Tuesday, July 29, 2008

Kadamaian Baru

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara seperjuangan saya, Garot kerana sudi menjemput saya untuk mencoretkan sepatah dua pendapat tentang keadaan di N7 Kadamaian kita yang tercinta ini. Pertama sekali..
  • HIDUP KADAMAIAN BARU !!!

  • Berdasarkan tulisan dan idea saudara Garot, memang ada potensi besar untuk berdiri bersama-sama pejuang sependapat yang lain di barisan hadapan pemberontakan untuk menggulingkan wakil rakyat N7 Kadamaian. Kalau saudara hidup di zaman penjajahan British, saya percaya saudara akan berjuang bersama-sama Datu Paduka Mat Salleh menentang penjajahan tersebut. Tetapi percayalah, Sekarang inipun kita sebenarnya sedang dijajah mentah-mentah oleh parti penceroboh yang didokong dengan penuh taat setia oleh parti yang diduduki YB Kadamaian kita ini. Kita tidak dapat berjuang bersama Mat Salleh, MARILAH KITA BERJUANG BERSAMA-SAMA KUMPULAN KADAMAIAN BARU !!

  • Saya percaya bahawa pada masa ini kita sudahpun mengenal pasti ubat-ubatan untuk merawat penyakit di Kadamaian ini. Saudara Luguan Tulu telah mencadangkan untuk mula bergerak pada pertengahan tahun 2009. HIDUP KADAMAIAN BARU !! GULINGKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN TALI BARUT PENJAJAH !!

  • YB Kadamaian telah menghina akal fikiran beliau pada satu kenyataan di akhbar tempatan tidak seberapa lama dahulu apabila beliau menyatakan bahawa pembangkang di Kadamaian sudah kehilangan akal dengan membangkitkan isu UMNO sebagai parti luar @ Malaya, walhal Keadilan pun dari tempat yang sama juga. Bro..PKR datang dengan cara baik di Sabah, You tengoklah apamacam UMNO masuk. Gentleman kah tidak cara dia masuk;setakat ini pakej tawaran PKR untuk Sabah adalah yang terbaik daripada Malaya setakat ini. Rakyat waras tidak akan menghina akal fikiran mereka dengan menolak pakej yang sedemikian rupa. Temberangkah tidak dia belum terbukti lagi. Sebaliknya UMNO @ BN, 45 tahun Sabah merdeka, 45 tahun juga ketemberangan mereka terbukti. Mau harap apa lagi?

  • Keadaan di Kadamaian memang memerlukan perubahan. 4 penggal YB Kadamaian pegang, semakin gansing pula saya nampak persekitarannya. Tidak hairanlah ada orang yang bertanya sama ada wakil rakyatnya masih hidup (Ini dinyatakan sendiri oleh YB kita di Dewan Undangan Negeri Sabah; saya akan usahakan untuk mencari keratan akhbar berkenaan dan pastekan disini dengan izin empunya blog-Saudara Garot). Saya rasa sudah terlambat bagi YB Kadamaian untuk merubah cara pimpinannya. Walaupun ianya berlaku, penggulingan kepimpinannya mesti diteruskan juga kerana sudah terlalu banyak memori pahit yang terhasil selama 3 penggal memegang mandat buta. Ahh..sekarang masuk penggal ke-4 sudah pula. Itu adalah rekod sebenarnya. Belum ada wakil rakyat Kadamaian yang sampai level 4. Walaubagaimanapun dia juga yang memegang rekod YB paling lembab dalam sejarah Kadamaianlah. Saya percaya bahawa rekod sebagai penyandang tali pinggang wakil rakyat Kadamaian terlama adalah sesuatu yang boleh dipecah dengan mudah nanti tetapi rekod yang kedua itu yang agak susah sikit dipecahkan.

  • To be continued..HIDUP KADAMAIAN BARU !!

Ikhlas/Borneo Warrior

www.borneowarrior.blogspot.com

4 comments:

Tanak Daradaat said...

Iskkk Borneo Warrior. Itu perkataan "PEMBERONTAKAN" ganas butul lah.

Ingkuro pom ingkuro nga all the best to all of us. I am ready to fight.

KALAU TAKUT RISIKO, JANGAN BICARA PASAL PERJUANGAN. HIDUP KADAMAIAN BARU !!!!!

Luguan Tulu said...

Saya sangat berterima kasih kepada tulisan dan semangat yang ditunjukkan oleh Borneo Warrior. Satu perkara yang kita kena perhatikan ialah mempastikan mesej perjuangan pembaharuan dan fokus perjuangan yang terarah dan berlandaskan perjuangan yang murni dan jujur. Keberanian memang perlu dan harus disertai dengan kebijaksanaan. HIDUP KADAMAIAN BARU...SELAMAT BERJUANG RAKAN-RAKAN SEMUA..KITA BERGANDIANG BAHU UNTUK MENGULINGKAN YB KADAMAIAN..

Mr.Garot said...

" Saya lebih rela hidup sehari sebagai Singa daripada hidup seratus tahun sebagai kambing "

HIDUP KADAMAIAN BARU!!

Taki Aki said...

Sebelum ini, saya tidak pernah peduli akan keadaan semasa politik ataupun keadaan semasa rakyat N7 Kadamaian. Memandangkan sejak kebelakangan ini, "STUPIDITY" di kalangan org2 kuat (YB2) di sabah ini, saya ingin memberikan beberapa pendapat peribadi saya sendiri ( mau terima atau tidak terpulanglah).

1. Mengubah minda penduduk Kampung.
* Bagi kita orang2 muda sekarang yang mempunyai pelbagai akses kepada internet dan media bebas, seharusnya kita mengongsikan beberapa perkara yang mungkin orang tua2 kita tidak tahu. kalau harapkan dorang tgk media perdana (Kompom yg baik saja dorang paparkan), mereka tidak akan tahu betapa seriusnya keadaan yang terjadi di negeri tercinta kita. mereka mungkin tidak mendapat gambaran sebenar tentang PATI, Kadar kemiskinan, kronisme, Rasuah, Isu Tanah, Isu empangan, Harga Barangan naik, minyak naik...(semua naiklah) dsbg....

2. menyatukan belia belia kadamaian
* terlalu banyak blog2 dan pandangan yang baca, kebanyakanya mengingin kan perubahan. tapi satu masalah yang saya lihat ialah, too much "TALK COCK" kad urang putih boh... bagaimana jika semua kita ini bersatu dan mengambil tindakan untuk perubahan. mungkin kita blh buat satu kumpulan belia kadamaian yang mana tidak mempunyai kaitan dengan mana2 parti kerajaan or pembangkang. kritikan2 dan pujian mungkin akan membuat YB kita lebih peka akan keadaan urang kita...Apa kata?

iri iri noh kanto ti..

Intang intangai dah dokoyu om kangaam hid tutok om ginawo dokoyu...