b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day;

    c. English should be an official language of North Borneo, for all purposes State or Federal, without limitation of time.

    Point 3: Constitution:

    Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.

    Point 4: Head of the Federation:

    The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation.

    Point 5: Name of Federation:

    “Malaysia” but not “Melayu Raya”

    Point 6: Immigration:

    Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

    Point 7: Right of Secession:

    There should be no right to secede from the Federation.

    Point 8: Borneanisation:

    Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible.

    Point 9: British Officers:

    Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from North Borneo.

    Point 10: Citizenship:

    The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:

    a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence

    b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”

    c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen.

    Point 11: Tariffs and Finance:

    North Borneo should retain control of its own finance, development and tariff, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit.

    Point 12: Special Position of Indigenous Races:

    In principle, the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malays’ formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo

    Point 13: State Government:

    a) The Chief Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council:

    b) there should be a proper Ministerial system in North Borneo

    Point 14: Transitional period:

    This should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of North Borneo by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government

    Point 15: Education:

    The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control

    Point 16: Constitutional Safeguards:

    No amendment modification or withdrawal of any special safeguard granted to North Borneo should be made by the Central Government without the positive concurrence of the Government of the State of North Borneo The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the state.


    Point 17: Representation in Federal Parliament:

    This should take account not only of the population of North Borneo but also of its size and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore

    Point 18: Name of Head of State:

    Yang di-Pertua Negara

    Point 19: Name of State:

    Sabah

    Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.:

    The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo.

    NOTA : Menurut sumber-sumber dalam Kerajaan Negeri, beberapa perkara dalam perjanjian ini sudah dibatalkan. Ini termasuk perkara Agama, Bahasa, dan Pendidikan. Beberapa perubahan juga telahpun dibuat keatas perkara yang berkaitan dengan imigresen.


    * Sumber-sumber maklumat adalah dijamin sepenuhnya. Jika timbul apa-apa kemuskilan haruslah kiranya tidak merasa ragu dan segan untuk berhubung dengan KadamaianBaru di
    http://www.gransai2kutabulud@yahoo.com/ *

KadamaianBaru 16hb September, 2008.

Monday, September 15, 2008

YB Herbert Timbon Lagadan – Bebelan Upgrade Kepada Mengarut.

  • Suka atau tidak , seperti yang sebelumnya, sekali lagi saya kena mulakan cerita-ceriti ini dengan SMS.

  • Oh yes..hariku memang padat dengan SMS. Sejak akhir-akhir ini berlipat kali ganda. Tidak terlayan.

  • Namun SMS berikut memang menarik perhatianku :

    “ Tak da kerja selain dr kutuk org ja. Tak buat apa-apa di Kadamaian. Mcm dia cuba alihkan phatian org Kdmain supaya anggap dia hero”

  • Antara perkara yang dibangkitkan oleh YB Kadamaian yang telah melayakkan kenaikan taraf cerita akhbarnya daripada membebel kepada mengarut ialah :

    1) SAPP dan Pensiangan

    2) Tuntuntan SAPP

    http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=59846

  • Soal publisiti murahan, enggak usah bicara. Benderangnya menyilau mata hati.

  • Jika SAPP memutuskan untuk tidak membantu BN, itu hak dia dan sebutir nasipun tidak akan berkurang daripada periuk YB Kadamaian (Ingatlah wahai rakyat Kadamaian sekalian, bahawa setiap butir nasi yang masuk kedalam mulut YB Kadamaian adalah dibolehkan oleh anda)

  • Jika SAPP memutuskan untuk membantu BN sekalipun, tidak akan terkurang walau secubitpun habuk yang berterbangan dijalan Kampung YB Kadamaian di kala kering, dan tidak akan memanjangkan hayat walau sesaatpun kemudahan-kemudahan kampong di Kadamaian yang sedang nazak menanti pembaikan.

  • YB Kadamaian berkata bahawa DUN juga membincang dan mendebatkan perkara-perkara yang dituntut oleh SAPP.

  • Kita memang percaya kenyataan beliau mengenai perkara itu kerana kami di siring padang Kota Beludpun selalu bincang dan berdebat mengenai perkara itu.

  • Sedarilah bahawa apa yang penting sekarang ialah menterjemahkan perbincangan dan perdebatan tersebut kepada sesuatu yang praktikal seperti yang SAPP buat.

  • Kalau tidak boleh berbuat demikian maka ada baiknya kalian join kami sahaja di siring padang Kota Belud, membincangkan perkara itu. Ini kerana hasilnya sama dengan apa yang kami dapat, “SIFAR”. Jimat juga duit rakyat membayar bil letrik Dewan Undangan Negeri Sabah.

