Oleh Luguan Tulu www.GamutKinabalu.blogspot.com
Perubahan cuaca secara global semakin terasa di sebahagian besar benua di planet Bumi. Bagaimanapun perubahan cuaca politik di kebanyakan negera di dunia juga turut berubah. Inilah yang dikatakan ‘Wind Of Change’ sedang berlaku. Di Malaysia, cuaca politk semakin panas. Dengan beberapa andaian atau kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik (Parti pemerintah & parti pembangkang) membuat keadaan semakin panas dan rakyat masih terpingah-pingah dan semakin banyak pertanyaan dan menunggu jawapan. Jawapan pasti akan muncul dalam sekejap waktu. Para penganalisis politik semakin rancak menulis pandangan dan andaian/ramalan apa yang akan berlaku dengan landskap politik Malaysia.
Dalam situasi sekarang ini, kita perlu memelihara keharmonian masyarkat yang terdiri dari pelbagai kaum bangsa dan fahaman agama. Sesitiviti dalam semua aspek harus dipertimbangkan demi keamanan yang terterusan dan demi mencapai satu bangsa Malaysia yang bersatupadu. Sekiranya berlaku perubahan dalam landskap politik Malaysia, kita kena terima kenyataan, kerana untuk melangkah lebih jauh dan mencapai pembaharuan yang lebih baik, kita kena berani berubah dan menerima perubahan yang sedang dan akan berlaku. Senario politik Malaysia setelah melalui tempoh yang panjang (setengah abad) semakin menjadi perhatian kerana di Malaysia, untuk menukar sesebuah kerajaan, rakyatnya tidak perlu berdemonstrasi dan tidak perlu melakukan kekerasan untuk mencapai impian perjuangan politik. Kuasa di tangan rakyat. Bagaimanapun kuasa yang diperolehi mesti dilaksanakan dengan telus, bertanggungjawab dengan mengamalkan kesamarataan dan bukan berpihak kepada sesuatu kaum sahaja.
Perjuangan politik akan menjadi tempang sekiranya berlaku pihak-pihak yang hanya mementingkan diri sendiri atau kaumnya sendiri dengan menganggap golongan lain tidak penting. Isu yang berlaku di P Pinang dengan merujuk kepada kenyataan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera memang merupakan isu yang perlu diselasaikan dengan penuh berhema. Selagi ada pihak yang tidak mengaku salah dan tidak mahu merendah diri, maka isu tersebut akan merebak di kawasan-kawasan lain. Kita tidak mahu perpecahan dan pergolakan kaum akan berulang. Di Malaysia politik perkauman tidak akan mendapat tempat. Dalam jangka panjang kita yakin satu bangsa Malaysia akan terbentuk. Tidak ada tempat bagi mereka yang ingin menjadi tuan di Malaysia. Kita tidak perlu dijajah lagi oleh sesiapa bangsa pun. Kita perlu membentuk ideologi politik yang menjurus kepada parti politik pelbagai kaum dan memperjuangkan hak-hak semua kaum di Malaysia.
Luguan Tulu
Rangkaian KadamaianBaru
9 comments:
-Jiujitsu-
Luguan Tulu, panas kah. Pasang aircond. Ha..ha..ha..
Kodoulu berkata:
Kalau kapanasan terjun sungai kadamaian..mau sejuk lagi pigi panataran..
Jan marah ah Luguan Tulu. 'No joke no fun, no todok no son'. ha..ha..ha..
TulunWagu:
like dat la luguan tulu..sya da ckp awal2....jgn kita di jajah lg..
BBDGNTR:
main kau luguan tulu
BBDGNTR:
panas ka luguan tulu?
Jiujitsu :
Bagus juga tulisan anak Kadamaian, Mr.Luguan Tulu ini.
Walau mungkin ada usaha untuk membuatnya seberapa neutral yang boleh, namun keberatsebelahan tetap dapat dikesan.
Beratnya lebih kepada yang memperjuangkan ketuanan rakyat. Betul kah Mr.Luguan Tulu.
Amat menyedihkan juga kerana daripada segala janji untuk perubahan, tidak satupun pihak yang menjanjikan pendapatan/gaji yang lebih baik dan sejajar dengan infrstruktur kelas satu negara dan keadaan ekonomi semasa dunia.
Semakin banyak kita tahu, semakin tidak puas nampaknya hati ini.
Penganalis telah menyimpulkan bahawa Malaysia mempunyai infrastruktur kelas satu tapi gaji rakyat adalah kelas 3.
Siapa yang akan memperjuangkan aspek yang terpenting dalam kehidupan rakyat ini ???
Jiujitsu :
Mr. Luguan Tulu. Siapa ??
-Garot-
Mana-mana badan-badan dalam dunia akan sama sekali kehilangan penghormatan fikiran dan moral selagi mengamalkan unsur-unsur perkauman atau pilih bulu.
Keupayaan dan keutamaan seharusnya diberikan kepada sesiapa saja berdasarkan isi kandungan karakter, keupayaan, dan kelayakan sebenar dan bukannya warna kulit.
Politik perkauman adalah politik tidak berakal lebih-lebih lagi di negara seperti Malaysia yang berbilang kaum.
Pengamalannya tidak akan pernah memenangi apa-apa keadaan. Apa yang pasti ialah ianya akan membawa kepada kehancuran negara.
Apa yang kita ada sekarang sudah boleh diguna pakai. Kita semua terikat dengan kontrak sosial.
Selagi kita mematuhi kontrak sosial itu, tidak akan ada yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum.
Isu kontrak sosial hanya timbul apabila ada pihak yang menimbulkan perkara yang mencabar kontrak itu.
Rakyat boleh dilayan dengan saksama biarpun aspek keistimewaan kaum tertentu di Malaysia tidak disentuh dan diubah.
Ini terpulang kepada pemerintah.
Yoku, LadsongKadamaian :
Hidup Kadamaian Baru.
Post a Comment