Kota Kinabalu: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Huguan Siou Datuk Joseph Pairin Kitingan, Sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan dan nasional pada 01hb Ogos 2008, menghadapi tuntutan untuk meletak jawatan sebagai kapala parti yang ditubuh dan diasaskannya 23 tahun yang lalu. Walaubagaimana para pegawai senior PBS yang lain cepat-cepat menyingkirkan seruan ketua bahagian PBS Kiulu, Sindin Ranggongon berkenaan, dengan berkata " tidak perlu tergesa-gesa" untuk mengganti kepimpinan parti itu sekarang.
- "Keberanian Sindin Ranggongon sememangnya patut mendapat pujian. Saya percaya ini adalah permulaan kepada banyak lagi tuntutan yang bakal menyusul untuk menyeru JPK meletak jawatan. Senario para pegawai parti mempertahankan boss mereka apabila diserang adalah perkara biasa dan satu tindakan yang senang sekali dibaca apabila orang yang dipertahankan itu masih memegang sedikit kuasa dan pengurapannya diperlukan untuk masa depan kepimpinan yang bakal dikosongkannya nanti. Percayalah. Sepertimana keadaan semasa Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peralihan kuasa yang membawa maksud yang sama juga dengan meletak jawatan pada bulan Jun 2010 nanti, seperti yang Tun Mahathir cakap dalam blognya, para hadirin dan orang ramai menyambut baik berita itu dan tidak ada siapapun merayu supaya dia meneruskan pimpinan.
Ketua penerangan PBS, Johnny Mositun menyatakan bahawa tidak ada sebab Pairin untuk berundur dan memberi laluan kepada yang lain pada masa ini, dan percaya para pemimpin PBS lain akan sabar menanti giliran mereka.
- "Setiap Sabahan yang mempunyai fikiran waras dan peka kepada perkembangan politik tempatan tahu bahawa orang yang bertanggung jawab dalam memporak porandakan perpaduan dan menjatuhkan maruah KDM adalah tidak lain dan tidak bukan, orang yang di minta oleh brother dari Kiulu tadi untuk letak jawatan. Jadi ayat yang sepatutnya digunakan oleh Mositun ialah "Pairin belum lagi mahu lepaskan jawatan kerana belum puas." Sebab untuk berundur memang sudah cukup kuat, dan sebab untuk terus duduk di atas sana lebih lagilah kuat; itu pasal kita punya paramount leader sanggup memalukan dirinya untuk terus duduk di sana.
Dalam akhbar-akhbar tersebut, Sindin dipetik sebagai berkata "Pairin, Huguan Siou, Pemimpin Tertinggi @ Paramount Leader KDM, sepatutnya memberi laluan kepada yang lain yang lebih bertenaga, berkaliber dan berkarisma."Sindin berkata bahawa pengganti yang cukup jelas pada ketika ini ialah timbalannya Datuk Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Tegasnya, ini adalah sentimen para ahli PBS bahagian Kiulu pada perjumpaan mereka baru-baru ini.
- "Dr.Maximus Ongkili? orang yang selama ini menumpang kerusi di tempat orang-Kota Marudu, yang dicadangkan untuk mengganti JPK? Humm..Inilah keadaan yang betul-betul menyokong peryataan " dari periuk terjun ke api"
Sindin menambah bahawa pertukaran kepimpinan adalah perlu kerana sokongan kepada parti telah jelas berkurangan seperti yang dapat dilihat pada jumlah undi yang diterima oleh parti pada pilihanraya March 2008, baru-baru ini. Pada masa yang sama, dalam pilihanraya berkenaan, 2 calonnya tumbang menyembah bumi.
- Pertama sekali ialah daripada tingkah laku para pentadbir-pentadbir PBS, kita boleh membuat kesimpulan bahawa mereka-mereka ini tidak akan sama sekali percaya bahawa rakyat @ KDM mempunyai kebolehan analisis sehingga ke tahap itu-membuat kesimpulan melalui kiraan undi pilihanraya. Bagi saya, kebanyakan keputusan yang pernah mereka buat pada saat-saat genting politik Sabah yang melibatkan mereka adalah secara tidak langsung menghina kebijaksanaan orang-orang yang diwakilinya.