  • SAPP sudah buat tuntutan. Kalian bertahun-tahun bincang,bincang,bincang, dan bincang tanpa tindakan. Sekarang kalau betul anak Sabah sejati, hentikanlah mengipas dan menjilat kaki BN dan sokong tuntutan SAPP tersebut.

  • Jika tuntutan SAPP ini dimakbulkan oleh Federal, satu hari nanti mungkin YB akan berkata kepada anak, cucu, dan cicit YB:

    “ Lihatlah nak, dulu Sabah tidak makmur seperti ini. Dulu orang kita susah mau jadi boss di negeri sendiri. Dulu kita kana pijak-pijak sajabah disini. Syukurlah kerana SAPP telah memulakan kembali perjuangan menuntut kembali hak dan maruah kita. Mari kita sama-sama berpegang tangan dan berdoa semoga dipanjangkan umur keturunan para penganut SAPP dan suku sakat Datuk Seri Yong Teck Lee nak. Dan ampunilah bapa, aki, kalian kerana pada suatu masa dulu terlalu celupar mulut dan tidak sedar diri menghentam orang-orang yang berjuang untuk Sabah, Negeri tanah tumpah darah saya sendiri” .

  • Kalau sudah tidak boleh dielakkan, kita masih boleh menyokong dan berkerja dengan BN tanpa dilihat sebagai menjadi hamba, Mr.Yes Man, Pak Turut, dan sebagainya.

  • Namun sebagaimana SMS diawal tadi nyatakan, YB Kadamaian mahu dianggap hero…

  • Hero Sabah?? Ok juga angan-angan itu tapi apakata kalau jadi hero N7 Kadamaian dulu, atau untuk permulaan, jadi hero kampong sendiri dulu.


    Amu nopo milod Sunudan bo,
    Garot...

Wednesday, September 10, 2008

YB Herbert Membebel Lagi

  • Itulah SMS yang saya dapat sejurus bangkit dari tidur kelmarin.

  • Perkataan "LAGI" jelas menunjukkan YB Kadamaian sudah membebel sebelumya.

  • Benar bagai dikata, isi kandungan berita tersebut memang pantas dilabelkan sebagai membebel.

  • Beliau mempertahankan hujah tadika beliau mengenai pendirian Tan Sri Bernard Dompok terhadap SAPP.

  • Semakin jelas ketidakfahaman beliau terhadap perkara yang dibangkitkan. Beliau percaya yang permintaan untuk PM meletak jawatan adalah sama dengan mengguling kerajaan yang dipimpinnya.

  • Dalam perumpamaan beliau yang sungguh mengharukan, beliau menerangkan bahawa kalau undi tidak percaya dikemukakan kepada Tan Sri Bernard Dompok, itu adalah sama dengan meminta agar presiden UPKO meletakkan jawatannya. Odoi dogo...

  • YB Kadamaian sungguh berbaik hati kerana menerangkan perkara yang sudah jelas. Memanglah undi tidak percaya kepada Tan Sri Bernard Dompok serupa dengan memintanya letak jawatanlah...apalagi??

  • Jadi jika perumpamaan YB Kadamaian itu betul-betul berlaku, Tan Sri akan turun namun UPKO masih ON. Cuma presiden yang diganti.

  • Begitu juga dengan PM. Dia turun, BN masih ON.

  • Dalam kontek yang dituntut oleh SAPP, Cuma PM seorang sahaja yang diminta untuk mengakhiri kepimpinannya dalam BN. Ini boleh ditekankan oleh para MP dengan menyokong undi tidak percaya terhadapnya.

  • Namun lain pula pemahaman YB Kadamaian.

  • Perkara yang kita kurang faham ada baiknya jangan disentuh. Saya percaya YB Kadamaian cukup faham akan keadaan kawasannya dimana dia sendiri gambarkan seperti tiada wakil rakyat apabila ada pelawat yang bertanya samada wakil rakyatnya masih hidupkah tidak.

  • Orang kampung YB Kadamaian sendiri tidak henti-henti bersungut mengenai jalan yang teruk. Kemudahan paling asas manusia di kampung sendiripun setakat ini terabai. Jadi ada banyak kebaikannya jika ditumpukan dahulu perhatian itu kepada perkara-perkara yang sedemikian rupa, daripada membebel terhadap perkara yang di luar kawasan dan pemahaman kita.

  • Memandangkan ada angin yang bertiup di Kadamaian yang mengatakan YB Kadamaian tidak lama lagi akan mendapat gelaran Datuk, maka sebagaimana YB Kadamaian mengambil kesempatan keatas persepsi yang dianggap sebagai realiti dalam politik yang digunakan orang, maka segala lalakan dan bebelannya adalah dilihat sebagai usaha untuk mengipas pihak yang amat diketengahkan oleh YB Kadamaian dalam hujah-hujahnya untuk tujuan tersebut, lebih-lebih lagi pada masa-masa ini, 16 September, hari penganugerahan pingat-pingat kebesaran negeri, semakin hampir. Ingat, ini adalah persepsi dan dalam politik ianya adalah realiti sebagaimana yang YB Kadamaian sendiri katakan.

