.jpg)
.jpg)
- Pada awal Tun Mahathir mula mengkritik Pak Lah, para pemimpin daripada UMNO dan parti-parti komponen BN yang lain kelang-kabut menampilkan diri untuk mempertahankanya.
- Berdasarkan unsur-unsur kebenaran serta logik dalam kebanyakan kritikan Tun Mahathir yang memang terserlah, tidak perlu untuk direnung, jeling saja pun orang sudah tahu apakah tujuan sebenar para pemimpin yang tampil untuk mempertahankan Pak Lah. Rakyat semakin pandai bah !!!
- Apabila ketua bahagian Kiulu, En.Sindin Ranggongon dengan gagah beraninya menyeru presiden PBS letak jawatan, Yb Kadamaian kita yang tercinta tidak ketinggalan untuk memainkan peranan.
- Aiseymen..kalau dengan kunyit berani pula dia hingga sampai ke akhbar untuk hantam sama orang ya..
- Oh ya..Naib presiden PBS pula diakan... Tidak bolehlah kalau dia duduk diam-diam saja. Nanti itu porosidin bilang " betul lah bah pula itu urang Kadamaian cakap. Kau ini butul-butul lah lembab dan tiada guna."
- Dalam satu akhbar pada 14hb Ogos, 2008, Sindin telah mempersoalkan kenyataan Yb Kadamaian yang mengatakan bahawa Sindin telah cuba membawa beberapa pemimpin PBS peringkat bahagian untuk meninggalkan PBS dan menyertai Parti Keadilan Rakyat ( http://akimomogun.blogspot.com/search?q=herbert+timbon+lagadan ).
- Walaubagaimanapun Sindin mengulas kenyataan itu dengan menyifatkan Yb Kadamaian bercakap-cakap mengenai perkara itu melalui cakap-cakap orang sahaja.
- Yb Kadamaian membalasnya lagi dengan mengatakan dalam kadar lebih kurang bahawa dia cuma mengkhabarkan maklumat sebagaimana ianya sampai kepadanya.
- Hmmm...Yb Kadamaian memberitakan perkara itu tanpa usul periksa...Kalau maklumat yang diterimanya mengatakan yang Sindin ditawarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi timbalan perdana menteri Malaysia nanti pun akan dikhabarkan juga oleh YB Kadamaian tanpa usul periksa.
- Tindakan seperti itu bila ditolak campur kali bahagi sama juga seperti mengambil tindakan tanpa usul periksa. Itu memang tidak menghairankan kerana memang itu adalah salah satu jenama atau ciri-ciri YB Kadamaian. Perangainya yang begitu memang terkenal di Kadamaian. Bertindak tanpa usul periksa.
- Dalam akhbar sebelum itu, YB Kadamaian dengan se-enak mulutnya mengatakan Sindin berseorangan sahaja yang mahu Pairin bersara. Semasa saya habis membaca akhbar tersebut, belumpun sempat saya menyoal kawan yang duduk di sebelah saya, samada dia setuju kah tidak, dia sudah menghentak meja dengan tangannya sambil berkata "akhirnya ada juga urang yang berani bah, patut itu Huguan Siou sudah bersara 20 tahun yang lalu bah" katanya dengan suara yang masih bergema di telingaku sehingga kini.
- Mengikut ulasan tuan punya blog Akimomogun http://akimomogun.blogspot.com/2008/08/jusat-show-cause-letter.html , dia percaya bahawa ramai lagi yang mahu melihat Pairin berundur sebagai Presiden PBS tetapi memilih untuk mendiamkan diri atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh mereka sahaja.
- Sesuka rasa, se-enak mulut, secetek akal selembab fikiran. Demikianlah asas yang digunakan oleh Yb Kadamaian dalam mempersembahkan hujah-hujahnya dalam mengipas bossnya. Kalau diri itu tidak buta komputer, bawa-bawalah meninjau pendapat-pendapat rakyat terlebih dahulu sebelum membebel di akhbar, ataupun upah satu undercover untuk meninjau samada Sindin betul-betul berseorangan. Tetapi pasal upah mengupah ini agaknya ada sulit sikit ya..Adalah dipercayai bahawa driverpun dia tidak mahu pakai kerana soal upah-mengupah itulah.
- Sebagai seorang individu, daripada cara YB Kadamaian menukul Sindin, ianya amat jauh berbeza dengan pendiriannya ketika pada suatu masa yang tidak seberapa lama dahulu, dia mengakui di akhbar bahawa ada seorang pegawai perhutanan memanggilnya BODOH kerana tidak membenarkan pembalakan di kawasan tadahan air di Kadamaian.
- Dia tidak mendedahkan identiti pegawai berkenaan kerana memikirkan akibat yang akan ditanggung olehnya dan keluarganya. Pendek kata YB Kadamaian ini memberitahu yang dia baik hatilah. isk...isk...isk...ya memang...hatiku tersentuh.
- Berikut adalah petikan daripada akhbar Daily Express, 19 April 2006. Lamakah tidak lama bukan itu persoalannya. Soalnya bukti..kalau tiada bukti nanti kitapun kena cop macan YB Kadamaian juga. Bertindak melalui cerita-ceriti sahaja.
