- Suka atau tidak , seperti yang sebelumnya, sekali lagi saya kena mulakan cerita-ceriti ini dengan SMS.
- Oh yes..hariku memang padat dengan SMS. Sejak akhir-akhir ini berlipat kali ganda. Tidak terlayan.
- Namun SMS berikut memang menarik perhatianku :
“ Tak da kerja selain dr kutuk org ja. Tak buat apa-apa di Kadamaian. Mcm dia cuba alihkan phatian org Kdmain supaya anggap dia hero” - Antara perkara yang dibangkitkan oleh YB Kadamaian yang telah melayakkan kenaikan taraf cerita akhbarnya daripada membebel kepada mengarut ialah :
1) SAPP dan Pensiangan
2) Tuntuntan SAPP
http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=59846 - Soal publisiti murahan, enggak usah bicara. Benderangnya menyilau mata hati.
- Jika SAPP memutuskan untuk tidak membantu BN, itu hak dia dan sebutir nasipun tidak akan berkurang daripada periuk YB Kadamaian (Ingatlah wahai rakyat Kadamaian sekalian, bahawa setiap butir nasi yang masuk kedalam mulut YB Kadamaian adalah dibolehkan oleh anda)
- Jika SAPP memutuskan untuk membantu BN sekalipun, tidak akan terkurang walau secubitpun habuk yang berterbangan dijalan Kampung YB Kadamaian di kala kering, dan tidak akan memanjangkan hayat walau sesaatpun kemudahan-kemudahan kampong di Kadamaian yang sedang nazak menanti pembaikan.
- YB Kadamaian berkata bahawa DUN juga membincang dan mendebatkan perkara-perkara yang dituntut oleh SAPP.
- Kita memang percaya kenyataan beliau mengenai perkara itu kerana kami di siring padang Kota Beludpun selalu bincang dan berdebat mengenai perkara itu.
- Sedarilah bahawa apa yang penting sekarang ialah menterjemahkan perbincangan dan perdebatan tersebut kepada sesuatu yang praktikal seperti yang SAPP buat.
- Kalau tidak boleh berbuat demikian maka ada baiknya kalian join kami sahaja di siring padang Kota Belud, membincangkan perkara itu. Ini kerana hasilnya sama dengan apa yang kami dapat, “SIFAR”. Jimat juga duit rakyat membayar bil letrik Dewan Undangan Negeri Sabah.
- SAPP sudah buat tuntutan. Kalian bertahun-tahun bincang,bincang,bincang, dan bincang tanpa tindakan. Sekarang kalau betul anak Sabah sejati, hentikanlah mengipas dan menjilat kaki BN dan sokong tuntutan SAPP tersebut.
- Jika tuntutan SAPP ini dimakbulkan oleh Federal, satu hari nanti mungkin YB akan berkata kepada anak, cucu, dan cicit YB:
“ Lihatlah nak, dulu Sabah tidak makmur seperti ini. Dulu orang kita susah mau jadi boss di negeri sendiri. Dulu kita kana pijak-pijak sajabah disini. Syukurlah kerana SAPP telah memulakan kembali perjuangan menuntut kembali hak dan maruah kita. Mari kita sama-sama berpegang tangan dan berdoa semoga dipanjangkan umur keturunan para penganut SAPP dan suku sakat Datuk Seri Yong Teck Lee nak. Dan ampunilah bapa, aki, kalian kerana pada suatu masa dulu terlalu celupar mulut dan tidak sedar diri menghentam orang-orang yang berjuang untuk Sabah, Negeri tanah tumpah darah saya sendiri” . - Kalau sudah tidak boleh dielakkan, kita masih boleh menyokong dan berkerja dengan BN tanpa dilihat sebagai menjadi hamba, Mr.Yes Man, Pak Turut, dan sebagainya.
- Namun sebagaimana SMS diawal tadi nyatakan, YB Kadamaian mahu dianggap hero…
- Hero Sabah?? Ok juga angan-angan itu tapi apakata kalau jadi hero N7 Kadamaian dulu, atau untuk permulaan, jadi hero kampong sendiri dulu.
Amu nopo milod Sunudan bo,
Garot...
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
7 comments:
TulunWagu:
TUNTUTAN SAPP BUKAN MEREKA YG MULAKAN...INGAT..GAROT..semua ini ada dlm PBS dulu.. n DR. sendiri..
TulunWagu:
Mari kita sama-sama berpegang tangan dan berdoa semoga dipanjangkan umur keturunan para penganut SAPP dan suku sakat Datuk Seri Yong Teck Lee nak..napa dulu korang x doa??
TulunWagu:
jgn dlu agungkan dia..ada di sebalik jg..
kodoulu:
Sapa bilang x doa..SAPP lah jawapan doa tu..
TulunWagu:
apa pun kita harap semua sedar yg di minta ini adalah hak sebenar..n mesti kita dpt balik..20P..KS x di kcu..oh? kan..
HeadHunter:
TulunWagu, Doakan?? Tengok dulu kontex ayat itu digunakan.
TanakDarada'at B/P KadamaianBaru :
TulunWagu.
Salam Hormat. Sudah lama tidak berinteraksi dengan Sdr. Sihat2lah hendaknya.
Sdr.
Kita memang tahu benar siapa yang mulakan tuntutan yang dibuat oleh SAPP itu.
Tuntutan-tuntutan itu merupakan "BattleCry"(Laungan Perang) PBS daripada awal sehinggalah dia kembali ke pangkuan BN atas belas kasihan pucuk pimpinan.
Keikhlasan merupakan antara persoalan sdr diawal dulu.
Pejuang dan perjuangan yang tulus ikhlas tidak mengenal masa, tempat, keadaan, dan syarat.
Ternyata PBS sudah melanggar hukum2 berkenaan.
Mereka bukan sahaja berhenti daripada meneruskan perjuangan itu malah menghentam mana-mana saudara SeSabah mereka yang meneruskan perjuangan itu.
Ikhlas kah itu Sdr.TW??
Dalam keadaan seperti itulah keikhlasan boleh dibaca dengan mata kasar.
Pada bahagian doa itu pula, Sebagaimana yang Blogger HeadHunter nyatakan, perhatikan context ayat itu digunakan.
Kita juga tidak agungkan YTL. Namun cuma perjuangannya saja yang layak disokong oleh rakyat Sabah dalam erti kata sebenar-benarnya pada ketika ini.
Walaupun apa di sebaliknya, apa YTL tawarkan kepada rakyat Sabah untuk mendapatkan apa saja kepentingan itu amatlah berbaloi.
Pada masa dimana para pemimpin berlumba-lumba mendapatkan pemuas kepentingan diri, rakyat kena tengok mana tawaran yang terbaik dan berbaloi dengan apa yang pemimpin2 tersebut bakal perolehi.
No big deal punya. Kalau YTL buat untuk kepentingan diri, biarkan dia dapat, janji sama-sama dapat. Dia dapat dia punya, kita dapat hak kita..yes..
Bukannya menggunakan kesempatan keatas kelemahan BN untuk meminta jawatan. Anda sokong kepimpinan demikian Sdr.TW?
-Demi Kadamaian-
Post a Comment