  • Walaubagaimanapun semoga mendapat apa yang dihajat. Semoga bila dapat nanti berubahlah kiranya kepimpinan Datuk...eh...belum lagi...YB kepada kepimpinan yang lebih Pro-Rakyat Kadamaian.

Forever Amu Milod Tura'an..Garot.

Monday, September 8, 2008

Temuramah Esklusif/ YB Herbert Mempersoalkan Tan Sri Bernard Dompok

Ada E-mail yang telah meminta KadamaianBaru untuk menulis serba sedikit mengenai 16hb September dan 20 Perkara dimana menurut pengirimnya akan diedarkannya kepada belia-belia di kawasannya di Pantai Barat Selatan Sabah. Eleh..Kitaurangpun bukannya terer betul. Tapi apa ada hal. Kita kongsi setakat yang kita tau lah nanti kio.

Kita minta maaf dulu lah pasal itu ahh..kita mimang ada janji mau buat ini minggu tapi memandangkan kita ada temuramah esklusif maka kita tangguhkan dulu sekejap. Sekejap saja.
Berikut adalah lampiran kerja buang masa budak-budak KadamaianBaru. Buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi...eewah !!!
Siaran terdelay...biasalah...jam dot Tindal..


  • Bersama-sama saya di HQ Cyber KadamaianBaru pada masa ini, iaitu lebih kurang jam 1840Hrs (0640 pm) tanggal 06hb September, 2008, ialah seorang rakyat Kadamaian di perantauan yang saya telah berjaya kesan dan hubungi melalui perkhidmatan jalur lebar dan saya berterima kasih atas kemurahan atau lebih tepat kesediaan beliau untuk memberikan sedikit pendapat beliau mengenai pernyataan akhbar wakil rakyatnya itu.

  • Berikut adalah lampiran penuh temu ramah berkenaan :

  • KadamaianBaru: Salamat patang TanakDaradaat, apa khabar?

  • TanakDaradaat: Ya Salamat patang, sonong sodopon. Lobih sonong kanto dot totuong diti..he..he..

  • KadamaianBaru: Dalam ruangan ini, bulikah kalau saya pendekkan nama tobpinai kepada TD sahaja? untuk menyenangkan dan memudahkankan kita bah.

  • TanakDaradaat: Kanapa ?? bikin susahkah nama saya itu ??

  • KadamaianBaru: Oh tidak sama sekali, bukan itu maksudnya saya ..kita teruskan saja lah ya bro..no problem.

  • TanakDaradaat: Ko teruskan sajalah KB, kasi nama lah saya suka hati ko mau.. Apa yang sebenarnya kau mau tau dari saya ini oi KB?

  • KB: Adalah sikit-sikit. Pasal itu YB Kadamaian punya kata-kata di akhbar bah kamarin…kau sudah baca kah bulum oh ??

  • TD: Apa dia bilang ?? dia buat lawak lagikah ?? bulum..bulum lagi saya baca. Suratkabar mana satu ya?? New Strait Times?? The Star?? The Sun?? mana satu KB ??

  • KB: Suratkabar Sabah bah..DailyExpress..Bah..ko pigi baca dululah di http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=59698 Lapas baca nanti ko miskol saya. Apamasam oh…bulum baca lagi..@#%!!!

  • TD: Ok KB..sibuk bah baru-baru ini..

  • Selang beberapa jam kemudian..kira-kira jam 2027hrs (0827PM) :

  • KB: Ya TD..Sory sio..saya pigi beli kicap tadi, tepon tertinggal di rumah, habis kicapbah. Saya tiada ikanpun tidak apa. Jangan saja tiada kicap. Apa-apa kicap janji kicap. Pernah satu kali kicap hab..

  • TD: OK bos, ok bos..cukuplah pasal kicap itu. Mari kita sambung cerita pasal kicap..eh nah, silap, sambung cerita pasal YB Kadamaian tadi.

  • KB: Mana sudah kita tadi itu?


  • TD: Mana satu saya mau komen itu sio..banyak bahagian bodoh itu??


  • KB: Yang mula-mula itu dululah. Beza UMNO-PAS dengan YTL-DSAI..Kau punya YB sakap ada perbezaan bah. Dan macam biasalah..kesimpulan dia mimang berpihak kepada Tuan Tanah dialah..Ok sio..Silakan..


  • TD: Isk !! KB..YB kita semua ba itu..well anyway..Secara prinsip memang tiada bezalah. Point dia sekarang ialah mengadakan perjumpaan tanpa memaklumkan parti komponen yang lain. Jika itu salah..maka UMNO dulu numbur satu salah karana dia lagi duluan membuat perjumpaan dengan PAS. Dari segi tujuan perjumpaan pula, itu tidak timbul dan tidak relevan kepada persoalan yang dihadapi sekarang.


  • KB: Tapi YB Kadamaian cakap seolah-olah yang menentukan samada perjumpaan itu salah atau tidak adalah tujuan. Apakah tujuan perjumpaan tersebut. Itulah yang menentukan salah atau betulnya.


  • TD: Kalau kita perhatikan daripada mulanya timbul persoalan ini, yang diperkatakan adalah tindakan itu. Tindakan mengadakan perjumpaan itu yang dipertikaikan. Bukan tujuan perjumpaan itu.


  • KB: Setuju kah TD kalau saya katakan bahawa pihak UMNO tidak dianggap bersalah kerana tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk memperkuatkan BN secara amnya..ko setuju ka sio??


  • TD: KB beginilah. Kesalahan mencuri bukan dinilai pada tujuan mencuri. kesalahan itu terletak pada PERBUATAN itu. Apapun tujuannya, perbuatan itu memang salah.


  • KB: Oh..patutpun tidak ada seorang pun pemimpin yang lebih senior membangkit hal ini ya…rupanya cuma kira-kira darjah satu punya hal saja ya..


  • TD: Yalah..tengoklah..pemimpin UMNO Sabahpun diam-diam. YB Kadamaian pula yang melalak, Memandai-mandailah bah itu. Isk..isk..Tidak mengaku saya ini urang Kadamaian..


  • KB: Ok kita teruskan kepada perkara seterusnya..apalagi ya ?


  • TD: Bahagian letak jawatan dan undi tidak percaya..


  • KB: Ok..mai no sio..poboroso nopo tosorou-sorou nu..


  • TD: Ini YB Kadamaian mimang tidak buli lah kalau jadi cikgu, apa bezanya meminta letak jawatan dan mengemukakan usul undi tidak percaya?? Undi tidak percayapun menuntut perkara yang sama. Cuma apabila kita minta secara terus dan orang yang dimaksudkan tidak mau dengar, maka kena guna cara formal itu lah..


  • KB: Oh dia perkara yang sama rupanya ya? Macam TIMBON dan TIMBUN lah mangkali itu ah. Walaupun kedengaran berlainan, namun dia masih merujuk kepada benda yang sama ya..


  • TD: Ya..dalam ertikata sebenarnya memang lebih kurang begitulah. KB..ini barang buat saya fikir oh...lain kali bila dia berkhutbah kana dengar betul-betul oh. Bukan apa..berhati-hatilah..saya sudah mula ragu-ragu dengan kebolehan pemahaman dia. Dia petik ayat nanti bahaya orang-orang kampung kalau dia salah-ertikannya..macam sekarang inilah.


  • KB:He..he..he..slow-slow sio. Khutbah itu biarlah sidang jemaah yang kasi tantu. Lagipun ayat-ayat memang tertakluk kepada pengertian masing-masing.


  • TD: He..he..he..


  • KB: OK, TanakDaradaat, Jadi, apalah kesimpulan kau? Cuba kau buat penggulungan dulu gia sikit-sikit.


  • TD: Memang trademark YB Kadamaian yang bila buat tindakan memang tidak usul periksa punya. Setahu saya UPKO tidak pernah menyokong itu usul undi tidak percaya ma..dorang sokong itu tuntutan SAPP saja. Ini mesti dengar cerita-cerita saja si YB itu. Macam biasalah. Babi-buta..eh silap..membabi-buta.


  • KB: Jadi itulah kau punya gulungan ah?


  • TD: Ehmm..nanti dulu..Ya ada lagi..


  • KB: Teruskan..


  • TD: Sebenarnya sio ah..daripada dia pigi memandai-mandai mengulas perkara yang dia tidak berapa faham, lagi baik dia kasi tau itu itu kisah sedih kawasannya yang memang teruk. Jalan Kampung dia sendiripun…waduh..tidak tau lah apa mau cakap. OK..OK..sudahlah..pininglah mo pikir itu semua..bagus saya pigi cari singgarung dululah…

  • KB: Mana sudah kau ??

  • KB: TanakDaradaat..mana sudah kau??


  • KB: TD..mana sudah kau?? ada lagi mau tanya ini!!

    TanakDaradaat masih ndah respon sampai sakarang..mungkin dia butul-butul pigi singgarung lah itu..kita tunggu dan lihat...