Saturday, August 2, 2008

Ketua Bahagian PBS Kiulu berseorangan dalam mengecam Pairin

DAILY EXPRESS NEWS


2hb Ogos 2008
  • Kota Kinabalu: Ketua Bahagian PBS Kiulu, En.Sindin Ranggongon telah menerima serangan bertubi-tubi sejak menyeru Presiden PBS, Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan untuk bersara- Kali ini daripada timbalannya, John Hussein.

  • Beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar Daily Express ,Jumaat, 2hb Ogos 2008, " Kenyataan Sindin adalah tidak betul. Sebagai timbalan ketua bahagian, saya boleh mengesahkan bahawa tidak ada perjumpaan @ meeting yang diadakan oleh bahagian semenjak Mac tahun ini"Dalam akhbar yang sama, John juga mempersoalkan kenyataan bahawa kepimpinan Pairin tidak lagi berkesan kerana amalan pilih kasih dan kegagalan untuk mempertimbangkan kesensitifan orang ramai. "Pairin adalah ketua kami, harapan dan bapa kepada perjuangan kami dalam PBS. Kami berdoa agar dia akan terus menjadi ketua KDM secara khusus dan Sabah secara amnya", kata John.

  • John menambah bahawa masyarakat Kiulu tidak pernah merungut mengenai kepimpinan Pairin dan ADUN Kiulu, Datuk Louis Rampas mengenai hal itu kerana daripada kebaikan pimpinan mereka, Kiulu sekarang dalam laluan pembangunan yang betul.

  • "Tidak ada masalah diantara Unit Pembangunan Kemajuan Rakyat (UPKR) dan PBS bahagian Kiulu. Malah sebenarnya, perhubungan antara masyarakat sekarang adalah kukuh" katanya lagi.

  • Menurut John, ramai ahli komiti bahagian parti masih menunggu aktiviti-aktiviti untuk dilaksanakan oleh ketua bahagian. "Kita masih menunggu dia untuk mengendalikan aktiviti seperti mesyuarat cawangan yang sepatutnya sedang berjalan tetapi tidak pernah dibuat hingga ke hari ini, sementara persidangan tahunan perwakilan parti sudah hampir tiba", katanya.
  • Sebagai timbalan ketua bahagian, dia akan menasihati Sindin supaya menumpukan perhatian kepada keperluan dan keutamaan parti daripada menyanyikan lagu yang cuma dia seorang sahaja yang suka.
  • Sindin telah menyatakan bahawa masanya sudah tiba untuk mempertimbangkan Datuk Dr.Maximus Ongkili sebagai pengganti Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

No comments: