Salah satu yang menarik tentang kadamaian ini ialah di merata-rata tempat kita jumpa orang, majoriti akan komplain habis-habisan tentang wakil rakyat yang dia orang ada sekarang. Itu ini tidak buat. Tapi bila pilihanraya, di kasi manang juga. Ini memang kena diberi rawatan yang serius. Satu usaha harus dilakukan daripada sekarang untuk menghalang penyakit ini dari berterusan. Rakyat Kadamaian...pomusorou no kopio kama yoko'u.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
15 comments:
Pada hemat saya, penyakit itu bukan di Kadamaian saja. Saya fikir seluruh negara pun begitu. Kecuali Semenanjunglah..bila dia orang bilang tidak suka ini kali, betul betul dia orang buat..tabalik 5 negeri. Tapi apa pun saya setujulah para pengundi Kadamaian dirawat. Saya betul berminat untuk mengikuti perkembangan penyakit ini dan cara cara merawat.
Kalau kita melihat kepada senario pilihanraya lalu di Sabah, penyakit ini bukan saja berlaku di kadamaian tetapi diseluruh Negeri sabah. Walaubagaimanapun, bagi saya isu itu dah berlalu dan apa yang perlu dilakukan sekarang adalah apa yang perlu lakukan di Kadamaian. Bagaimana semua program boleh sampai terus kepada golongan sasar iaitu masyarakat kampung. Bagi saya semua ini perlukan komitmen yang jelas dan terancang. Sejak berlalunya pilihanraya lalu mari kita pusatkan perhatian kita kepada perancangan apa yang sepatutnya dilakukan di Kadamaian.Kalau kita melihat kepada halatuju kerajaan negeri sabah, aspek pelancongan merupakan salah satu sumber pendapatan utama negeri sabah. Di Kadamaian,kita ada set yang tersedia, kita dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Esa sebatang sungai yang indah, bersih dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang tidak terdapat dimana-mana di kawasan lain di dunia ini. Kita hanya perlu mengekploitasikan kawasan ini dan mewujudkan beberapa kawasan pelancongan dan seterusnya ia akan berkembang sendirinya sehingga memberikan pendapatan yang lumayan untuk masyarakat kampung. Misalnya, industri perniagaan kecil seperti kraftangan, penjualan hasil pertanian sehingga kepada persembahan warisan tradisi dapat kita produkkan yang boleh menjana wang kepada rakyat. Tidak mustahil juga kita dapat membina suatu tempat yang dinamakan Kampung Tradisi atau Rumah Tradisi untuk menarik lebih ramai pelancong luar. Ini hanya dari aspek pelancongan. Walaubagaimanapun, kesemua ini tidak akan boleh terjadi di Kadamaian sekiranya kita tidak memiliki pemimpin yang memiliki komitmen yang jelas dan kuat mengenai perkara ini. Untuk merealisasikan cita-cita ini memerlukan usaha kerjasama yang jitu dari semua pihak di Kadamaian terutama sekali dari golongan muda iaitu para pemimpin pelapis di Kadamaian. Walaubagaimanapun, semua ini terserah kepada kita samada kita terus berenang mengikut arus/pengikut setia tanpa ada apa-apa perubahan di Kadamaian atau kita berusaha berenang menghadap arus untuk mencapai semua ini. Kita perlu perubahan kepimpinan di Kadamaian atau tidak terserah kepada kita sebagai rakyat di Kadamaian. Untuk makluman skop saya hanya berkisar di Kadamaian saja.
Saya sungguh tertarik dengan hasil tulisan Gabenor. Yang peliknya tidak adakah pemimpin rakyat..terutamanya wakil rakyat..YB Herbert Timbun Lagadan terfikir akan semua ini. Apa yang diaorang perjuangkan semua. Saya yang sudah bertahun tahun di perantauan agak terkejut kerana berdasarkan tulisan saudara Gabenor, ternyata sekali perkara perkara yang dibangkit telah terlepas pandang dari mereka yang berada dalam kedudukan untuk mengusahakanya.
Mana sudah pemikir2 orang kadamaian ini?
Orang-orang kita tidak pernah sedar, betapa pentingnya perubahan minda dan atitude. Orang-orang kita belum dapat melihat atau gambarkan apa yang berlaku dalam masa 5, 10 atau 20 th akan datang, yang di orang mau tahu apa yang diberi pada hari ini.
Itulah masalahnya. Apabila pemimpin yang sedia ada tidak boleh merancang sesuatu yang baik dan realistik untuk rakyatnya, maka begini lah jadi dengan nasib N7 Kadamaian. Kasian..sungguh… Pilih pilih langsat..kopilih nogi di mataa..sumakit...