- "One Forestry officer called me a stupid YB for not allowing logging at the area. What is the use of protecting an area which has no more trees on itŠ believe if the water catchment area in Kadamaian is protected, Kota Belud will never have to face problems like in Kudat and Kota Marudu," he said. When suggested that he report the name of the Forestry officer who called him stupid, Herbert said he was still in the right frame of mind and that the officer concerned had a family to look after.
- "How will he look after his family if he were to be sacked if I report thisªut I think the officer concerned will sooner or later understand the rationale behind this," he said.
- Untuk keratan penuh akhbar-http://kadamaian007.blogspot.com/2008/07/daily-express-19-april-2006-bila-anda.html
- Daripada itu jelas sekali bahawa pendirian kebaikan Yb Kadamaian ini bisa berubah-ubah ya. Memang wajarlah pegawai hutan tersebut memanggilnya dengan panggilan yang tidak berapa sedap didengar itu kan...ini kerana sebagai kerajaan, antara tugas Yb ini ialah mengemukakan perkara yang sedemikian rupa untuk diperbetulkan. Memastikan kakitangan kerajaan tidak menyalah gunakan kuasa mereka. Kalau sudah terang-terangan bahawa ada niat untuk membalak di kawasan tadahan air Kadamaian maka langkah-langkah PRE-EMPTIVE harus di ambil.
- Itu perkara serius oh...jangan main-main. Tapi pegawai berkenaan tidak mengecam Pairin, dia cuma secara tidak langsung menguatkan kepercayaan orang yang sememangnya sudah lama percaya yang kerajaan ini tidak amanah, dan salah seorang daripadanya mendapat perlindungan dan belas kasihan Yb Kadamaian.
- Ataupun bukannya tidak mahu ambil tindakan tetapi tidak ada bukti. semuanya berdasarkan cerita-ceriti sahaja. Kerana kes itu amat besar jika dibandingkan dengan Sindin, maka ada kemungkinan juga lah yang YB Kadamaian tidak ada keberanian untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai wakil rakyat dan orang kerajaan.
- Secara peribadi, saya memang menyokong penuh dan menyambut baik jika Huguan Siou Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan bersara sekarang. Kalau YB Kadamaian mahu ikut serta dengan dia untuk berundurpun apa salahnya kan. Malah saya percaya bahawa ramai yang akan mengalu-alukannya.
- Sebenarnya, semenjak Pairin membawa PBS - Parti Bersatu SABAH (Itu nama SABAH terang benderang sekali bah!!) untuk bertanding di Pulau Pinang pada suatu masa dahulu, orang sudah mula hilang kepercayaan kepada kewarasan fikirannya. Semenjak itu juga, keupayaannya sebagai seorang pemimpin untuk membuat keputusan yang logik mulai diragui.
- Disini saja sudah 2 orang yang menyokong Sindin. Saya dan kawan saya yang hempas meja tadi tu. Buta-buta itu YB Kadamaian cakap yang Sindin berseorangan. Kita doakan dia supaya yang maha kuasa menganugerah kan dia dengan kebijaksanaan dan sentiasa ingat untuk berfikir dulu sebelum bercakap.
- Setakat ini, tidak ada pula pemimpin daripada komponen BN Sabah yang lain yang kelang- kabut menampilkan diri untuk mempertahankan Datuk Seri Pairin. Tidak ada pula Tan Sri Dompok dan Kurup membela bekas boss mereka itu ya..
- Berdasarkan keadaan semasa, adalah amat logik untuk mempercayai bahawa sebagaimana sewaktu Pak Lah mengumumkan masa perletakan jawatannya, seperti yang Tun Mahathir katakan, bahawa ianya disambut dengan gembira oleh rakyat dan tidak ada pula pemimpin-pemimpin yang lain mendesaknya untuk meneruskan pimpinan, begitulah juga yang bakal terjadi kepada Datuk Seri Panglima Joseph pairin Kitingan.
- Seperkara lagi, seperti yang memang diketahui ramai, bahawa YB Kadamaian ini adalah kroni terdekat Datuk Maximus. Bila ada orang yang Pro Ongkili mencadangkan agar beliau di naikan untuk mengganti Pairin, sepetutnya YB Kadamaian sokonglah kan...Ini tidak. Walaubagaimanapun, ingkuro pom ingkuro kad Dusun tomod-tomod, bersedialah dengan segala kemungkinan. Mungkin sandiwara semasa sedang berlangsung. Percayalah bahawa tiba masanya Pairin turun nanti, itupun kalau masa itu akan kunjung tiba... Kita tengok samada Yb Kadamaian akan merayu atau mendesak Pairin untuk meneruskan pimpinan atau sebaliknya.
- Kepada Saudara Sindin Ronggongon, anda tidak berseorangan...percayalah.
- Iti nopo baino sio...siodop oku no...HIDUP KADAMAIAN BARU !!
Garot...
1 comment:
Gansing...!!! memang gansing punya perangai. Bagus..Satu ulasan yang cukup bagus.
Post a Comment