Wednesday, June 18, 2008

Jambatan Uzur

Tidak berapa lama dulu, saya terserempak dengan seorang penduduk di Kawasan Kadamaian di mana beliau telah menyuarakan kekecewaan dan kegeraman beliau tentang jambatan gantung yang merentasi Sungai Kadamaian ke kampung mereka yang dalam keadaan uzur, atau dalam ertikata sebenarnya, tinggal tunggu masa untuk runtuh. Beliau berkata, penduduk kampung sudahpun membawa perkara ini kepada wakil rakyat Kadamaian dan pada kali kedua mereka berjumpa, kerana yang pertama jelas sekali tidak mendapat tindakbalas seperti yang diharapkan, wakil penduduk menyatakan kepada YB tersebut yang mereka akan membawa perkara ini kepada HOTLINE. Saya harap tindakan yang wajar untuk memperbaiki jambatan berkenaan sudahpun diambil kerana si YB berkenaan telah merayu untuk perkara itu tidak dibawa ke HOTLINE, dan seterusnya diberikan sedikit lagi masa untuk bertindak. Kepada YB berkenaan...Tolonglah orang-orang kampung. Jambatan berkenaaan adalah jalan perhubungan utama mereka..Ingat, kalau sudah runtuh ianya perlu diganti dengan jambatan yang baru, dan kalau tidak diganti juga, nanti YB susah datang berkempen ke Kampung berkenaan pada pilihanraya nanti kerana disana ada dua kampung . Kalau YB datang berkempen naik 4wheel melalui Gaur atau Bt.10, tidak nampak pula semangat rakyat YB yang sangat baik dipertontonkan pada masa pilihanraya. Jadi YB, tolonglah buat kerja anda dengan waras..

4 comments:

Luguan Tulu said...

Tindakan yang paling berkesan untuk mengutarakan masalah rakyat adalah melalui HOTLINE, apabila rayuan dan permohonan rakyat tidak diambil perhatian atau tindakan. Cara itu memang wajar sekiranya pemimpin dan kerajaan yang memerintah tidak peka kepada keperluan. Perkara ini selalunya berlaku dan kita juga mengalu-alukan TV3, bernama dan media-media lain terus terlibat dalam menyurakan/memaparkan keperitan dan masalah rakyat yang kian meningkat. Sejak akhir-akhir ini masalah rakyat bukan pula berkurang tetapi semakin bertambah dan mengundang kesengsaraan hidup. Keadaan infrastruktur terutamanya di luar bandar semakin merunsing kerana tidak ada tindakan susulan yang diambil oleh pihak berkenaan walaupun aduan demi aduan dibuat. Kenapa keadaan ini berlaku? Apa negera kita kembali mengalami kemelesetan ekonomi? dan tidak lagi mampu membantu rakyat? atau pengurusan dana yang tidak betul? Kesimpulan semua ini patut ditanya kembali kepada rakyat yang mengundi kerajaan yang memerintah sekarang. Kerana ketidakmampuan memikirkan jauh kehadapan begini lah jadi rakyat kita di Sabah. TETAPI,sekarang adalah masa kita membuat sesuatu, apabila mula muncul pemimpin kita yang sudah sedar dan bangun dari tidur, dan memikirkan hak kita dan masa depan kita. Kita mengharapkan supaya mereka benar-benar jujur untuk memperjuangkan rakyatnya di Sabah. Berdoalah untuk masa depan negeri dan negara kita.

puralan koposion said...

Apa komen anda mengenai SAPP?

Luguan Tulu said...

Monday, 23 June 2008 :
Sabah party ready for any consequences
The Sabah Progressive Party (SAPP) is prepared to face any action which may be taken against the party following its no-confidence stand against Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"SAPP is prepared to face any action from whoever, either from above, below, left or right," SAPP president Datuk Yong Teck Lee said yesterday.
Yong told reporters after giving a special briefing to six SAPP zones here that if the party was expelled from the Barisan Nasional (BN), the bargaining power for Sabah-based component parties would increase.
He said other Sabah-based component parties should continue to press for Sabah issues to be looked into.
Among those who attended the special briefing was Elopura assemblyman Au Kam Wah, who is SAPP Youth chief and among party leaders who were against the no-confidence move against Abdullah.
On the briefing, Yong said he elaborated on SAPP's position in the BN and the possible consequences arising from its stand against the prime minister.
"I wanted to give a clear picture and they expressed their support for the decision taken by SAPP leadership," he said.
Yong said he also elaborated on the Sabah issues which include the current political scenario as well as the fuel price hike.
The briefing was attended by branch leaders from the SAPP zones of Elopura, Tanjung Papat, Karamunting, Sungai Sibuga, Sekong and Gum-Gum. ─ Bernama

Tanak Daradaat said...

Yong Teck Lee dipetik sebagai berkata dalam akhbar tempatan-22 Jun,2008, " Better to be brave than to live in indignity" (Lebih baik hidup berani daripada hidup tak bermaruah)-Saudara saudari semua, fikir-fikirkanlah.