Wednesday, June 25, 2008

YB Kadamaian di TV3

Pada zaman Greece Kuno, itupun kalau saya tidak silap, kejadian gunung berapi meletus memang berlaku tetapi dalam kadar yang amat jarang. Deretan daripada letusan itu maka asap yang keluar akan berlanjutan hingga ke malam di mana ianya akan meliputi bulan dan seterusnya membuatkanya kelihatan seperti berwarna biru. Daripada fenomena itu maka lahirlah ungkapan yang dalam bahasa Inggerisnya berbunyi “Once in a blue moon” (sekali dalam masa bulan berwarna biru). Ungkapan ini sering digunapakai sehingga ke zaman ini bagi menggambarkan satu-satu peristiwa yang amat jarang sekali berlaku. Dan sesunguhnya, khususnya bagi Kadamaian, semalam, 24hb Jun 2008, bulan telah bertukar menjadi biru, di mana YB Kadamaian telah mengistiharkan penurapan jalan utama Kg.Sayap di buletin perdana TV3.

Perkembangan seumpama ini sememangnya adalah satu yang amat dinanti-nantikan dan amat positif dalam membantu rakyat Kadamaian di kampung yang terlibat menuju kearah kedudukan yang lebih progresif. Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH keatas pencapaian ini.

OPSS!! Hampir terlupa, tolong jangan disalah ertikan ucapan tahniah ini. Ucapan tahniah ini saya tujukan kepada rakyat Kadamaian yang telah berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Ini adalah kemenangan mereka. Kemenangan mereka dalam menggesa wakilnya supaya menjalankan tanggung-jawabnya. Kemenangan mereka dalam menggesa orang yang sama agar tidak terus-terusan menjadi pemanas bangku dan pelawak di Dewan Undangan Negeri Sabah. Saya telah melihat isu ini dibawa oleh rakyat hingga ke dada akhbar kebangsaan bagi menuntut kenaikan taraf jalan tersebut dan baru kini hasilnya terlihat. Tahniah sekali lagi. Bagi pihak yang muncul di TV3, pencapaian ini tidak membawa apa-apa keistimewaan kerana ini memang kerja dan tanggung jawab mereka. Jikalau perkara-perkara sedemikan tidak diketengahkan untuk tindakan sewajarnya maka pihak-pihak berkenaan itu tidak ubah seperti makan gaji buta. Perkataan “tidak ubah seperti” tadi sepatutnya saya tidak masukkan kerana memangpun makan gaji buta. Tahniah untuk pihak ini cuma apabila mereka berani membawa setiap masalah-masalah tertunggak serta rungutan-rungutan rakyat di Kadamaian ini ke siaran TV perdana. Bukan 1,2,3 tahniah tetapi 1 juta kali tahniah.

Persoalan yang memang berbaloi untuk kita fikirkan sekarang ialah adakah kita perlu berperang dahulu setiap kali meminta satu-satu perkara itu untuk diberi perhatian atau sememangnya sudah termaktub dalam deskripsi kerja seorang wakil rakyat untuk meninjau dan sentiasa mencari apa yang perlu diberi perhatian di kawasannya tanpa ditarik telinga untuk datang dan memantau keperluan kawasannya? Apakah wajar rakyat perlu merungut dahulu sampai ke dada akhbar baru mereka ini bangkit daripada kerusi empuk mereka untuk bertindak? Jika jawapannya ialah YA, maka itulah yang betul-betul kita akan buat. Cuma sekarang kita akan ke peringkat yang lebih canggih lagi..Hotline TV3, Edisi Siasat NTV7, dan sebagainya yang sentiasa bersedia 24 jam, 365 hari setahun untuk menerima rungutan rakyat dan bukan “Once in a blue moon”.Chao.

4 comments:

Luguan Tulu said...

Muncul di TV3, bukan bererti si YB kita tu akan mendapat kredit tambahan sokongan kerana berusaha untuk menunaikan apa yang dijanjikan sejak bertahun-tahun yang lalu. Tapi mungkin publisiti juga supaya menunjukkan dia sedang berusaha. Menurut maklumat yang saya dapat,jalanraya yang diaspal itu hanya sejauh 3KM sahaja.Projek ini hanya bertujuan mengkaburi mata rakyat dan dengan tujuan merai sokongan.Jika benarlah pemimpin & kerajaan yang ada sekarang betul-betul prihatin terhadap keperluan rakyat, sepatutnya projek pembangunan dilakukan secara sistematik, terancang dan mengikut keutamaan selaras dengan rancangan pembangunan dalam RMK9. Bagaimana membasmi kemiskinan sekiranya sistem perhubungan masih ditahap yang paling mundur? Fikir-fikirlah semua ini wahai rakyat sekalian.

Luguan Tulu said...

Pertama-tama saya berterima kasih kepada Garot yang selalu mengutarakan isu-isu yang dapat membuka mata, telinga dan hati rakyat khususnya di kawasan Kadamaian.Mungkin tujuan Garot untuk membangun blog ini adalah sama dengan tujuan luguan tulu iaitu menyedar atau membawa generasi muda untuk sama-sama menyumbang ke arah membangun KADAMAIAN BARU. Saya juga mengharapkan rakan-rakan seperjuangan boleh melayari blog saya http://gamutkinabalu.blogspot.com/ (ROKIAN KADAMAIAN) dan memberi komen dari setiap isu yang diutarakan bagi membangun minda rakyat kita di kawasan Kadamaian khususnya. TQ

Mr.Garot said...

Luguan Tulu, saya telah meletakkan rokian Kadamaian dalam senarai blogger kadamaian. Saya juga telah berhubung dengan beberapa rakan seperjuangan untuk meminta cadangan tentang siapa kita akan jadikan ketua kumpulan penekan kadamaian yang akan kita realisasikan dengan izin yang mahakuasa. Cadangan Luguan Tulu amatlah dialu-alukan sekali. Terima Kasih.

Peter Phen said...

Bila dia keluar TB ni?!