Sunday, January 4, 2009

Songkodut Tapuh, Songkotip Daing

Pemimpin adalah insan biasa. Tidak ada apa-apa anugerah ‘extra’ yang Tuhan telah perturunkan kepada mereka untuk menjadikan mereka kalis kesilapan.

Dalam usaha tulus dan ikhlas mereka yang tidak pernah mengenal penat-lelah memperjuangkan rakyat dan kawasan yang diwakili, ada ketikanya mereka akan terleka. Ada ketikanya mereka akan tersasar jauh daripada objektif. Ada ketikanya tindakan mereka akan terhumban jauh daripada ruang yang boleh difahami dan diterima oleh rakyat yang mereka wakili. Ada ketikanya pendapat-pendapat mereka perlu dicabar demi mendapatkan hasil yang lebih baik, lebih teguh, dan konkrit.

KadamaianBaru adalah ruang anda untuk bersuara apabila masa-masa yang tersebut di atas berlaku kepada pemimpin kita.

Segala ketidakpuasan hati anda memang wajar disuarakan. KadamaianBaru percaya bahawa ketidakpuasan hati yang tidak terluah adalah ibu kepada segala kebencian, kemarahan, dan paling teruk sekali, pengkhianatan.

KadamaianBaru adalah terbuka untuk semua. KadamaianBaru tidak mengambil kira akan kepercayaan dan aliran politik yang dianuti. Walau dimana kita berada pada masa ini, biar adik-beradik, biar satu keluarga, ketidakpuasan hati memang tidak boleh dinafikan. Itu harus disuarakan sebelum kesan yang memudaratkan menjalankan peranan.

Dengan tujuan untuk saling bantu-membantu dalam memperbaiki diri dan mendapatkan sesuatu yang lebih baik untuk Kadamaian, mari kita kongsikan semuanya disini. Kano pogi ilangai toko ti pomogunan.

Ada diperkatakan bahawa dunia ini adil. Dunia ini seimbang. Kita tidak boleh memiliki segalanya. Untuk mengosongkan sebuah baldi air, ada saja tempat lain yang terpaksa menanggung air kosongan tadi. Untuk tertawa lebih daripada yang sepatutnya, kita kena ambil tertawa orang. Untuk menikmati kedudukan lebih daripada yang sepatutnya, kita kena korbankan kenikmatan orang.

Namun kita punya Sandaran yang maha adil. Kita mempunyai Harapan yang Maha penyayang dan Maha mengetahui.

Percayalah bahawa Sandaran dan Harapan kita ini - yang telah memberi jaminan bahawa tidak akan ada seekorpun burung pipit yang jatuh daripada langit tanpa pengetahuannya; akan senentiasa memastikan kehadiran pelangi di penghujung setiap hujan-ribut yang datang membelasah kita.

Jika orang-orang di atas sana diperkenankan tingkah lakunya oleh yang Mahakuasa, maka akan bertambah-tambah tinggilah lagi kedudukan mereka, akan bertambah kuatlah lagi tertawa-tertawa mereka, akan bertambah-tambahlah lagi nikmat kehidupan yang dikecapi.

Tetapi itu, kita ulangi sekali lagi, boleh berlaku cuma apabila diperkenankan olehNYA.

Walaubagaimanapun, KadamaianBaru ingin memberi peringatan terutama kepada para penulis jemputan dan jurukomen-jurukomen semua bahawa segala tulisan dan komen yang didapati mengandungi unsur-unsur fitnah dan hasutan akan dilupuskan serta merta tanpa rundingan. Non-negotiable mates!!!

Seni Tokok-Tambah sememangnya satu bidang di mana warga Kadamaian memang pakar. Jika boleh, janganlah tunjukan kepakaran itu disini. Laporkan sebagaimana ianya didengar dan berdasarkan kebenaran.

Ada diperkatakan bahawa pengecut mati beribu kali sebelum kematian sebenar menjelma. Keadaan di Kadamaian membuatkan kita tidak mampu untuk menjadi pengecut. Adalah jauh lebih baik untuk hidup sehari sebagai singa daripada hidup seratus hari sebagai kambing.

Sekian dan Selamat Tahun Baru 2009

Ikhlas,

Garot & Co.

6 comments:

Anonymous said...

Pagari:

Syabas Tuan Garot.

Sungguh tajam sekali posting pembukaan Tahun 2009 Tuan.

Anonymous said...

LapSiong:

Dalam dunia ini banyak orang pandai bercakap.

Ha..ha..ha..

Namun ada yang terlebih pandai.

Macam DSAI memang numbur satu kalau cakap.

Nampaknya Mr.Garot pun tergolong dalam golongan terlebih pandai itu.

Yang penting tindakan Mr.Garot.

Jangan jadi macam DSAI!!!!!

Anonymous said...

BorneoWarrior:

Lapsiong. Komen anda tidak bertempat.

Anda gagal merungkai erti sebenar mesej yang dibawa oleh posting mr.Garot.

Ianya tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan.

Ianya mesej yang sangat jelas sekali ke-neutralannya.

Oh ya, saya lupa.

Anda mungkin tergolong dalam kumpulan yang selama ini buta kepada perkara-perkara yang sangat terang dan jelas.

Ubahlah perangai itu. Ini sudah tahun 2009. Sampai bila baru mahu berubah?

Kalau boleh sarankan juga kepada konco2 serta kapalanya supaya berubah demi kebaikan Kadamaian.

Anonymous said...

LT;
Lapsiong,rupanya masih ada og seperti kau..pandai bercakap tapi tidak pandai berfikir dan menilai apa yang baik dan tidak baik...seperti BorneoWarrior bilang, kau berubahlah untuk memartabatkan imej bangsa kita, terutama Kadamaian...

Anonymous said...

Kodoulu:

Lapsiong oh Lapsiong. Buruk betul perangai korang. Mana sudah ko punya Geng Tuan Pagari? Hah???

Nokukus sudahkah?

Anonymous said...

Lapsiong:

Saya kasi suara pendapat saya.

Apa pula kamurang pigi saluk bahagian perangai orang ini???

Apa yang kamu dan Kadamaian baru kamu sudah capai setakat ini???