- Adalah wajar bagi rakyat jelata Sabah terutama KDM menyokong apa sahaja bentuk seruan yang boleh menyumbang kepada perletakan jawatan JPK kerana sebagai presiden parti dan Huguan Siou, kredibilitinya memang sudah banyak dicemari oleh keputusan dan tindakan-tindakannya yang tidak bermaruah . Kekuatan dan pengaruh politiknya dimungkin oleh pengorbanan dan usaha gigih para penyokong awal dan rakan sepengasas KDCA dan PBS dahulu untuk mempromosikan diri beliau dalam persada politik negeri Sabah. Namun sekarang itu semuanya sudah lenyap. Semuanya sudah tiada. Kredibiliti JPK sama sekali hancur pada kala beliau menyembah dan mengemis meminta belas kasihan Kuala Lumpur untuk diterima kembali ke pangkuan BN. Untuk memburukkan lagi keadaan, warna sebenar JPK yang tidak patut diperlihatkan kepada awam sebagai Huguan Siou telah dilihat dengan terang benderangnya apabila pada satu masa selepas mereka diterima kembali ke dalam BN, jawatan timbalan ketua menteri Sabah yang ditawarkan kepadanya, ditelannya bulat-bulat tanpa sebarang tanda pengunyaan. Tidak perlu saya nyatakan sebab mengapa tindakan itu sesuatu yang memalukan dan tidak bermoral dari kedudukannya sebagai Huguan Siou kerana kita semua tahu apa jawatan dia sebelum itu.
- Perjuangan JPK semasa meneraju PBS awal-awal dulu sehinggalah dia dijatuhkan oleh UMNO dan seterusnya menjadi ketua pembangkang di negeri Sabah selama lebih kurang 8 tahun adalah pada kepercayaan saya, adalah aspirasi sebenar majoriti rakyat Sabah. Perjuangan menuntut hak-hak negeri Sabah selagi ianya tidak tertunai akan sentiasa relevan dan wajib kepada parti-parti jati negeri Sabah yang sedia ada mahupun yang bakal ada pada masa-masa akan datang. Saya kenal beberapa individu yang sanggup membuka baju sampai ke jalanan untuk mempertahankan perjuangan JPK dan PBS pada masa itu. Bayangkan betapa peritnya mereka menghadapi hari-hari mereka yang berikutnya setelah JPK dan krew-krewnya, selepas 8 tahun, demi untuk diterima kembali ke pangkuan BN, mengaku bersalah terhadap segala perjuangan mereka selama menjadi pembangkang. Bagi kawan-kawan tadi, selain daripada mengebumikan orang-orang tersayang, tidak ada yang lebih sakit daripada perjuangan yang "DITIDAKKAN" oleh orang yang kita pertahankan dengan jiwa dan raga selama 17 tahun.
- Harus diingat disini bahawa JPK menyembah Kuala Lumpur cuma setelah beliau menang dengan mendapat hanya lebih kurang 250 majoriti pada pilihanraya awam yang terakhir beliau bertanding sebagai pembangkang di Parlimen Keningau menentang Tan Sri Joseph Kurup. Jelas sekali disini bahawa beliau melakukan perkara yang tidak bermaruah ini demi survival politiknya dan kuncu-kuncunya. Perkara penting yang gagal dipertimbangkan di sini ialah setiap keputusannya akan dilihat sebagai keputusan bersama presiden PBS dan Huguan Siou. Daripada tindakan beliau memilih jalan murahan ini beliau menggadai maruah PBS sebagai presiden dan KDM sebagai Huguan Siou.
- Sebelum JPK jatuh dengan gedebuknya seperti pemimpin lain yang tumbang pada pilihanraya baru-baru ini, tindakan yang paling waras sekali sekarang ialah mengundurkan diri daripada arena yang diceburinya berpuluh tahun tanpa ada pencapaian yang pasti dan perjuangan yang konsisten. Beliau harus belajar daripada Tun Dr.Mahathir Mohammad yang turun semasa di kemuncak kerjayanya. Rakyat semakin kenal siapa JPK. Sudah ada yang boleh muntah dengan sebutan namanya sahaja. Setelah lebih kurang 32 tahun berkecimpung dalam arena politik, tidak patutlah kalau ada lagi ilmu politik yang belum digunakanya. Segala apa yang dia tahu sudah dikeluarkan dan ini sahaja hasilnya. Tidak ada apa yang ditunggu lagi. Percayalah. Dalam bahasa Dusun tomod-tomod " Aiso no pokuroyon di sio..nokowonsoi nod sio ih milo-milo iyo om nawi no kanto di toila-laan di sio".(Tiada sudah yang dia boleh buat..dia sudah buat apa yang boleh dan habis sudah apa yang dia tahu).
- Kepada Sidin Ranggongon, ketua PBS bahagian Kiulu, tahniah. Akan ramai lagi yang bakal menyusul. Anda tidak keseorangan. Selamat berjuang.
Garot
No comments:
Post a Comment