Memang sakit untuk difikirkan. Apalagi untuk diterima secara realiti.Saya memang tertarik dengan pendapat tanak nabalu homestay bahawa betapa pentingnya perubahan minda dan atitude orang-orang kita. Bagi saya perkara ini adalah suatu kemestian yang perlu dilakukan dengan terancang. Apa yang perlu dilakukan? Bagi saya keputusan politik yang baru berlalu cuba kita lupakan. Keputusan itu tidak mungkin akan berubah. Mari kita memikirkan apa yang bakal berlaku. Program apa yang perlu diambil perhatian sewajarnya dalam tempoh jangkamasa pendek, menengah dan panjang? Yang penting adalah perancangan yang komited kita dan kalau pemimpin sedia ada tidak terfikir apa yang seharusnya dilakukan di Kadamaian, mengapa pula kita terus bertahan dengan keadaan seperti itu? Perubahan segera sangat perlu. Setiap orang di Kadamaian memiliki peranan yang penting dalam menentukan nasib kehidupan rakyat di Kadamaian. Kita perlu modal insan yang baik, pemikiran yang positif dan berwawasan. Apapun, semua ini terletak dibahu dan pemikiran orang Kadamaian untuk terus mendapatkan hak perubahan hidup masing-masing.
Sampai bila kita menanti
Beberapa rancangan kerajaan seperti RM7, RM8 dan sehingga ke RM9 pada hari ini, rakyat sentiasa di tabur dengan janji demi janji..tidak ubah seperti ayam yang diberi makanan palsu..seperti polistrin, atau barangan getah yang tidak boleh dikunya..tertipu…ingatkan beras atau jagung sebenar yang ditabur..rupanya makanan palsu..sampai bila kita menanti..menanti janji yang berulangkali di tabur. Setiap kali pilihanraya tiba, maka perkara yang sama diulang-ulang untuk menyedapkan hati pendengar. Sampai bila kita tertipu… jalanraya…(yang masih seperti time USNO memerintah) bekalan air bersih…kemudahan atau kelengkapan sekolah-sekolah luar Bandar….dan sebagainya..adakah kita tidak layak untuk mendapatkan hasil dari bumi kita yang kaya raya..dan dibangunkan kembali untuk kemudahan rakyat? Atau perlukah kita terpaksa meminta-minta seperti pengemis baru mendapatkan kemudahan yang kita impi atau idam kan selama ini? Sedarlah wahai saudara-saudara ku…tidak perlu kita menunggu masa yang terlalu lama untuk menentukan masa depan kita. Generasi kita semakin ramai dan memerlukan pembelaan yang sewajarnya. Kita harus membuat penilaian dan pilihan yang tepat supaya masa depan kita terjamin.Kita mohon kepada pemimpin masyarakat kita merancang dan menentukan halatuju masa depan nasib generasi kita(kadazandusun) di bumi yang tercinta ini.
Pada awl-awal tahun kemerdekaan dulu laungan MERDEKA kita sambut dengan pengertian bahawa kita telah berjaya keluar dari cengkaman penjajah. Namun pada masa sekarang, kata-kata MERDEKA pada hemat saya lebih kepada istilah bahawa kehidupan kita telah maju, kita telah berjaya menikmati infrastruktur kehidupan yang baik dan lebih dari itu tahap kehidupan kita telah bertambah sangat baik.
Walau begitu, jika dilihat kepada keadaan sekarang, di Kadamaian misalnya, tahap kemajuan kita masih ala-kadar tahapnya. Mungkin dengan adanya sumber elektrik menerangi kita, jalanraya utama telah di aspal dan tahap komunikasi kita telah bertambah canggih, menyebabkan kita telah pernah berkata bahawa kita sudah maju. Semua ini telah mengabui mata kita. Apa yang ingin saya katakan disini adalah sesuatu yang sangat mandatory buat kita orang Kadamaian dan Sabah amnya bahawa sebenarnya telah berlipatkali ganda maruah kita dipermainkan. Apa ertinya semua pembangunan kalau maruah diri dipermainkan.
Apa ertinya maruah kita kalau harga diri kita hanya sebesar RM50.00, RM100.00 atau beberapa ratus ringgit sahaja. Lebih daripada itu kalau harga diri kita seharga 1 tin beer? Dalam erti kata lain hanya dengan harga serendah itu kita sanggup menggadaikan prinsip hidup kita. Prinsip tidak dapat ditukarganti bagi seseorang yang bermoral.
Saya sangat setuju dengan Luguan Tulu bahawa kita tidak ada masa untuk menunggu lebih lama lagi dalam menentukan halatuju orang kita di Kadamaian khususnya dan di Sabah amnya. Namun apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah mewujudkan satu generasi yang bermaruah, memiliki minda dan atitude kelas pertama. Tanpa ini, masyarakat kita akan sentiasa dipermainkan orang dan lebih parah dari itu, orang kita sentiasa dibelakang dalam setiap apa yang dilakukan.
Apa pun, tidak ada orang lain yang boleh memperbaiki maruah kita ini selain dari masyarakat kita sendiri. Tipsnya adalah "Perjuangan dalam menentukan halatuju masyarakat memerlukan banyak pengorbanan". Untuk memajukan bangsa dan masyarakat sendiri menyebabkan kita tidak boleh lari daripada dunia politik. Oleh itu, fikir-fikirkan lah apa tindakan yang perlu kita lakukan.
Apa jadi dengan Kadamaian? Sebelum mengundi orang-orangnya sangat lantang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap beberapa pemimpin. Selepas mengundi keadaan seperti sebelumnya juga. Saya fikir Gabenor betul bila mengatakan bahawa prinsip dan maruah kita sangat mudah dipermainkan. Seharga RM50, RM100 dan malah hanya beberapa tin BEER saja semua tergadai dalam tempoh sekelip mata. Diberi peruntukan sedikit maka hilanglah pedoman. Tak apalah kalau itu menjamin hidup selesa sampai ke anak cucu. Apakah benar orang cakap bahawa orang DUSUN senang di SUSUN??? Sama-sama lah kita renungkan.
Satu isu hangat yang kawan-kawan cerita akhir-akhir ini adalah kes mencuri atau pecah rumah yang semakin menjadi-jadi. Belum pun sampai sebulan sejak kenaikan harga minyak, kes jenayah mula terasa. Desakan hidup terutamanya penduduk di kawasan bandar membuat mereka nekad melakukan perkara-perkara buruk ini. Peranan masyarakat untuk membenteras jenayah ini amat diperlukan, bukan diletak semata-mata dibahu pihak berkuasa. Ini isu yang terpaksa negara hadapi bila harga komoditi minyak ini melambung tinggi dan kerajaan tidak mahu menanggung subsidi bahan tersebut. Bilangan masyarakat yang mempunyai pendapat rendah semakin meningkat kerana nilai wang yang dibelanjakan tidak menampung harga barangan di pasaran yang mengalami kenaikan berterusan, berbanding dengan pendapatan yang sangat terhad. Bagaimana nasib golongan miskin yang tinggal di kawasan bandar, yang semakin terhimpit?
Tompinai tompinai ku ngawi..obuli sumaung diti blog ko, om manahak do komen kio..nunu nunu nopo..
http://gamutkinabalu.blogspot.com/
Mengulas tentang kenaikan minyak yang telah diutarakan oleh rundu kinabalu, sebenarnya perkara ini tidak patut dilakukan oleh kerajaan BN tanpa menyemak pendapatan rakyat yang memang jauh sekali daripada standard dengan negara-negara yang diperbandingkan.Contoh Singapura, pendapatan rakyat di sana jauh dapat menampung walaupun harga minyak dinaikkan 5 kali ganda lagi manakala di Thailand pula, walaupun pendapatan di sana mungkin lebih kurang dengan kita di Malaysia tetapi mereka tidak perlu membayar cukai jalan dan membayar insuran sekali sahaja sepanjang hayat kenderaan mereka.Alasan kerajaan amatlah tidak munasabah memandang kita adalah negara pengeluar minyak. Kalau harga minyak dunia naik berganda-ganda, maka keuntungan petronas pun berlipat kali ganda jugalah. Begitu juga dengan royalti kepada kerajaan, berlipat kali ganda..berlipat-lipat. Langkah ini sebenarnya adalah langkah yang boleh disifatkan sebagai langkah bunuh diri kerajaan sekarang ini. Sebagai watan Kadamaian, saya tertanya-tanya apakah agaknya reaksi YB Herbert akan perkara ini. Apa langkah yang sudah diambilnya untuk menenangkan rakyat kerana dia adalah sebahagian daripada kerajaan yang membuat angkara ini. Sudah pasti sekali dia tidak terasa cubitan kenaikan ini tetapi sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya prihatin kepada rakyat yang telah membabi butakan diri mengundinya, dia kenalah berbuat sesuatu yang positif yang boleh membuat rakyat di Kadamaian merasakan kewujudannya dalam kerajaan.
Saya masih tertumpu kepada isu penyakit di Kadamaian. Bila YB yang ada sekarang ini mendapat mandat dari pengundi yang "membabi buta", banyak lah cerita rakyat, yang mengatakan, Wakil Rakyat kita sekarang ini benar-benar naik kepala, sehingga lupa berterima kasih kepada rakyat yang mengundinya. Dia pula (YB), mudah termakan orang punya cakap dengan menuduh penyokong kuatnya, menyokong parti pembangkang tanpa usul periksa.Kita perlu pemimpin masyarakat yang lebih prihatin kepada nasib rakyat.Seperti kenyataan headhunter. Rakyat kadamaian sedarlah betapa pentingnya membaharuan minda, kalau kita ingin maju.Kita pilihlah wakil yang benar-benar memahami aspirasi rakyat..selamat berjuang untuk masa depan rakyat sabah dan kadamaian khasnya..http://gamutkinabalu.blogspot.com
Apa sudah jadi dengan pengundi Kadamaian? Nampak gayanya, di kawasan Kadamaian pisang boleh berbuah berkali-kali. Faham-faham lah dan cuba kita renungkan.
SEANDAINYA WAKTU DAPAT KEMBALI
SEPERTI PERMULAANNYA, MUNGKIN BOLEH KITA UBAH SENARIO POLITIK KOTOR INI, ILMU POLITIK TU CANTIK... ORANG MENCORAK DAHSYAT PADANYA - berkunjunglag ke blog hebat" TOBURON TODAY", anda akan dapat berita terkini jika anda sewaktu dengan kemiskinan kami...
by: MR.SMART WORKS
Post a Comment